SALAM INDEPENDEN MAHASISWA SEJAGAT

Posted: Ogos 31, 2010 in Nasional, Rencana

Tanggal 31 Ogos merupakan tarikh terpenting bagi negara kita, Malaysia tercinta. Justeru Pro-Mahasiswa USM mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-53. Beruntung sekali kita kerana pada tahun ini kerana masih mengecapi nikmat keamanan di bumi Malaysia yang jauh sekali daripada peperangan fizikal yang menyakitkan dan memusnahkan. Namun, tidak pula dapat kita sangkal bahawasanya kita acapkali berada dalam situasi peperangan saraf.

Pada bulan kemerdekaan tahun ini, Pro-Mahasiswa USM mahu sekali mengajak para mahasiswa/i sekalian membebaskan pemikiran daripada sebarang penjajahan, prasangka dan kejumudan dalam berfikir. Hal ini kerana, walaupun Malaysia telah merdeka daripada cengkaman mana-mana pihak yang menjajah, namun seringkali minda kita dikepung, dikurung dan terkunci dek kerana doktrinisasi dan provokasi yang menutup minda mahasiswa. Tanpa kita sedari, perang saraf yang berlaku dalam media massa kini telah memberi kesan negatif kepada persepsi masyarakat Malaysia umumnya.

Kembali sejenak dengan beberapa isu yang hangat di tanah air kita, sejauh manakah kita sebagai mahasiswa cakna, ambil tahu dan berperanan dalam memahami dan memikirkan kebenaran di sebalik isu-isu tersebut?  Tidak dinafikan peranan media yang dimainkan dalam mempengaruhi masyarakat di sesuatu tempat sangat kuat dan mampu memusingkan pemikiran. Antara isu yang hangat diperkatakan kini adalah isu pembuangan bayi yang kian menjadi-jadi berpunca daripada seks bebas, juga turut dimainkan isu-isu yang berkaitan dengan agama Islam dan isu mahasiswa berpolitik.

Dalam kita berada di negara yang berbilang agama dan bangsa, keadaan toleransi dan saling memahami antara satu sama lain harus disemai dan dipupuk agar persepsi rasis bangsa dan agama tidak wujud di negara ini. Dalam pada itu, mahasiswa tidak seharusnya mudah termakan dengan isu-isu yang dikeluarkan media perdana kini untuk membangkitkan rasa perkauman. Perkara ini akan menimbulkan ketidak stabilan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia kerana isu agama tidak seharusnya dipolitikkan oelh pihak-pihak tertentu. Seharusnya, mahasiswa menyelidiki dan mengkajinya dengan mendalam terlebih dahulu sebelum menyatakan pendirian.

Mahasiswa juga tidak seharusnya terikut-ikutkan trend parti-parti politik tertentu di Malaysia. Hal ini kerana, mahasiswa adalah golongan yang non-partisan (tidak menyebelahi mana-mana parti politik) dan golongan intelektual yang menjadi ‘check and balance’ kepada tampuk kepimpinan negara. Itulah idealisme yang ingin dikembalikan kepada seluruh mahasiswa/i untuk golongan ini menjiwai peranannya dalam masyarakat. Kita seharusnya berfikiran terbuka dan tidak hanya menyokong 100% tanpa membuat sebarang usul periksa. Perkara yang salah harus kita betulkan sebaliknya perkara yang benar harus disokong.

Dengan itu, kemerdekaan yang dikecapi pastinya tidak akan berkekalan sekiranya minda yang setiap mahasiswa dapat dijajah dan didoktrin dengan fahaman dan pemikiran tertutup. Justeru, mahasiswa harus menyedari bahawa kita adalah golongan yang akan mewarnai corak pemerintahan negara pada masa hadapan. Dengan nilai kesedaran itu, warga mahasiswa perlu bergerak untuk kesepaduan dan kemajuan negara.

Selain itu,tidak sepatutnya, apabila ketibaan 31 Ogos saban tahun diraikan dengan aktiviti an perkara yang menyumbang kepada keruntuhan moral tanpa wujud satu nilai penghayatan dan jati diri yang sebenar dalam diri kita. Hal ini kerana, keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat kini akan memberi impak besar kepada pembangunan negara pada masa hadapan. Sekiranya generasi kini tidak dididik dengan baik, mana mungkin kita akan menemui pemimpin yang akan melestarikan ketamadunan dan keamanan Malaysia. Jika budaya Barat diagungkan dan diamalkan, adakah ia akan membuka jalan bagi kita mensintesis identiti negara kita sendiri?

Oleh itu, Pro-Mahasiswa USM sekali lagi mengajak mahasiswa menganjakkan paradigma dan membebaskan diri daripada penjajahan minda serta terjerumus dengan masalah keruntuhan akhlak agar kemerdekaan negara akan terus berkekalan. SALAM KEMERDEKAAN KE-53!



Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s