KEMPEN “SEORANG SERINGGIT” UNTUK MENYOKONG SOOK HWA

Posted: Jun 16, 2010 in Aktiviti, Nasional

Pada 4 Jun 2010, Saudari Soh Sook Hwa yang memohon ulasan judisi ke atas kes AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971) bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan telah ditolak oleh Makahmah Tinggi. Oleh itu, saudari Soh  harus membayar kos pentadbiran mahkamah sebanyak RM3000 dalam tempoh masa 30 hari. Atas perjuangan saudari Soh untuk menuntut hak dan kebebasan semua mahasiswa, maka kami akan mengadakan kempen seorang seringgit untuk  mengumpulkan RM3000 sebagai pembayaran ke atas kos pentadbiran mahkamah dan sokongan terhadap perjuangan beliau.

Latar Belakang:

Pada bulan Disember 2004, pihak Universiti Sains Malaysia (USM)  telah mendakwa saudari Soh Sook Hwa daripada Pusat Pengajian Komunikasi bahawa saudari Soh telah melanggar Seksyen 15 AUKU berdasarkan sekeping gambar yang menunjukkan dia memakai baju kemeja -T yang memaparkan logo parti pembangkang yang dipaparkan dalam sebuah akhbar tempatan.

Saudari Soh dikenakan tindakan tatatertib universiti dengan hukuman denda sebanyak RM200 dan diberikan amaran keras atas sebab saudari dituduh berkempen untuk calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua di kawasan Parlimen Batu, Kuala Lumpur. Namun demikian, sembilan pensyarah universiti telah membayar RM200 sebagai sokongan ke atas saudari Soh pada masa itu.Tindakan saudari Soh merupakan kes pertama mahasiswa yang mencabar kesahihan AUKU, terutamanya dalam kandungan AUKU yang melarang ahli akademik dan mahasiswa terbabit dalam politik tanpa kebenaran pihak universiti terlebih dahulu.

Soh juga membuat permohonan untuk semakan terhadap keputusan kementerian yang menolak rayuannya berhubung tindakan yang dikenakan oleh lembaga disiplin USM.

Soh memohon pengisytiharan bahawa Seksyen 15 AUKU – yang melarang mahasiswa meyertai persatuan atau parti politik – dan beberapa peruntukan lain dalam peraturan dan tatatertib USM sebagai akta yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Kes  makahmah ditangguhkan  atas masalah teknikal kehakiman sepanjang 5 tahun.

Akhirnya,  pada 4 Jun 2010 Makahmah Tinggi atas  hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh telah menolak permohonan saudari Soh Sook Hwa  untuk membuat semakan kehakiman terhadap AUKU atas dua sebab, iaitu prosiding USM terhadap saudari Soh adalah tidak bercanggahan dan Akta ke-15 dalam AUKU telah digubalkan oleh kementerian.

Bagi pihak Tuan/Puan/Cik yang ingin menderma, sila membuat dermaan melalui bank dengan

Nombor Bank Akaun: 137-202-200053-4

Bank: AmBank

Nama Penerima: DEMA ENTERPRISE

Sekiranya penderma ingin mendedahkan maklumat (nama dan jumlah dermaan), sila hantar maklumat kepada:

Saudara Khaw Seng Hean

E-mel: carlitokhaw@gmail.com

Nombor telefon: 0164045348

Untuk pengetahuan pihak Tuan/Puan/Cik, tempoh kempen pendermaan adalah dari 14hb Jun 2010 sehingga 1hb Julai 2010.

Sekian terima kasih.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s