KEMPEN “SEORANG SERINGGIT UNTUK MENYOKONG SOOK HWA” TELAH BERAKHIR, PERJUANGAN MANSUHKAN AUKU MASIH DITERUSKAN

Posted: Julai 6, 2010 in Aktiviti, Nasional

Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (DEMA) mengumumkan bahawa Kempen “Seorang Seringgit Untuk Menyokong Sook Hwa” telah tamat, dan ingin berterima kasih kepada penderma yang memberi sumbangan.

DEMA Malaysia {klik di sini}

Pada 4 Jun 2010, permohonan ulasan judicial bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bercanggah dengan Perlembagaan yang dibuat oleh saudari Soh Sook Hwa telah ditolak oleh mahkamah, saudari Soh harus membayar kos mahkamah sebanyak RM3000 dalam tempoh 30 hari.

Kempen tersebut telah dijalankan di seluruh negara dari 14 Jun sehingga 1 Julai, selama 18 hari. Sumbangan boleh disalurkan melalui bank, atau kotak dermaan yang disediakan oleh DEMA di forum, jamuan, dan pasar malam untuk menunjukkan sokongan kepada Saudari Soh.

Selain mendapat sumbangan daripada orang awam, Pertubuhan bukan kerajaan juga memberi sokongan yang menggalakkan kepada kempen tersebut dalam tempoh ini. DEMA ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua lapisan masyarakat yang menjayakan kempen ini dan DEMA akan menyalurkan sumbangan ini sebagai sokongan terhadap usaha pemansuhan AUKU pada masa akan datang.

Untuk menggalakkan keterbukaan dan akauntabiliti dalam pengurusan sumbangan yang diterima, DEMA akan mengumumkan jumlah sumbangan dalam masa yang terdekat. Hal ini disebabkan pihak bank memerlukan tempoh dua hari bekerja untuk transaksi kewangan. Walaubagaimanapun, anggaran awal daripada sumbangan yang diterima menunjukkan bahawa sasaran sebanyak RM3000 telah dicapai sepanjang kempen tersebut.

Demi memudahkan pelbagai pihak untuk mengetahui jumlah sumbagan yang tepat, DEMA akan membuat pengumuman selanjutnya dalam blog DEMA (http://demamalaysia.wordpress.com) dalam masa yang terdekat.

DEMA akan menyampaikan sumbangan terdebut kepada saudari Soh, sumbangan yang selebihnya pula akan dijaga oleh DEMA, dan kegunaannya pada masa hadapan akan dipantau oleh Pertubuhan bukan kerajaan. DEMA berpendapat bahawa pencabaran AUKU bercanggah dengan Perlembagaan bukanlah perjuangan individu saudari Soh. Oleh itu, DEMA berharap selain mendapatkan sumbangan yang diperlukan, kesedaran juga dapat diberi kepada orang ramai bahawa AUKU menyekat kebebasan mahasiswa.

DEMA berharap lebih banyak orang akan mencontohi semangat saudari Soh dalam usaha pemansuhan AUKU. Walaupun permohonan saudari Soh telah ditolak, tetapi ini bukanlah penamat, malah merupakan pemulaan. Hanya dengan memansuhkan AUKU yang zalim, autonomi universiti dan kebebasan akademik dapat dipulihkan.

Yang benar,

Khaw Seng Hean

Penyelaras Kempen “Seorang Seringgit Untuk Menyokong Sook Hwa”

Advertisements
Komen-komen
  1. peribadirasulullah berkata:

    Bebaskan ilmu daripada belenggu politik.

    10 Gangguan syaitan ketika solat

    http://peribadirasulullah.wordpress.com/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s