MENYOROTI KISAH POLITIK 2009

Posted: Januari 2, 2010 in Nasional, Rencana

Tahun 2009 baru melabuhkan tirai, dan kini kita melangkah ke tahun baru 2010. Seperti biasa, tahun baru datang bersama dengan azam baru. Sebelum kita memulakan langkah petama di tahun baru ini, sebagai panduan, ada eloknya kita memandang dan menganalisa segala peristiwa yang berlaku dalam 2009, sama ada pada diri kita sendiri, kampus, mahupun nasional.

Tahun 2009 diwarnai dengan pelbagai krisis politik yang sedikit sebanyak membuatkan kita kembali berfikir akan sistem pentadbiran negara masa kini. Tirai 2009 dimulakan dengan krisis perlembagaan di negeri Perak. Ia bermula apabila tiga orang adun dari Pakatan Rakyat bertindak mengisytiharkan diri mereka tidak lagi menyokong kepimpinan Menteri Besar Dato’ Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaludin yang membawa kepada kejatuhan kerajaan pakatan rakyat di Perak.

Masalah mula timbul apabila MB Perak dijatuhkan tidak melalui prosedur yang sah iaitu melalui sidang DUN, ia membawa kepada beberapa siri krisis yang berlarutan hingga kepda pertukaran Speaker DUN yang berjalan dalam keadaan yang begitu diragui. Isu ini menjadi buah perbincangan ramai pihak, dari rakyat bawahan, pelajar-pelajar IPT, ahli akademik, pemimpin politik. Hingga kini, keputusan masih terletak pada makhamah persekutuan, dan yang pasti semua pihak ternanti-nanti apa keputusanya kelak.

Tahun ini juga diwarnai dengan krisis kepimpinan MCA, parti komponen kedua terbesar BN. Ia bermula apabila President council memecat keahlian Timb. Presiden MCA, Chua Soi Lek. Ia akhirnya membawa kepada EGM MCA yang akhirnya menghasilkan keputusan mengejutkan ramai pihak apabila meluluskan undi tidak percaya kepada presiden dan menolak perlantikan semula Chua. Krisis semakin meruncing apabila muncul kumpulan ketiga diketuai Naib Presiden Liow Tiong Lai yang menggesa pimpinan parti menghormati keputusan EGM dan campur tangan ROS yang mengesahkan kedudukan Chua sebagai Timb. Presiden. Akhirnya, Dato’ Seri Najib selaku pengerusi BN terpaksa campur tangan dalam usaha menjernihkan pihak-pihak bertelagah. Ramai penganalisis politik beranggapan, jika MCA gagal menyelesaikan masalah ini dengan segera, maka sukar bagi BN menarik sokongan pengundi cina pada PRU 13 akan datang.

Parti Pas yang memiliki keahlian melayu teramai selepas UMNO turut tidak terlepas dilanda konflik. Pasca kejayaan besar parti itu dalam PRU 12 yang lalu, berlaku pertembungan di antara kepimpinan parti yang akhirnya membawa kepada beberapa siri dan pertikaian antara pimpinan parti. Ia memuncak sebaik Tan Sri Isa Samad menjulang kemenangan BN di Bagan Pinang apabila Tuan Guru Nik Aziz sebagai tokoh besar pas mengusulkan sebuah EGM bagi menyelesaikan masalah dalaman parti. Kepimpinan parti itu dilihat mengambil langkah selamat dengan mewujudkan sebuah seminar khas bagi menilai dakwaan Nik Aziz, ia bagaimanapun dikatakan masih tidak mampu menyelesaikan segala krisis dalaman.

Terbaru, krisis dalaman Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang diterajui oleh menantu Nik Aziz, Ir. Abdul Ariffahmi. Ia bermula apabila pelbagai isu ditimbulkan sebaik Syed Azidi, seorang pegawai PMBK dipecat. Pimpinan parti itu dilihat berbeza pandangan dalam isu tersebut, antaranya Naib Presiden Mahfuz Omar yang mendesak agar Ariffahmi segera meletak jawatan, walaupun begitu kerajaan negeri dilihat sudah memuktamadkan keputusan berkenaan isu tersebut.

Tahun 2009 turut mencatat sejarah apabila kredibiliti SPRM yang baru diragui dan dipertikai apabila Teoh Beng Hock, setiausaha politik salah seorang exco Selangor ditemui mati dalam proses soal siasat di Plaza Masalam. Isu ini menyebabkan ramai pihak terkejut dan memberi reaksi sama ada dari parti pemerintah mahupun parti pembangkang.

Akhirnya Dato’ Seri Najib bersetuju untuk menubuhkan satu inkues menyiasat kes ini. Isu ini kembali hangat dan mendapat perhatian apabila pakar forensik dari Thailand Dr. Porthip membuat kenyataan 80% Teoh Beng Hock dibunuh. Ia membawa kepada penggalian semula kubur mendiang untuk bedah siasat kali kedua. Apakah keputusan akhir? Sama-sama kita ikuti.

Tahun ini juga kerajaan persekutuan hampir tumbang apabila hanya memperolehi majoriti 3 undi untuk meluluskan bajet bagi tahun 2010. Bayangkan andai bajet ini gagal diluluskan maka segala perkara berkaitan perbelanjaan negara akan terbantut, maka dengan kata lain kerajaan tidak dapat berfungsi. Di sini, kredibiliti dan sikap tanggunjawab ahli parlimen sangat mendukacitakan. Ia seolah-olah tidak mengambil serius akan masa depan negara yang diamanahkan.

Semua ini hanyalah sebahagian isu-isu yang menjadi tumpuan sepanjang 2009. Semua isu ini kalau kita melihat dari pandangan yang sempit, ia adalah isu politik yang tidak harus dibincangkan oleh mahasiswa, namun Pro-M berpandangan isu-isu ini bakal memberi kesan kepada perjalanan negara dan mahasiswa patut bersama-sama memikirkan dan mengambil iktibar dari apa yang berlaku.

Sebagai sebuah entiti yang bebas dalam negara ini, Pro-M akan terus berjuang dan menjadi kumpulan semak dan imbang dalam setiap kemelut yang berlaku. Pro-M juga akan tetap berpegang pada prinsip kebenaran dalam memberi idea dan usaha menyelesaikan konflik yang berlaku tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak berkepentingan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s