UCAPAN TAHNIAH BUAT SKUAD BOLA SEPAK MALAYSIA!

Posted: Disember 30, 2010 in Nasional

PRO-MAHASISWA USM pasti warga kampus terutamanya mahasiswa turut berbangga dan gembira dengan kemenangan pasukan bola sepak Malaysia, skuad HARIMAU MALAYA. Oleh yang demikian, PRO-MAHASISWA USM mengucapkan tahniah kepada skuad bola sepak Kebangsaan yang berjaya menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2 dalam perlawanan akhir kedua Kejohanan Bola Sepak Piala AFF-Suzuki 2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia malam tadi.

Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang baik bagi pasukan bola sepak negara selepas 14 tahun menunggu untuk muncul sebagai negara keempat merebut kejuaraan itu selepas Singapura, Thailand dan Vietnam.

Ternyata, anak-anak buah Raja Gopal berjaya mengikat pergerakan dua penyerang utama Indonesia, Gondalez dan Okto memandangkan pertahanan Malaysia juga agak kukuh mempertahan kubu. Semangat bola sepak akan terus meningkat sekiranya pasukan Malaysia mengekalkan pretasi permainan.

Ucapan tahniah juga turut dirakamkan kepada pengurusan FAM yang disifatkan telah berjaya memperbaiki kelemahan.
Sehubungan itu, warga MAHASISWA/I berharap kemenangan itu tidak akan melekakan pemain, jurulatih dan pegawai skuad kebangsaan kerana persaingan tentu akan menjadi lebih sengit pada masa akan datang. MAHASISWA/I tetap bersama menyokong bola sepak nasional, juga dalam membina nagara maju dan warga negara yang sejahtera.

Sepanjang tujuh edisi sebelum ini, Malaysia hanya sekali berpeluang melangkah ke perlawanan akhir iaitu pada edisi sulung kejohanan yang dahulunya dikenali sebagai Piala Tiger pada 1996. Hal yang demikian menunjukkan betapa pentingnya semangat kesukanan dan semangat ANAK MUDA dalam mengharumkan arena sukan. TAHNIAH!

Tinggalkan komen