UNIVERSITI APEX MENJANA MAHASISWA CEMERLANG?

Posted: Januari 11, 2009 in Meja Editor, Palestine, Suara Mahasiswa

kempen_nilai_baru_2_copyKesedaran

Hari ini sudah hampir dua minggu Rejim Zionis Laknatullah melancarkan serangan ke atas para pejuang-pejuang mujahidin Hamas. Sasaran juga tidak terkecuali pada penduduk awam tidak kira tua, muda hatta kanak-kanak. Seluruh dunia menyatakan simpati dengan serangan tersebut pelbagai cara. Tidak terkecuali juga bagi sebilangan rakyat Malaysia yang dalam hatinya punya kesedaran terhadap apa yang berlaku ke atas negara Palestin.

Pelbagai cara dibuat bagi memberikan kesedaran, mengutip dana, larian amal termasuk forum-forum dan kempen. Bagi Universiti Sains Malaysia (USM) sendiri selaku universiti tersohor pertama negara yang mendapat status Apex Universiti (AU) juga tidak ketinggalan mengadakan pelbagai cara bagi menyedarkan warga kampus tentang penderitaan rakyat Palestin. Namun, usaha ini tampak tidak mendapat sambutan hangat daripada warga kampus lantaran banyaknya program lain yang menjadi pilihan para pelajar.

Warga Hiburan dan Keseronokan

Penulis amat kesal dan hanya mampu menggeleng kepala apabila warga kampus Apex Universiti berpusu-pusu untuk ke Dewan Budaya untuk menghadiri Malam Kesenian Anak-anak Negeri bagi merebut Piala Naib Canselor 5hb lalu. Tatkala serangan hebat Rejim Zionis Laknatullah ke atas pejuang-pejuang islam kita di Palestin, warga kampus kita dengan tawa dan riangnya bersuka ria tanpa sekalipun memikirkan penderitaan yang dialami saudara-saudara seagama di Palestin. Bukannya yang menari dan terkinja-kinja itu bangsa cina, India ataupun mat saleh tapi warga kita yang beragama ISLAM. Amat cetek sekali sensitiviti mahasiswa kita berkaitan isu Palestin ini. Sepatutnya, taraf AU yang dikecapi kini, mampu membuatkan dan melahirkan mahasiswa yang bijak dan sedar akan isu semasa dalam masyarakat.

Tidak cukup setakat itu, pada 9hb hingga 11hb ini, diadakan pula Karnival Rakan Muda yang bertemakan “Menjana Perubahan Generasi Masa Depan” dengan penajaan besar daripada Milo dan Cimb Bank. Menjana generasi masa depan? Dengan pelbagai acara seperti Live Band, shuffle, program sukan dan nyanyian? Dengan program serupa ini ke kita ingin menjana perubahan? Penulis rasa ingin tergelak namun dalam masa yang sama berfikir sejenak adakah dengan program semacam ini kita mampu menjana generasi masa depan? Memang kita mampu menjana generasi masa depan tapi menjana generasi hiburan dan suka berhibur. Mana pengisian atau program berbentuk ilmiah?

Dapatkah anda semua gambarkan kepimpinan masa hadapan yang akan diterajui oleh pemimpin-pemimpin yang gemar berhibur dan berseronok tanpa adanya penerapan aspek ilmu dan pengamalan agama itu sendiri?
Adakah masa muda kita hanya dihabiskan dengan berseronok, berhibur dan mencari populariti untuk dikenali orang ramai? Bangga dikenali? Terkenal?

Dengan pencapaian ini akan dibawa mengadap pada Sang Pencipta, Allah SWT?Adakah ini yang anda akan jawab di mahkamah agung Allah tentang masa muda yang digunakan? Berseronok tanpa mempedulikan saudara seislam yang ditindas di Palestin dan negara-negara lain?

Adakah anda sanggup bersama-sama menghantar nama menjadi sukarelawan untuk membantu mujahidin Hamas di Palestin sana?

Semua persoalan ini penulis lontarkan kembali pada diri penulis dan para pembaca sekalian. Adapun penulisan ini bukan untuk menghukum atau mencari kesalahan sesiapa, namun ianya dibuat atas dasar untuk memberi kesedaran pada mahasiswa yang terlalu banyak leka dengan masa muda disamping untuk ingat-mengingati sesama saudara islam.

Daripada Abdullah Ibn Abbas RA, Rasulullah SAW bersabda: 2 nikmat yang ramai manusia terpedaya dengannya iaitu SIHAT dan KELAPANGAN. (HR BUKHARI)

Oleh itu, penulis dan seluruh barisan Pro-Mahasiswa USM, menyeru seluruh warga kampus supaya sama-sama kita menjana perubahan pada tahun baru 2009 ini dengan bersikap lebih matang dan tidak terlalu leka dengan permainan dunia semata.

