DEKLARASI HAK ASASI MAHASISWA DI PARLIMEN

Posted: Jun 9, 2010 in Nasional, Suara Mahasiswa

Oleh Zulaikha Zulkifli*

Sebuah kumpulan Pro Mahasiswa – Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) – akan menghantar satu “deklarasi” kepada pihak kerajaan dan pembangkang supaya mengetengahkan isu berkaitan penglibatan mahasiswa dalam politik pagi ini.

Pengerusinya Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, penyerahan itu dibuat di parlimen pada tengah hari esok bersempena dengan ‘hari hak asasi mahasiswa’ yang jatuh pada semalam.

“Ini supaya mereka (wakil kerajaan dan pembangkang) teliti kandungan deklarasi sebagai kandungan untuk dibahas di parlimen,” katanya.

SMM menjadikan setiap 8 Jun sebagai hari bagi mengenang penglibatan tujuh mahasiswa dalam perhimpunan anti-ISA pada tahun 2001 yang mengakibatkan mereka dibuang universiti.

Dalam sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Gan Ping Sieu di Putrajaya hari ini, Shazni berkata deklarasi tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Deklarasi tersebut, antaranya menyentuh pelbagai isu mahasiswa seperti mendesak pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), menuntut kebebasan akademik dan penglibatan mahasiswa dalam politik.
“Selain itu, AUKU perlu dimansuhkan segera demi kecemerlangan mahasiswa. Demokrasi kampus juga perlu dikembalikan kepada universiti dan kolej universiti.

“(Sebaliknya) akta universiti yang melindungi demokrasi kampus, autonomi pelajar dan kebebasan akedemik harus diwujudkan,” deklarasi tujuh halaman dalam bahasa Melayu dan Cina itu dipetik.

*Penulis adalah wartawan Malaysiakini.com http://www.malaysiakini.com/news/133998

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s