MAHASISWA TIDAK MERDEKA?

Posted: Ogos 31, 2009 in Rencana, Suara Mahasiswa
Tags: , ,

hajar-hassan

oleh: Siti Hajar Binti Hassan

Pabila tiba bulan kemerdekaan, pasti ramai pihak akan berpusu-pusu untuk menayangkan sikap patriotik dalam diri mereka. Pasti ada di antara kita semua yang berpusu-pusu untuk membeli bendera Malaysia. Mungkin yan gpaling besar itu paling patriotikdalam tanggapan sesetengah pihak. Mungkin juga ada yang tidak menghiraukan langsung tentang tibanya tarik keramat 31 Ogos. Namun, persoalan yang paling utama disini adalah, sejauh manakah kita menghayati kemerdekaan itu? Sebagai golongan mahasiswa yang punyai intelektual yang paling tinggi dalam masyarakat adakah kita menyedari bahawa di luar sana, masih ramai lagi yang kabur dan samar konsep merdeka yang sebenarnya.

Namun, saya tinggalkan persoalan ini untuk kita lihat renungkan bersama. Memetik penulisan Saudara Shafie Hashim, Pengerusi Pro Mahasiswa Universiti Malaya ” Dalam konteks mahasiswa pula pada saya belum lagi merdeka. Sejarah gerakan mahasiswa satu ketika dahulu menunjukan bahawa mereka benar-benar merdeka .

Merdeka dari sudut minda,  personaliti dan tindakan. Era 60an -70 an menukilkan sejarah mahasiswa yang tampil dengan spirit yang menggerunkan banyak pihak samada di kalangan mahasiswa dan pemimpin negara sendiri.

Keberadaan mereka di rasai oleh semua pihak. Perjuangan mereka tidak retorik, ada sahaja perkara yang tidak betul merekalah menjadi jaguh bagi membetulkan keadaan .

Lihat sahaja bagaimana kehebatan mahasiswa dahulu di dalam isu kemiskinan di Baling , Isu Hamid Tuah dan banyak lagi. Perjuangan mereka tidak kenal erti takut, erti di penjara, melainkan di hadapan mereka hanya ada  prinsip jelas  bahawa yang hak tetap hak , manakala yang batil tetap batil.Yang benar perlu di tegakkan , manakala yang salah perlu di hapuskan sama sekali. Bagaimana pula kita hari ini.

AUKU menjajah Mahasiswa ??

Kewujudan Akta Universiti & kolej  Universiti (AUKU ) 1975  telah merencatkan sebahagian besar mahasiswa  dalam segenap aspek pada ketika itu . Mahasiswa kembali lesu serta tidak proaktif dalam  berbincang dan berpencak seperti mahasiswa sebelum akta kuku besi itu wujud .

Walaubagaimanapun mahasiswa tetap bangkit meredah tembok yang kebal itu. Setiap tahun mahasiswa berjuang tanpa menghiraukan  tembok di hadapan, bekal didikan yang mantap , tidak timbul lagi soal takut dengan tindakan polis, tindakan universiti dan sebagainya yang terkandung dalam akta draconian itu. Aksi demi aksi terus berlaku tanpa menghiraukan risiko yang bakal di hadapi.

Kesannya membawa  mahasiswa berjaya mendesak kerajaan Malaysia meminda AUKU untuk di pinda kali ke kedua pada tahun 2008. Walaupun begitu, mahasiswa masih di telengkup  dengan strategi permurnian kalausa yang mengelirukan mahasiswa dalam memahami akta ini.

Pendek kata AUKU masih lagi merencatkan pada sesetengah pergerakan mahasiswa. Biarpun di pandang sebagai ketelusan pemimpin negara  dalam menerima  kebebasan mahasiswa  bersuara ,  tetapi  ianya hanya indah khabar dari rupa.

Namun , kekangan ini tidak menjadi masalah hanya bagi  mereka yang berani menyepak AUKU ini seperti bola kerana sasaran mereka yang serius dengan perjuangan  hanyalah ‘tiang  gol’ di hadapan..”http://mahasiswakini.com/archives/4284

Secara peribadinya, saya sebagai mahasiswa mengakui pandangan beliau. Ramai dikalangan mahasiswa pada hari ini terutamanya yang mengakui mereka aktivis mahasiswa merasakan perjuangan memperjuangkan hak mahasiswa sudah tidak perlu lagi dilakukan kerana AUKU telah dipinda. Namun, perlu diingat di sini pindaan itu semakin melemahkan gerakan mahasiswa.

Lemahnya gerakan mahasiswa pada hari ini, bakal menyaksikan satu kelemahan tampuk pemerintahan akan datang. Justeru, kajilah dan lihatlah dalam diri, apakah kita telah menemui jawapan erti merdeka sebenarnya?? Apakah dengan memebenarkan segenap laku para pemrintah itu dibilang Patriotik? Apakah dengan mengkritik itu dilihat pengkhianat? Renung-renungkan, fikir-fikirkan. End

Penulis merupakan Penggerak Pro Mahasiswa Universiti Sains Malaysia dan juga Exco Kepimpinan dan Pembangunan Sahsiah Majlis Perwakilan Pelajar USM.

Komen-komen
  1. carlito berkata:

    amend of UUCA is including master, phd, part time student. Actually the authority of Minister and Vice Chancellor are never less through the amend

  2. Din berkata:

    apa bukti AUKU yg telah dipinda tu lebih melemahkan mahasiswa??saya rasa AUKU yg dah dipinda tu membuatkan mahasiswa lebih dgn kini mahasiswa boleh melibatkan diri dgn pertubuhan luar kecuali parti politik..

  3. carlito berkata:

    din, tetapi menteri masih mempunyai kuasa untuk menghalang anda untuk menyertai pertubuhan2 yang dia rasa tidak sesuai selain daripada parti politik

  4. leader of changes berkata:

    carlito, janganlah jadi sempit sangat. tak cukup ke NGO yang ade sekarang ni? student bley terlibat dengan mcm2 NGO. gtau NGO mana yang menteri larang masuk? kalau berani jawabla.

  5. pendakwah bebas berkata:

    siapa yang tidak merdeka?????

    adakah mahasiswa yang tidak taksud kepada politik atau mahasiswa yang taksud kepada politik( geng-geng Pro-M).

    kepada Adi> Dimana tugasan mu kepada pengundi…setelah di beri amanah kepada mu namun amanah itu telah kamu khianati…sesungguhnya kamu berselindung kepada agama semata2…aku sungguh kesal…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s