SERANGAN WABAK E.COLI

Posted: Jun 6, 2011 in Isu Semasa, Petikan Akhbar

Artikel Oleh:

Mohamad Iswanndi Bin Ishak

Ahli Majlis Perwakilan Pelajar USM 2010/2011

Pusat Pengajian Teknologi Industri (Teknologi Makanan)

 

 

 

 

Escherichia coli (E. Coli) adalah salah satu jenis spesis utama bakteria gram negatif. Pada umumnya, bakteria yang ditemukan oleh Theodor Escherich  ini dapat ditemukan dalam usus besar manusia. Kebanyakan E. Coli tidak berbahaya tetapi beberapa jenis E. Coli seperti O157:H7 dapat mengakibatkan keracunan makanan yang serius pada manusia. E. Coli yang tidak berbahaya dapat menguntungkan manusia dengan memproduksi vitamin K2 atau dengan mencegah baketia lain di dalam usus. E. coli banyak digunakan sebagaivektor untuk menyisipkan gen-gen tertentu yang diinginkan untuk dikembangkan. E. coli dipilih karena pertumbuhannya sangat cepat dan mudah dalam penanganannya.

Kini, dunia digemparkan dengan wabak E.coli yang dikesan di 12 negara dan semakin berbahaya kerana boleh berjangkit antara manusia. Pendedahan itu dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) selepas bakteria itu dikesan di Amerika Syarikat, Republik Czech, Perancis, Jerman, Austria, Denmark, Belanda, Sepanyol, Sweden, Norway, Switzerland dan Britain. Lebih 1700 kes jangkitan dilaporkan di seluruh dunia sejak kes pertama dilaporkan di Jerman dengan 18 maut setakat ini.

WHO menyatakan, bakteria penyebar wabak itu adalah baru dan lebih mudah berjangkit selain tahan antibiotik dan mempunyai tempoh inkubasi selama lapan hari yang bermakna jangkitan belum sampai kemuncaknya. Pakar masih tidak pasti sumber jangkitan meskipun menolak teori awal bahawa ia daripada timun Sepanyol. Kebimbangan meningkat hingga Russia mengharamkan import semua sayur-sayuran Eropah.

Sementara itu, saintis yang menyiasat jangkitan mendapati bakteria itu membawa toksin biasa yang beracun dan boleh melekat pada usus pesakit. Mereka mengakui E.coli jenis terbaru ini paling beracun terhadap manusia. Kebanyakan Escherichia coli atau bakteria E.coli tidak berbahaya. Bakteria yang menyebabkan penduduk Eropah jatuh sakit dikenali sebagai 0104:H4 yang menghasilkan toksin Shiga atau STEC.

Antara petanda jangkitan ialah cirit birit dan muntah. Dalam kes memudaratkan ia menyebabkan sindrom uremik hemolitik (HUS) iaitu serangan terhadap buah pinggang hingga menyebabkan koma, sawan dan angin ahmar.

“Jerman kini melaporkan 470 kes HUS. Ini amat luar biasa,” kata Dr Robert Tauxe, pakar penyakit bawaan makanan di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC). CDC bekerjasama dengan pihak berkuasa kesihatan Jerman dalam kes itu sejak lewat minggu lalu.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s