1 SISWA 1 MALAYSIA 1 ASPIRASI

Posted: Oktober 10, 2009 in Berita Kampus, Suara Mahasiswa

Posted on 11:01 PM by SUARA SISWA

Minden: 1 Siswa 1 Malaysia 1 Aspirasi bukanlah suatu pemikiran baru tetapi sebaliknya mencedok atau membodek secara halus motto baru kerajaan Malaysia.

Bagi Pro Mahasiswa pula isu perpaduan bukanlah isu yang perlu diperdebatkan lagi, perjuangan mahasiswa sejak dahulu lagi sebenarnya, kita bersama-sama seluruh aktivis mahasiswa tanpa mengira kaum bersatu padu dalam memperjuangkan hak dan suara mahasiswa.

Menurut Aktivis Pro M USM, Abdullah Bin Ahmad, komunikasi 3, pihak Pro Aspirasi menyatakan slogan 1 siswa 1 Malaysia 1Aspirasi adalah untuk mempertahankan status quo golongan tertentu. Mahasiswa amat bimbang isu perpaduan ini dimainkan hanyalah untuk memperkuatkan pihak tertentu sahaja, bukan bermatlamat untuk menangani masalah perkauman.

Berbeza dengan kami Pro Mahasiswa, kita sejak dahulu lagi telahg tersemat di hati kami bahawa kami adalah satu bangsa Malaysia yang bebas dari mana-mana pengaruh penguasa atau pentadbir.

Kita juga sebenarnya bimbang dengan sikap taat membuta tuli Pro Aspirasi ini akan menghilangkan fungsi sebenar kita sebagai golongan semak dan imbang ataupun sebagai suara alternatif kepada sang penguasa dan pentadbir dalam memacu kesejahteraan dan kelestarian kehidupan manusia.

Advertisements
Komen-komen
  1. 2nd yer yang kecewe ngan proM berkata:

    ‘golongan semak dan imbang ataupun sebagai suara alternatif kepada sang penguasa dan pentadbir dalam memacu kesejahteraan dan kelestarian kehidupan manusia.’ sampai bila perjuangan korang nak semak dan imbang? mana perginya tindakan korang untuk menyelesaikan sesuatu masalah tu. contohnya kita ada masalah perpaduan sekarang ni.so ‘sang penguasa’ hendak menggunakan pendekatan 1malaysia yang logiknya akan mengingatkan kembali asas2 perpaduan dalam negara kita.

    jadi asas perjuangan proM adalah semak dan imbang, korang pun akan bantai dan bangkanglah konsep 1malaysia ni, atas rasional semak dan imbang. jadi sampai bila masalah ni akan selesai. berbeza dengan aspirasi, mereka adalah golongan yang bersama-sama dalam menjayakan hasrat murni dan bersama-sama menyelesaikan masalah perpaduan ni. ProM mendakwa bahawa bahawa mereka bersatu padu dalam memperjuangkan suara pelajar. tapi persoalannya, apakah bukti anda bersatu padu dalam memperjuangkan suara pelajar? boleh tolong listkan masalah pelajar apa yang anda telah selesaikan? dalam proM ada beberapa komponen, spf,pmi,dan beberapa lagi..tolong huraikan apa spf dah selesaikan masalah pelajar? stakat buat surat dan hantar kepada TNC baik tak payah, budak tadika pun boleh buat. pastu setakat edarkan flyers memburuk-burukkan mpp,memburuk-burukkan universiti baik tak payah.

    aku lihat MPP yang ada sekarang ni susah payah nak pastikan semua kebajikan terjaga,kalau dieorang bukak kaunter,mesti bende2 bermanfaat, contohnya pemberian amanah saham 1malaysia kpd 1st yer(teringat waktu aku lalu kat kaunter tu,ramai gler 1st yer), dulu waktu masalah desa, dieorg lagi yg tolong student utk dptkan blk desa. buat kutipan derma utk mangsa gempar bumi di padang,pastu dieorng turun pdg ngan tnc utk tgk masalah bus(teringat waktu aku salam ngan tnc dlm bus) dan mcm2 lagi. kalau tgk proM plak, bukak kaunter, buat soal selidik menjatuhkan universiti, menjatuhkan org lain,edar bende2 yang tak sepatutnya, menghasut org. apa semua ini? aku sbg 2nd yer student amat kecewe dgn ProM yang kononnya pro kepada student.

  2. Stud Comm/3 berkata:

    sape Abdullah Ahmad, Komunikasi /3?
    sepanjnag 3 th jd pelajar PP Komunikasi, x wujud pun nama tu.
    wassalam..ples be honest dlm penulisan berita.
    that is journalism ethic

  3. budak kejut berkata:

    salam..

    alergik benar pihak anda dengan perkataan aspirasi itu sendiri.

    ketawa besar saya dengan membaca blog ini.

    maafkan saya sekiranya ia datang dari kebodohan saya sendiri ataupun….

    normal lah, sejuta budi pon orang tak pandang, tapi satu kelemahan yang sentiasa dicari.

    normal lah….

  4. respon pd 2nd year yg kecewa kononnya.. berkata:

    “stakat buat surat dan hantar kepada TNC baik tak payah, budak tadika pun boleh buat”

    anda pernah buat ka??aspirasi??hmm..hgpa lg teruk dr bdk tadika..knapa tak pernah buat??sebab hnya ikut telunjuk HEP.. segala2nya ada AGENDA demi kepentngan sndiri.

    wallahua’lam

  5. cahayabulan berkata:

    assalamualaikum..x salah rasanya klu bg pndgn secara berhemah kn?? ISLAM x mengajar umatnya berkasar…seboleh2nye tegur secara berhemah…lemah lmbut..bkn skli tgur..trus kasar..
    wallahualam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s