Arkib untuk Januari, 2009

MAHASISWA MEMIMPIN

Posted: Januari 8, 2009 in Meja Editor, Palestine, Rencana

Mentaliti yang mahu dibina adalah setiap seorang dari kita adalah bakal pemimpin. Pemimpin yang bakal memimpin masyarakat ke arah kesatuan ummah dan kembali kepada kebenaran. Ini bertepatan dengan konteks kita sebagai mahasiswa di kampus iaitu ‘Melahirkan dan membimbing generasi pemimpin dalam kalangan mahasiswa’

Sejauh manakah mahasiswa pada masa kini yang mempunyai kesedaran untuk sedia memimpin? Lihat sahaja pada perkembangan dunia  kini iaitu isu pencabulan hak di Palestin yang dirobek oleh keganasan Israel sekali lagi membuka mata dunia. Kezaliman Israel yang membunuh ribuan nyawa yang tidak berdosa tidak lagi menjadi suatu kejanggalan tetapi keperihatinan mahasiswa dalam menyelami masalah ini perlu diberi penekanan.

Tanggungjawab untuk memimpin masyarakat sekeliling terhadap kesedaran pencabulan hak manusia terletak di setiap pundak mahasiswa. (selanjutnya…)