KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI BUKTI AUKU MASIH KEKANG MAHASISWA

Posted: Jun 6, 2010 in Nasional, Suara Mahasiswa

Oleh Sidiqin Omar*

KUALA LUMPUR 5 Jun – Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh semalam memutuskan tidak sah dan menolak permohonan bekas pelajar Universiti Sains Malaysia, Soh Sook Hwa bagi semakan kehakiman berhubung dakwaan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974.

Keputusan tersebut dimaklumkan oleh peguam yang mewakili Sook Hwa, M Lavendran selepas perbicaraan dalam kamar di Mahkamah Tinggi Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas pada pukul 3.30 petang semalam.

Dalam perbicaraan itu Kementerian Pengajian Tinggi diwakili oleh barisan peguam Nizam Zakaria, Shamsul Bolhassan dan Maisarah Johari.

“Keputusan ini tidak membenarkan semakan kehakiman ke atas Akta Universiti dan Kolej Universiti oleh pemohon kerana beliau disabitkan dan dijatuhi hukuman sebelum pindaan ke atas akta tersebut dilakukan. Oleh itu, pemohon dikehendaki membayar kos mahkamah yang berjumlah RM3,000,” kata Lavendran kepada media.

Sook Hwa mencabar AUKU kerana beliau mendakwa akta tersebut bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Pindaan terhadap AUKU diwartakan selepas tahun 2008. Sook Hwa didakwa oleh USM kerana melanggar Seksyen 15 akta tersebut dan dituduh melibatkan diri dalam kempen politik parti pembangkang dalam pilihan raya 2004.

Beliau didakwa melakukan kesalahan tersebut selepas pihak pentadbiran USM menemui gambar beliau di dalam sebuah akhbar Mandarin yang memperlihatkan imej beliau sedang berkempen menyokong calon KEADILAN bagi parlimen Batu, Chang Tian Chua pada pilihan raya umum ke-11.

Sook Hwa merupakan pengundi berdaftar di kawasan tersebut.

Ketika ditemui Suara Keadilan, beliau menjelaskan penglibatan pelajar di dalam kempen PRU bukanlah perkara yang asing.

Menurutnya mana-mana parti yang bertanding kebiasaannya akan mendapatkan bantuan dan khidmat, sama ada daripada golongan yang telah bekerja mahupun yang masih dalam pengajian.

*penulis adalah wartawan Suara Keadilan http://suara-keadilan.com/news-section?t=2988#

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s