MAHASISWA MEMIMPIN

Posted: Januari 8, 2009 in Meja Editor, Palestine, Rencana

Mentaliti yang mahu dibina adalah setiap seorang dari kita adalah bakal pemimpin. Pemimpin yang bakal memimpin masyarakat ke arah kesatuan ummah dan kembali kepada kebenaran. Ini bertepatan dengan konteks kita sebagai mahasiswa di kampus iaitu ‘Melahirkan dan membimbing generasi pemimpin dalam kalangan mahasiswa’

Sejauh manakah mahasiswa pada masa kini yang mempunyai kesedaran untuk sedia memimpin? Lihat sahaja pada perkembangan dunia  kini iaitu isu pencabulan hak di Palestin yang dirobek oleh keganasan Israel sekali lagi membuka mata dunia. Kezaliman Israel yang membunuh ribuan nyawa yang tidak berdosa tidak lagi menjadi suatu kejanggalan tetapi keperihatinan mahasiswa dalam menyelami masalah ini perlu diberi penekanan.

Tanggungjawab untuk memimpin masyarakat sekeliling terhadap kesedaran pencabulan hak manusia terletak di setiap pundak mahasiswa. Mahasiswa perlulah peka dan berasa kasih sesama mahkluk lain untuk menilai kewajaran sesuatu tindakan yang diambil. Sumbangan dan pengorbanan perlu dipraktikkan oleh mahasiswa dalam medan yang sebenar seiring percambahan ilmu di dewan kuliah. Ia bukan sekadar berteori semata-mata di dalam universiti

Manfaatkanlah masa muda kita ini untuk berbakti. Generasi kita yang bakal menentukan corak masa depan negara. Jika kita tidak bersama merubah dunia, janganlah kita berasa sesal kecewa, apabila yang batil menguasai dunia.

Lihat di sekeliling kita. Nilailah sendiri apa yang sedang berlaku. Seperti apa yang dituliskan oleh Fathi Yakan di dalam bukunya “Generasi Muda dan Perubahan” :

“Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda tetapi pemuda-pemuda ini hanyalah yang kosong, hanyut dan terbiar”

Jika kita sedar, sesungguhnya setiap pemuda dan pemudi ini adalah permata-permata pemimpin yang amat bernilai dalam masyarakat. Di saat inilah harus kita gilap potensi pemuda-pemudi untuk berjuang dalam memimpin negara ini pada masa hadapan. Sesungguhnya, pemuda-pemuda yang kita bina inilah yang akan menjadi sumber kekuatan ummah.

Oleh itu, dengan rasa rendah diri, saya ingin mengajak rakan-rakan sekalian, sama-sama kita teguhkan azam untuk kita lebih serius dalam melaksanakan tanggungjawab dakwah dan islah. Buktikan kita ini, pemuda yang punyai semangat yang tinggi, kecekalan tidak berbelah bagi, dan perjuangan kita tidak akan mudah luntur.

Advertisements
Komen-komen
  1. budak usm gak berkata:

    setelah 2 bulan menyepi, mengapa kini muncul kembali??? ada sesuatukah??? hahahhahahhaha…….

    pro- mahasiswa hanya bijak berkata-kata didalm blog dan di depan kelompok sendiri…

    inilah yg dikatakan sebagai jaguh kampung…

    mengapa tidak menjadi jaguh di HEPP??
    jaguh di kalangan semua mahasiswa???

    Pro- M sama je ngan aspirasi…

    dah dekat PRK baru nak timbul semula…nanti dah menang, hilang ntah ke mana….alahai, mahasiswa kini…

    kalo aspirasi dikudakan oleh HEP dan KPT…
    pro-M juga dikudakan oleh parti pembangkang…

    atau proM tidak sedar diperkudakan??? atau rela diperkudakan??? dengan harapan dapat menjadi seperti fairuz juga ka???

    hang pikiaq la sendiri…wasalam

  2. promusm berkata:

    assalamualaikum budak usm gak…. terima kasih atas keperihatinan budak usm gak.. tidak ada apa2 disebalik ‘sesuatu’ hanya biasa2 sahaja. saya harap anda tidak menyamakan ProM dan pihak Aspirasi. nampaknya budak usm gak tidak alert dengan perkembangan ProM. baiklah saya memberitahu di sini, beberapa hari lepas, ProM telah menghantar memorandum kepada Timb.Naib Canselor (TNC) mengenai beberapa tuntutan pihak ProM kepada pihak universiti. kami menghantar memorandum tersebut bukanlah atas kepentingan kami semata-mata, tetapi, atas dasar kepentingan mahasiswa itu sendiri. Dan selepas penyerahan memorandum tersebut, pihak ProM telah membuat sidang akhbar atau “press conference” dihadapan bangunan BHEPP disaksikan oleh pegawai2 hep sendiri termasuk En. Nazru sendiri. jikalau saudari@saudara tidak mempercayainya, silalah bertanyakan hal ini kepada mana2 pegawai hepp atau kepada TNC sendiri. dan ProM tidak dipergunakan oleh mana2 pihak yang perkepentingan. ProM berdiri atas stand mahasiswa itu sendiri. Tidak ada kaitan antara yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. dari mahasiswa untuk mahasiswa.. itulah moto kami. Mungkin saudara@saudari ingin menjadi Ahli ProM dahulu baru saudara@saudari mengetahui kebenarannya.. wassalam.

  3. Husna berkata:

    Salam..husna berbicara..benar..ProMahasiswa ingin membina Mahasiswa yang berfikiran futuristik,unik,lestari,rela berkorban,peka dengan kemanusiaan,global..dan yang utama syukur dan taqwa untuk membangun universiti,kami sayangkan usm..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s