DEKLARASI MAHASISWA DALAM HIMUM 1.1.11

Posted: Januari 4, 2011 in Aktiviti, Nasional

Himpunan Mahasiswa untuk Malaysia (HIMUM) yang dianjurkan  dengan kerjasama Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) pada 1 Januari 2011 lalu berlangsung dengan jayanya yang turut dihadiri oleh mahasiswa-mahasiswi seluruh Malaysia. Acara yang bertempat di Dataran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu tampak berbeza dengan himpunan mahasiswa anjuran SMM yang diadakan sebelum ini kerana HIMUM dilihat lebih santai.

Objektif HIMUM diadakan adalah untuk menghimpunkan mahasiswa sebagai tanda solidariti, menghasilkan deklarasi secara bersama untuk perjuangan mahasiswa 2011 serta memberi mesej kepada masyarakat bahawa mahasiswa bersama masyarakat dan segala tindakan mahasiswa ialah hanya untuk kebaikan Malaysia.

Penerima Anugerah Ikon Mahasiswa 2010

Himpunan yang bertemakan ‘Mahasiswa untuk Malaysia’ itu dirasmikan oleh Mantan Pegerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, Saudara Mohd Nazree bin Yunus. Beliau juga turut menyampaikan Anugerah Ikon Mahasiswa 2010 kepada saudara Shazni Munir Mohd Ithnin atas sumbangan beliau dalam gerakan mahasiswa. Shazni Munir yang merupakan Mantan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya, Mantan Timbalan Presiden GAMIS dan kini memegang posisi Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia.

Antara aktiviti yang dilakukan dalam himpunan ini ialah upacara mewarna banner gergasi dan pidato berantai yang disampaikan oleh pemimpin front-front dalam SMM seperti Saudara Ahmad Syazwan Muhammad Hassan dan Saudari Nazirah Abu Bakar dari GAMIS, Saudara Hilman Idham (KAMI), Saudari Wong Swee Nee (DEMA), Saudara Kartiges (Pemuda Sosialis Malaysia), Saudara Faiz Ismail dari Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional dan Saudara Shazni Munir Mohd Ithnin.Himpunan ini juga turut dihadiri oleh Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Encik Sha’ani Abdullah dan beberapa wakil dari Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Pidato Berantai Mahasiswa

Ahmad Syukri, Pengerusi MPN GAMIS

Himpunan ini diakhiri dengan bacaan deklarasi oleh Pengerusi Majlis Politik Nasional GAMIS, Saudara Ahmad Syukri Abdul Razak yang mempersetujui tiga deklarasi yang merangkumi kata kunci Mahasiswa Untuk Mahasiswa, Mahasiswa Untuk Rakyat dan Mahasiswa Untuk Negara. Deklarasi ini dilihat bertepatan dengan aspirasi anak muda yang menginginkan keterlibatan secara lebih meluas dalam konteks pembinaan negara. Mahasiswa mahu pendirian mereka didengari dan diperhalusi, justeru keterbukaan semua pihak dalam menanggapi idea mahasiswa amat penting.

 

Harapan Pro-Mahasiswa USM agar gerakan anak muda Malaysia dapat mengerah seluruh keringat demi memastikan tahun 2011 menjadi tahun gemilang buat mahasiswa dengan menyahut cabaran untuk kembali menjadi generasi mahasiswa yang bermaruah dan tegas memperjuangkan prinsip. Apa yang pasti, mahasiswa harus melakukan sesuatu demi merealisasikan hasrat menjadi MAHASISWA UNTUK MALAYSIA!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s