BILAKAH PILIHAN RAYA KAMPUS?

Posted: Januari 1, 2010 in Berita Kampus

Semester baru bermula, semua orang pasti ada harapan masing-masing untuk semester ini, selamat berjaya kepada semua. Sehingga kini, antara topik yang menjadi bualan siswa siswi adalah pilihan raya kampus. Semua mahasiswa baik dari kem ProM dan ProAspirasi mahupun pengundi atas pagar tertanya-tanya bilakah pilihanraya kampus akan diadakan. Ada juga cakap-cakap penyarah dan staff pun tertunggu-tunggu bila pilihanraya kampus berlansung. Adakah dalam keadaan seperti ini, adakah pihak HEPP mahu kekal membisu? Jika benar begitu di manakah nilai ketelusan HEPP?

Di era 70-an mahasiswa digelar jurucakap bagi masyarakat, menjadi penghubung antara kerajaan di atas dengan golongan marhain di bawah. Antara pemimpin mahasiswa yang aktif bergerak dalam gerakan mahasiswa kala itu antaranya Anwar Ibrahim, Zahid Hamidi, Shabery Cheak, Puad Zarkashi, Saifuddin Abdullah, Saifudin Nasution, Sanusi Junid, Ibrahim Ali dan ramai lagi pemimpin yang kita kenal pada hari ini sebagai pemimpin masyarakat.

Mereka ini lahir sebagai satu kelompok yang independent, kritikal dalam berfikir, dan berani menyuarakan pandangan mereka. Sebagai kelompok yang hidup di sebuah pusat inteletual, tidak terikat dengan apa-apa kepentingan pribadi, mahasiswa mampu melihat segala kepincangan tanpa sikap berat sebelah atau bias. Dalam masa yang sama susasana intelektual di kampus juga meransang pemikiran mahasiswa dan memberi idea-idea baru kepada mahasiswa dalam mendepani cabaran negara. Mahasiswa berfungsi sebagai kelompok check and balance kepada pentadbir, menyuarakan hasrat dan masalah masyarakat bawahan dan berani dalam bersuara.

Sejarah membuktikan, hasil dari gerakan, ideologi dan pemikiran mahasiswa ini, beberapa kesan positif kepada negara dapat dicapai. Antaranya pembelaan terhadap kemiskinan rakyat Baling, mahasiswa berjaya menarik perhatian kerajaan akan nasib mereka. Akta bahasa kebangsaan digazetkan adalah atas usaha dan pemikiran mahasiswa, mahasiswa yang sebenar adalah mahasiswa yang berfikir untuk masa depan negara dan rakyat. Memberi pandangan tanpa terikat dengan apa-apa kepentingan pribadi.

Pilihanraya kaampus adalah untuk memilih mereka yang benar-benar mempunyai pandangan dan wawasan mahasiswa. Pemimpin yang lahir dari pilihan siswa dan siswi mestilah mereka yang benar-benar mempunyai visi dan misi untuk memimpin mahasiswa kembali kepada peranan mereka yang sebenarnya. Bukan mereka yang hanya tahu mengangguk dan mengiyakan saja pihak atasan.

Menjelang pilihanraya kampus akan datang, mahasiswa perlu bijak dalam membuat pilihan. Kuasa memilih ada pada anda semua, adakah anda hanya mahukan pemimpin yang hanya tahu bercakap dan berbicara dalam konteks dan kepentingan kelompok kecil semata-mata atau anda inginkan pemimpin yang mempunyai visi dan misi dalam membawa perubahan kepada negara?

Pilihan terletak pada anda, selamat mengundi kepada semua…

Advertisements
Komen-komen
  1. Seng Hean berkata:

    gerakan mahasiswa pada tahun 1970 an termasuk Syed Hamid Ali dan Hishammudin Rais

  2. hidayah_um berkata:

    salam..memang dulu mahasiswa menjadi jurucakap masyarakat dan membela golongan bawahan,tetapi apa yang terjadi hari ini amat jarang melihat mahasiswa melakukan seperti apa yang dilakukan oleh mahasiswa terdahulu. Seperti Pro-M sendiri, sering membangkitkan perjuangan mahasiswa spt Demonstrasi Baling dan nama2 besar seperti Syed Husin Ali, Hishamudin Rais, tetapi seakan-akan tiada usaha utk melakukan perubahan dalam masyarakat. Mahasiswa seharusnya mengembalikan senario kebgkitan mahasiswa dgn membantu masyarakat miskin bandar dan desa, isu pendidikan,ekonomi,masalah sosial..jangan hanya gah ketika pilihanraya sahaja.saya rasa Pro-m sebaik-baiknya memulakan langkah ke arah masyarakat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s