DEKLARASI BELIA DAN MAHASISWA 2010 PERTAHANKAN HAK BERPOLITIK MAHASISWA

Posted: Jun 10, 2010 in Nasional, Suara Mahasiswa

Bersempena Hari Hak Asasi Mahasiswa yang berlangsung pada 8 Jun yang lalu, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) semalam (9 Jun) telah menghantar Deklarasi Belia dan Mahasiswa 2010 kepada ahli parlimen baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang untuk mempertahankan hak mahasiswa di Malaysia.

Antara empat teras penting yang terangkum dalam deklarasi tersebut adalah sistem pendidikan, hak untuk berpolitik, kemasyarakatan dan juga satu elemen khas berkenaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Kerelevanan implementasi AUKU pada masa ini dipersoal memandangkan kes empat mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia yang dituduh dibawah akta tersebut baru-baru ini dan juga kes tahun lalu yang melibatkan sembilan mahasiswa Universiti Malaya yang dikenakan tindakan kerana memanggil ahli politik.

Selain itu, kes seorang mahasiswa Universiti Utara Malaysia yang dikenakan tindakan kerana menanyakan soalan yang dikategorikan oleh pihak universiti sebagai mengaibkan dan menjatuhkan nama universiti serta kes Soh Sook Hwa yang didakwa dan dituduh pihak Universiti Sains Malaysia kerana melibatkan diri dalam kempen politik parti pembangkang dalam pilihan raya 2004 turut menjadi pertikaian terhadap AUKU.

Dengan pertuduhan dalam kes-kes di atas, SMM menganggap hal ini sebagai suatu pelanggaran hak asasi mahasiswa yang serius. Justeru, SMM sekali lagi menegaskan dan berharap agar ahli parlimen mengambil perhatian yang serius untuk bersama-sama mempertahankan hak asasi mahasiswa.

Turut hadir dalam majlis penyerahan deklarasi itu adalah wakil-wakil pertubuhan: GAMIS, KARISMA, DEMA, PKPIM, PRO MAHASISWA dan KAMI yang menganggotai SMM serta Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Berita selanjutnya, layari:

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27027

http://suara-keadilan.com/news-section?t=3030

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s