SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN KEPADA MAHASISWA/I ISLAM

Posted: Ogos 11, 2010 in Mainpost

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera. Segala puji bagi Allah, kita bertemu sekali lagi dengan bulan yang penuh keberkatan, bulan Ramadhan pada tahun 1431 Hijrah ini. Kami di pihak PRO MAHASISWA USM mengambil kesempatan ini bagi mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak khususnya untuk mahasiswa/i yang beragama Islam. Manakala bagi mahasiswa/i bukan Islam, bersama-sama kita suburkan budaya hormat-menghormati sesama kita di bulan puasa umat Islam ini agar dapat kita lahirkan suasana kampus yang bersatu padu dan memahami antara satu sama lain pada setiap masa.

Sudah pastinya Ramadhan pada kali ini berbeza dengan Ramadhan yang lalu kerana usia yang juga semakin meningkat. Jadi, mahasiswa/i perlu lebih merasai kehangatan Ramadhan dan menjadikannya agen kepada perubahan pada diri anda dengan memperbanyakkan amalan kebaikan dan kebajikan sepanjang bulan ini dan terus konsisten pada bulan-bulan seterusnya. Hal ini bagi memastikan nilai-nilai murni dapat dipupuk dalam kalangan mahasiswa tidak mengira agama mahupun bangsa supaya budaya berkebajikan ini dapat diterapkan apabila mahasiswa mula bersama masyarakat kelak.

Oleh itu, dalam konteks garapan penghayatan Ramadhan sebagai mahasiswa Universiti Sains Malaysia, pelbagai aktiviti boleh dijadikan ibadah yang bermanfaat. Ibadah yang dilakukan dalam bulan Ramadhan berupaya membersihkan roh, hati, akal dan jiwa. Dengan itu, terbukalah hijab antara hamba dengan Tuhannya. Di samping itu, memakmurkan malam-malam sepanjang bulan Ramadhan amat dituntut dalam ajaran Islam. Antaranya adalah dengan mengerjakan solat sunat Tarawih, bertadarus Al-Quran, menyampaikan ilmu dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, sepatutnya puasa bukanlah menjadi penghalang kepada kecekapan tugasan seharian sebagai seorang mahasiswa, sebaliknya berpuasa di bulan Ramadhan mampu menjadi pemangkin kepada mereka yang benar-benar bertaqwa untuk bergerak dengan lebih aktif dan sentiasa bertenaga melakukan pelbagai tugasan.

Berbuka puasa bersama-sama berlainan bangsa dan agama mengeratkan hubungan

Justeru, mahasiswa/i Muslim perlu berharap bulan yang dinanti-nantikan ini untuk melaksanakan tanggungjawab yang dipikul ini sebagai satu ibadah. Hal ini kerana setiap perbuatan yang dilakukan seseorang Muslim akan dianggap sebagai ibadah jika ia mematuhi garis panduan yang dikehendaki syarak. Penghayatan Ramadhan juga mampu diselami dengan meneliti kembali sunnah, sirah dan sejarah Rasullullah, para sahabat serta tabi’in tatkala suatu ketika dahulu.

Oleh yang demikian, PRO MAHASISWA USM menyeru seluruh mahasiswa untuk  menghidupkan bulan Ramadhan dengan penjanaan sinergi dan persekitaran yang harmoni lagi kondusif. Jadikan juga bulan ini sebagai satu platform kita menjalinkan ikatan persahabatan sesama masyarakat kampus. Semoga ia berkekalan sehingga ke puncak kejayaan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s