FORUM E-UNDI, KEBEBASAN MAHASISWA DICABULI

Posted: Januari 4, 2010 in Nasional

Sudut pidato atau biasa kita sebut ‘speaker corner’ adalah pentas bagi mahasiswa mengasah bakat berucap dan menggalakkan perbincangan intelektual.  Ketika Anwar Ibrahim memimpin Persatuan Bahasa Melayu (PBMUM) di UM, Anwar memanfaatkan sepenuhnya ‘speaker corner’ ini untuk menyampaikan idea dan gagasan beliau.  Apa yang penting di sini ialah, sebuah kepimpinan mahasiswa yang ada ideologi tersendiri terbentuk bila mahasiswa diberikan hak untuk bersuara, merasakan bebas untuk berfikir dan melontarkan idea serta tidak takut untuk berbeza pandangan.

Sebaik demonstrasi di Baling yang digerakkan mahasiswa, pihak kerajaan telah meminda AUKU pada 1975, dan antara kesan dari pindaan itu, ‘speaker corner’ telah diharamkan.  Pindaan ini telah mematikan gerakan mahasiswa di kampus.  Hasil desakan dan kritikan berterusan, kerajaan sekali lagi meminda akta ini, speaker corner kembali dibenarkan di universiti.  30hb Disember yang lepas, Dato’ Saifuddin Abdullah, Timb. Menteri KPT berkata sejajar dengan pindaan ini, speaker corner akan kembali diwujudkan dalam usaha menjana nilai keintelektualan mahasiswa.  Dato’ Saifuddin pun mengakui dalam 8 teras kokurikulum universiti, pengucapan awam berada di tangga paling bawah kini.

Namun keseriusan dan ketelusan kerajaan atau KPTM dalam usaha ini masih diragui.  Apa yang terjadi kepada forum e-voting di UM baru-baru ini sebagai contoh tidak menggambarkan hak dan suara mahasiswa dihormati? Mahasiswa yang menganjurkan forum itu hanya mahu mewacanakan perlaksanaan E-Voting secara akademik dan profesional, ia adalah sebuah wacana intelek yang amat berguna untuk mahasiswa, mengapa perlu diberikan tekanan?

Pada forum tersebut, Pengerusi Pro-M Nasional, Sdr Mohamad Shafie Hashim berkata,

“Mahasiswa tidak membantah sistem perlaksanaan e-undi, kerana kita tidak mampu untuk membahas tentang perisian dan kita tidak memiliki kepakaran.  Yang kita persoalkan adalah intergriti sistem tersebut.”

Ketua Pro-M USM, Sdr Muhammad Hanif Alias apabila diminta komen berkenaan sistem e-undi dan apa yang berlaku di UM berkata,

“Saya merasakan apabila mereka mempersoalkan e-undi, bukan bermaksud menolak kemajuan, atau membantah tanpa asas, tetapi asas bantahan mereka ialah mempertahankan nilai ketelusan kerana ia nilai yang paling penting bagi manusia, lebih-lebih lagi mahasiswa.”

“Bagi saya, mereka mengambil langkah bijak dan professional apabila menganjurkan forum tersebut kerana mereka cuba menyampaikan pandangan mereka secara intelek, dan berhemah.  Tiada sebab bagi saya  forum itu disekat.”

Tekanan yang diterima Gabungan Mahasiswa Bantah E-Voting (BANTAH) selaku penganjur forum itu memaksa forum itu diadakan di koridor dewan syarahan APIUM, tekanan yang sama juga menyebabkan salah seorang panel, Prof Abdul Aziz Bari menarik diri.  Jika wacana ilmiah sebegini ditekan, maka apakah mahasiswa pada hari ini tiada hak dalam berfikir dan berbincang?  Maka kualiti mahasiswa yang bagaimana ingin memimpin negara?

Tidak wajar kepentingan politik mengotori atau mengganggu perkembangan idea dan pemikiran mahasiswa.  Sebagai kelompok intelek, mahasiswa sepatutnya dibiasakan dengan isu-isu semasa dan ditajamkan pemikiran kerana mahasiswalah pelapis kepimpinan negara.  Apa yang dibimbangi, tekanan dan larangan seumpama ini akan menjejaskan kualiti dan daya kepimpinan mahasiswa itu sendiri.

Apabila ditanya isu e-undi ini di USM, Sdr. Hanif berkata, tiada ura-ura sistem ini akan dilaksanakan di USM, dan pihak Pro-M mengharapkan andai ada apa-apa cadangan melaksanakan sistem ini di usm, pihak universiti mengambil kira dahulu pandangan mahasiswa.

Advertisements
Komen-komen
  1. cahayabulan berkata:

    hmm…bila agaknya kebebasan bersuara yg sebenar2nya mampu dilaksanakan jika hal mcm ni sering membayangi mahasiswa…huhu

  2. Din berkata:

    apa lagi yang mahasiswa malaysia nak kan??kebebasan spt mahasiswa indonesia, thailand???
    apa yang terhalang??begitu byk program dan aktiviti anjuran mahasiswa dalam masa satu sidang..
    nak jalan telanjang dalam kampus ke??

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s