KEGANASAN SEMASA PILIHAN RAYA KAMPUS DI USM

Posted: Januari 31, 2010 in Berita Kampus

Barisan Pro-Mahasiswa Universiti Sains Malaysia (Pro-M) mengkritik perisitiwa jenayah yang berlaku semasa pilihan raya kampus yang lalu.

Pada 26 Januari 2010 (Selasa), rapat umum dijalankan. Barisan penyokong Pro-Mahasiswa telah mengangkat banner Pro-Mahasiswa dan memberi sokongan kepada calon Pro-Mahasiswa. Tiba-tiba seorang lelaki datang ke dalam kalangan penyokong Pro-Mahasiswa seolah-olah dia seorang penyokong. Dia memegang banner Pro-Mahasiswa dan menjerit “Hidup Pro-Pembangkang!”. Penyokong-penyokong Pro-Mahasiswa telah mengenalpasti bahawa lelaki itu bukan penyokong Pro-Mahasiswa. Oleh itu, penyokong Pro-Mahasiswa telah berasa pelik tentang kelakuan lelaki itu. Mereka berasa lelaki itu berniat untuk merosakkan imej Pro-Mahasiswa.

Penyokong Pro-Mahasiswa telah meminta lelaki itu jangan memegang banner Pro-Mahasiswa. Namun lelaki itu menarik banner itu tetapi gagal. Dia meminta keluar daripada kumpulan penyokong Pro-Mahasiswa. Tiba-tiba lelaki itu pergi ke tengah banner dan mengeluarkan sebilah pisau lipat. Dia mengoyakkan banner Pro-Mahasiswa dengan pisau itu. Kerana terkejut dengan perbuatan tersebut, penyokong Pro-Mahasiswa menjerit dan menolaknya ke tepi. Pada masa ini, seorang pegawai datang dan membawa lelaki pergi.

Sebenarnya  ada beberapa orang pegawai dari Jabatan Keselamatan pada masa itu. Namun mereka tidak mengambil sebarang tindakan. Seorang mahasiswi telah membuat rakaman peristiwa jenayah ini (Saksikan di YouTube). Dengan bukti ini, penyokong Pro-Mahasiswa telah membuat laporan di Jabatan Keselamtan USM.  Dengan peristiwa ini, kami sebagai mahasiswa merasa keselamatan terancam.

Pilihan raya kampus adalah perisitiwa yang penting bagi kampus dan merupakan satu aktiviti yang demokrasi bagi semua mahasiswa. Rapat umum pilihan raya kampus adalah satu platform bagi calon-calon mahasiswa untuk menjelaskan manifesto sendiri  kepada para mahasiswa. Malangnya, kes negatif ini telah menghancurkan keharmonian kampus. Kelakuan yang negatif ini amat mengecewakan para mahasiswa USM.

Kenapa lelaki yang melakukan kes negatif itu tidak dipersoalkan oleh pegawai atau pegawai Jabatan Keselamatan? Adakah pihak Universiti mengambil berat keselamatan mahasiswa?  Mahasiswa hendaklah berkerjasama mengatasi masalah-masalah  ini. Apatah lagi, mahasiswa daripada Universiti APEX.

Demikian, pihak universiti diharapkan supaya mengambil berat kes jenayah ini dan menyiasat kes ini dengan segera demi membuat penjelasan kepada mahasiswa dan orang awam.

Pro-Mahasiswa tidak akan diancam oleh kes jenayah seperti ini. Kelakuan jenayah memang tidak dapat membawa sebarang manfaat kepada para mahasiswa.

Di sini, Pro-Mahasiswa menyeru rakyat supaya mengambil berat kejadian ini. Pro-Mahasiswa berharap pilihan raya kampus akan dijalankan dalam situasi yang adil, tidak ada keganasan dan saling menghormati antara mahasiswa.

Banner calon yang dikoyak sebelum Hari Pengundian

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/1/28/nation/20100128193602&sec=nation

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s