Advertisements
Komen-komen
  1. kak za berkata:

    You are right!!
    Selamat menempuh PRK…semoga kita sama2 iringi doa munajat kita pada malam hari dengan doa untuk saudara seislam kita di Palestin.

    Takbir!!

  2. Nadia Ali berkata:

    Please be realistic. Just because something terrible happened to the Palestenians, you cant expect Rakan Muda to cancel a huge carnival that im sure took alot of time and planning. Dont tell me that everytime a war happens, you expect all of us to mourn and stop living our lives? I know that Pro Mahasiswa members are very religious and spiritual , but bear in mind that you dont represent the whole campus. Some of us LOVE life. We want to dance and attend concerts

    Insurguncies and injustice happens all the time and everywhere in the world, from Darfur to Thailand, not just the middle East. So are you saying that if elected, you’re not going to allow any form of fun activities for us?

    Through this article i can see that Pro Mahasiswa is Anti-Fun. You envision a bleak and sad campus.

    Ive never voted before for campus elections and it’s going to take more to convince me to vote for Pro Mahasiswa

  3. Pei Pan berkata:

    Warga kampus kita sememangnya sangat sukakan hiburan. Lihat sahaja setiap kali di adalah program kebudayaan pasti dewan tidak akan lenggang tetapi jika yang dianjurkan berunsurkan ilmiah, amat memalukan universiti Apex dewan kosong. BHEP..bilakah semua ini akan berubah?

  4. nami berkata:

    hmm..inilah yang dinamakan sebagai “charity without honesty…”

    Sedekah yang ikhlas ialah sedekah yang tak menunjuk-nunjuk,mencari publisiti.

    Sedekah yang ikhlas tidak sama sekali melalaikan umatnya.

    Anyway thanks Adi pasal antar aku naik keter tu ari.Jasa baikmu dikenang haha!

    Bila nak lepak Perindu Cafe lagi Adi?hehe!

  5. kopisejuk berkata:

    Nadia Ali, on January 13th, 2009 at 5:15 pm

    ————————
    saya agak bersetuju juga dgn satu kenyataan beliau dlm komen tersebut…..injustice does happens anywhere and everytime…. bukan di palestine sahaja….

    pasal hedonisme tu….itu bergantung la pndangan masing2… sy tak bole komen apa2…

    tapi…apa yg bole saya katakan…PRK ni tak ubah spt UMNO vs PAS….UMNO adalah aspirasi….PAS adlh ProM….emmm

  6. Pei Pan berkata:

    Nadia Ali : Saya sokong hujah anda.

    Jika selama ini kita banyak melihat kekurangan dan kelemahan di pihak barisan kerajaan, adalah menjadi tugas anda untuk memperbetul semua itu. Anjurkan lebih banyak program ilmiah kerana warga USM sudah ” meriah” dengan hiburan, berikan mereka tarbiyah supaya tidak lalai mengejar keseronokan. Dalam masa yang sama hiburan berunsurkan Islam juga perlu ditetapkan. Biarlah seimbang. Islam juga tidak pernah mengharamkan terus hiburan. Ia menjadi santapan minda dan juga rohani.

  7. ibnu isyk berkata:

    Marilah sama2 kita mengubahnya…kalau sebut ilmiah pasti kurang yang ingin mendekatinya begitu juga dengan agama..Mengapa?? kalau hiburan pasti ramai yang hadir…kalau kita berhibur pun mesti ada batasnya…biarlah kita ikhlas dan jujur dalam melakukan setiap sesuatu perkara.Setiap orang ada caranya tersendiri. Kalaulah waktu subuh itu dapat dihayati oleh muslimim di seluruh dunia pasti gentar israel dan sekutunya. amatlah sedih kini masjid hanya indah sahaja tapi pengisianya amatlah berkurang. Tidak salah mengadakan aktivit-aktivit tersebut ( tarian,nyanyian dan sukan ) kalau itu kemahuan separuh dari remaja hari ini mahukan. Dengan cara itulah kita boleh menarik mereka ke dalam Agama. Kerana mereka ingin pujuk rayu dan keseronokan. Kerana Agama islam itu adalah syumul dan Ad-din. Indah sekali kalau kita benar2 hayatinya. Kita sekarang berada di zaman kejatuhan islam, tunggulah zaman kebangkitanya semula, bila? di mana? carilah dalam Al-Quran dan Hadis yang sahih Gunakanlah akal yang baik dan hati naluri yang mulia untuk kita renungkan2. Lihatlah di dunia kini islam di tindas di mana2 walaupun umatnya cukup mengerunkan musuhnya. Ibarat buih2 ombak yang hilang di pesisir pantai. Wahai2 teman jika kita ingin perubahan bersatu padulah di antara kita sesama islam tidak perlulah ada syak wasangka di antara satu sama lain. Tanamkanlah sifat kasih sayang di dalam hati kita.. Wassalam…..

