TAHNIAH DAN SELAMAT BERGRADUAN, MAHASISWA/I UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Posted: Ogos 3, 2010 in Mainpost, Suara Mahasiswa

Saban tahun detik gilang-gemilang ini dinantikan oleh seluruh MAHASISWA walau di mana kampus sekalipun mereka berada. Sudah pastinya bagi yang telah tamat pengajian dan bakal bergelar GRADUAN universiti adalah orang yang paling tidak sabar menanti peristiwa terpenting dalam kehidupan kampus iaitu MAJLIS KONVOKESYEN.

Sekalung TAHNIAH Pro Mahasiswa USM ucapkan kepada semua bakal graduan Universiti Sains Malaysia yang akan dianugerahkan segulung ijazah dalam UPACARA KONVOKESYEN KE-42 pada 4 hingga 8 Ogos 2010 ini yang diadakan di Dewan Tuanku Syed Putra. Segala ilmu dan pengalaman bermakna yang telah diperoleh di USM, gunakanlah sebaiknya untuk kemajuan agama, bangsa dan negara. Teruskan tekad dan berusahalah untuk memajukan diri anda dan masyarakat Malaysia yang memerlukan perhatian anda sebagai memainkan peranan seorang siswazah intelek.

Dulu diajar, sekarang boleh mengajar. Dulu hilang, sekarang terbilang. Seorang MAHASISWA yang berkualiti mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi, keperibadian dan keintelektualan  yang unggul serta sentiasa berfikir untuk kebaikan dirinya, jua masyarakat yang berada di sekelilingnya. Oleh yang demikian, setelah para graduan melangkah ke alam kerjaya kelak, laksanakanlah tugas dengan sebaiknya untuk manfaat bersama.

Kami seluruh warga mahasiswa turut serta meraikan kejayaan anda. Semoga anda yang pernah bergelar MAHASISWA akan berjaya menempuh realiti dunia sebenar dengan hati yang cekal dan semangat yang utuh. Sematkan memori sepanjang berada di USM dalam taman-taman memori ilmu kalian, bak kata pujangga:

Tempat jatuh lagi dikenang,

Inikan pula tempat belajar.

TAHNIAH DAN SYABAS kepada para graduan USM daripada Pro Mahasiswa USM!!!

Kalau ada sumur di ladang,

Boleh kita menumpang mandi,

Jika ada umur yang panjang.

Dengan izin-Nya kita jumpa lagi.

SALAM PERJUANGAN MAHASISWA KEPADA PARA SISWAZAH.

Advertisements
Komen-komen
  1. Andry berkata:

    WAH….BESAR SKALI BANNER PRO-M USM DKT BUS STOP BHADAPAN DEWAN BUDAYA ITU YA…KRENN!!! IT MUST BE A GUD MOVEMENT…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s