PARLIMEN MAHASISWA MASIH TERAWANG-AWANG DALAM MINDA MAHASISWA USM?

Posted: Jun 6, 2010 in Berita Kampus, Suara Mahasiswa
Tag:

Selepas penerimaan cadangan penubuhan Parlimen Mahasiswa oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, ia menjadi perbualan hangat bagaimanakah pula perlaksanaan parlimen ini. Pihak Pro Mahasiswa sangat berlapang dada dengan penubuhannya ini kerana kami mengharapkan kebebasan bersuara masyarakat kampus menjadi realiti. Apabila kita menoleh kembali kepada sejarah, sebelum termaktubnya Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU), mahasiswa merupakan jurubicara rakyat Malaysia, kumpulan pendesak dan penyemak serta penyeimbang kerajaan suatu ketika dahulu. Perkara yang disebutkan ini adalah di era Student Power, sekitar tahun 60-an. Namun, semua itu hanya tinggal sejarah kerana sang pemerintah datang dengan suatu akta (AUKU) yang seakan-akan bertujuan menutup mulut mahasiswa daripada bebas bersuara. Dek kerana kejayaan mahasiswa menguasai isu dan bertindak sebagai agen perubahan masyarakat, hal ini mungkin menyesakkan nafas pihak berautoriti.

Selain itu, seperkara yang tidak dinafikan lagi iaitu tugas mahasiswa adalah menjunjung keintelektualan apabila mereka berada di universiti. Namun, adakah setakat itu sahaja tugas para mahasiswa? Suatu perkara yang memerlukan penjelasan. Jika begini keadaannya, maka mahasiswa saling tidak tumpah dengan peranan pelajar sekolah yang hanya datang ke sekolah belajar dengann sedikit beaktiviti ko-kurikulum untuk memenuhi syarat kelayakan ke institusi pengajian tinggi. Adakah itu juga yang diinginkan oleh mereka yang berfahaman sempit ini? Peranan mahasiswa lebih luas daripada itu. Mahasiswa perlu mempunyai pendiriannya sendiri, sebagai kumpulan intelegensia dan intelektualis, mereka perlu cakna dengan persekitaran, dengan isu-isu negara dan global. Perlu diingatkan, mahasiswa bukan kumpulan pembangkang yang anti kerajaan. Tetapi, apa yang utama adalah mahasiswa adalah penegak kebenaran kerana didasari dengan tahap keilmuan yang tinggi.

Justeru kami di pihak Pro Mahasiswa bangkit bersama-sama dengan harapan penubuhan Parlimen Mahasiswa Universiti Sains Malaysia untuk mengembalikan hak kebebasan bersuara mahasiswa. Namun, hal yang tidak disangka-sangka berlaku, perihal Parlimen Mahasiswa tidak langsung diketahui oleh para mahasiswa. Sehingga ke hari ini, mahasiswa masih terawang-awang dengan kewujudannya. Apakah kewujudannya hanya sekadar membincangkan hak kebajikan mahasiswa di kampus sahaja? Kami tidak menafikan usaha penubuhan Parlimen Mahasiswa ini bukan suatu kerja yang senang kerana kita masih dan akan terikat dengan AUKU, namun sampai bilakah perinciannya akan dirahsiakan sehinggakan tujuan kewujudannya tidak langsung disebarkan kepada pihak mahasiswa. Hal yang membimbangkan kami adalah Parlimen Mahasiswa menjadi sekadar omong kosong sahaja. Dalam kita menuju ke arah transformasi Universiti APEX, perkara-perkara ini tidak boleh dipandang remeh dan enteng. Di samping autonomi universiti yang kian meningkat, mahasiswanya juga perlu diberikan autonomi yang sewajarnya.

Autonomi yang dimaksudkan di sini adalah mahasiswa perlu mempunyai satu platform untuk mengemukakan pendapat mereka dalam mempertikai dasar-dasar kerajaan. Maka, kami melihat Student Parliament ini sebagai satu wadah untuk berbicara mengenainya. Jika hanya hal kebajikan mahasiswa sahaja yang boleh dihujahkan, Dewan Perundingan Pelajar adalah platformnya. Tetapi alangkah peliknya, selepas penubuhan parlimen ini baru digembar-gemburkan kewujudan Dewan Perundingan Pelajar ini. Suatu tanda tanya di situ.

Akhir kata, Pro Mahasiswa tidak rela isu Parlimen Mahasiswa diam membisu tanpa sebarang khabar berita. Jika ia juga dijadikan suatu rahsia, maka pada masa hadapan, kerelevanannya juga akan dipertikai.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s