  8. ibnu isyk berkata:

    Penulis amat kesal dan hanya mampu menggeleng kepala apabila warga kampus Apex Universiti berpusu-pusu untuk ke Dewan Budaya untuk menghadiri Malam Kesenian Anak-anak Negeri bagi merebut Piala Naib Canselor 5hb lalu. Tatkala serangan hebat Rejim Zionis Laknatullah ke atas pejuang-pejuang islam kita di Palestin, warga kampus kita dengan tawa dan riangnya bersuka ria tanpa sekalipun memikirkan penderitaan yang dialami saudara-saudara seagama di Palestin. Bukannya yang menari dan terkinja-kinja itu bangsa cina, India ataupun mat saleh tapi warga kita yang beragama ISLAM. Amat cetek sekali sensitiviti mahasiswa kita berkaitan isu Palestin ini. Sepatutnya, taraf AU yang dikecapi kini, mampu membuatkan dan melahirkan mahasiswa yang bijak dan sedar akan isu semasa dalam masyarakat…..( JANGAN KITA LIHAT DARI SATU SUDUT PADANGAN SAHAJA FIKIRKAN DARI BANYAK SUDUT YANG BERBEZA)

  9. ibnu isyk berkata:

    Tidak cukup setakat itu, pada 9hb hingga 11hb ini, diadakan pula Karnival Rakan Muda yang bertemakan “Menjana Perubahan Generasi Masa Depan” dengan penajaan besar daripada Milo dan Cimb Bank. Menjana generasi masa depan? Dengan pelbagai acara seperti Live Band, shuffle, program sukan dan nyanyian? Dengan program serupa ini ke kita ingin menjana perubahan? Penulis rasa ingin tergelak namun dalam masa yang sama berfikir sejenak adakah dengan program semacam ini kita mampu menjana generasi masa depan? Memang kita mampu menjana generasi masa depan tapi menjana generasi hiburan dan suka berhibur. Mana pengisian atau program berbentuk ilmiah? ( SAMA SEPERTI YANG HAMBA KATAKAN DI ATAS…MEREKA JUGA MENGADAKAN DISKUSI TAPI BERAPA RAMAI SAHAJA YANG HADIR) JUGA DI ADAKAN SOLAT HAJAT, MENGUTIP DERMA, DEMONSTRASI, KALAU ANDA BENAR2 TERGELAK SEBENTAR, ANDA TERGELAKKAN DIRI ANDA SENDIRI DULU DI MANA ANDA SEWAKTU NEGARA ISLAM HANCUR BUKAN SAHAJA PALESTIN TETAPI DI MANA2 SAHAJA, TEPUK DADA , TANYA HATI ,TANYA IMAN ANDA. PALULAH HATI KITA SUPAYA KITA DAPAT BUKA MINDA DAN NALURI ISI HATI KITA YANG MULIA INI, SEMANGAT KITA MEMANG TIDAK PERNAH LUNTUR TAPI DI MANA SEMANGAT ITU DI MANA IMAN KITA ADAKAH KITA NAMPAK??

  10. ibnu isyk berkata:

    Adapun penulisan ini bukan untuk menghukum atau mencari kesalahan sesiapa, namun ianya dibuat atas dasar untuk memberi kesedaran pada mahasiswa yang terlalu banyak leka dengan masa muda disamping untuk ingat-mengingati sesama saudara islam.(BENARKAH IA??? ) KALAU BENAR TIDAK PERLU LAH MENGISI NAMA SESUATU PROGRAM Malam Kesenian Anak-anak Negeri bagi merebut Piala Naib Canselor 5hb lalu. Tidak cukup setakat itu, pada 9hb hingga 11hb ini, diadakan pula Karnival Rakan Muda yang bertemakan “Menjana Perubahan Generasi Masa Depan” MENGAPA PENULIS TIDAK MENYALAHKAN SEMUA PROGRAM ** CONTOH CITRAWARNA,VARIASISWA,MALAM BINTANG USM DAN LAIN2.

  11. muein berkata:

    to Nadia Ali, ur comment remind me about our Prophet Muhammad’s warning..our enemy(means Islam enemy) will surround us coz of ‘wahn’..’wahn’ means fear to death and ‘LOVE life’….i REALLY hope u start read and learn more about being a muslim..nice to know u Nadia

  12. cikwan berkata:

    ape la blog ni.banyak sgt politik andaian..sudah la berpolitik.dah abis masanya pun.nanti nex PRK kita kempen la lagi ok.as’kum

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s