PILIHANRAYA KAMPUS MINGGU HADAPAN?

Posted: Februari 6, 2011 in Berita Kampus, Suara Mahasiswa

Separuh semester kedua telahpun bermula. Semua mahasiswa-mahasiswi pasti ada harapan baru yang ingin dicapai pada semester ini. Tidak ketinggalan juga, Bumi Minden kini sudah mula merasai bahang menantikan bakal kepimpinan baru yang akan mengemudi Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia (MPPUSM) sidang 2010/2011.

Hal ini kerana, sejak 28 Januari 2011 yang lalu, telah genap setahun pemerintahan MPPUSM sidang 2009/2010 dibawah kendalian saudara Ahmad Wafi bin Sahedan. Namun begitu, belum ada tanda-tanda pembubaran MPPUSM yang berlaku.

Perkara yang demikian menyebabkan mahasiswa-mahasiswi baik dari Pro-Mahasiswa mahupun pengundi atas pagar masih dibelenggu dengan pertanyaan, bilakah pilihanraya kampus akan diadakan? Bukan sahaja golongan mahasiswa tetapi para pensyarah dan staf-staf  yang pro kepada mahasiswa juga turut menantikan bilakah tarikh pilihanraya kampus untuk sidang kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar yang baru akan berlangsung.

Adakah senario yang berlaku ini masih membuatkan pihak Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar (BHEPP) terus membisu dan membisu untuk membiarkan warga kampus tertanya-tanya bilakah tarikh sebenar pilihanraya kampus?

Pro-Mahasiswa USM dengan berbesar hati memohon pihak BHEPP untuk mengumumkan tarikh pilihan raya kampus. Ia menjadi titik tolak untuk melahirkan bakal pimpinan mahasiswa yang lebih mantap untuk menerajui kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar.

Dari Mahasiswa Untuk Mahasiswa. Salam Perjuangan Mahasiswa.

Advertisements
Komen-komen
  1. nak tau berkata:

    setakat dok undi guna undi manual tapi tak mau bagi tau bila nak mengunding pun tak guna jugak…

  2. promusm berkata:

    BAGI SIDANG 2010/2011, PROSES PENGUNDIAN DALAM PILIHANRAYA KAMPUS ADLH PD 21/2/2011. AYUH,MAHASISWA TURUN MENGUNDI SEMUA…UNDILAH CALON PRO-MAHASISWA!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s