‘Caretaker Government’ perlu diteliti!

Posted: Oktober 31, 2008 in Rencana
Tag:, , , , , ,

Ihsan: Unit Guaman ProM USM

WACANA | Setakat ini, beberapa kampus seperti UUM, UPSI, UNIMAS dan UTP telahpun berlangsung Pilihanraya Kampus (PRK) sebagaimana yang disebut dalam Perlembagaan Universiti dan AUKU sendiri.

…ahli-ahli MPP dan pemegang-pemegang jawatannya hendaklah dipilih untuk satu tahun” [Seksyen 52(4), Perlembagaan Universiti]

Pro Mahasiswa (ProM) di universiti-universiti lain seperti USM, UM, UKM, UPM, UiTM dan beberapa kampus lain masih menanti pembubaran MPP dan PRK dilangsungkan secara adil, bebas dan demokratik.

Ada dalam kalangan ProM kampus-kampus besar tersebut mulai mendesak pembubaran MPP dan tugas-tugas lazim ahli-ahli MPP boleh dilaksanakan oleh suatu badan sementara – caretaker government.

Hanya ProM UM sahaja menolak perlaksanaan caretaker government ini atas alasan teknikal – tidak boleh membuat keputusan rasmi Universiti; dan dianggap  tidak relevan. klik

ProM USM agak lebih bersikap berhati-hati dalam hal ini. klik01 klik02

Pun begitu, rata-rata yang menyatakan pendirian berhubung kelewatan pembubaran MPP dan pertimbangan menggunakan caretaker government ini didorong oleh pengalaman sistem pilihanraya Malaysia sendiri.

Sebelum kita berbahas lebih lanjut tentang sejauhmana kepentingan MPP dibubarkan setelah lewat usia setahun; dan relevan mengaplikasi konsep caretaker government dalam PRK, adalah lebih baik kita meneliti dahulu sistem demokrasi dan Pilihanraya Umum (PRU) Malaysia.

Di Malaysia, kita selalu mendengar terminologi ‘pembubaran parlimen’ apabila kerajaan sudah cukup 5 tahun atau sudah tiba masa untuk parlimen dibubarkan.

Walhal, Parlimen itu sendiri terdiri oleh 3 institusi utama – (1)Yang DiPertuan  Agong, (2)Dewan Negara, dan (3)Dewan Rakyat.

Yang DiPertuan Agong berfungsi sebagai guardian (penjaga) dan menjadi simbol kedualatan negara. YDA bersama-sama Majlis Raja-Raja Melayu dan Yang Dipertua-Yang DiPertua Negeri masing-masing mempunyai executive power.

Dewan Negara pula terdiri oleh perwakilan-perwakilan yang dilantik dalam tempoh perjawatan yang tidak sama dan tidak bolehlah disamakan tempoh perjawatan mereka dengan tempoh perjawatan anggota-anggota Dewan Rakyat.

Ini kerana ahli-ahli Dewan Rakyat dipilih melalui proses Pilihanraya Umum (PRU) atau Pilihanraya Kecil (PR Kecil) dan institusi ini perlu dibubarkan dalam pada tempoh atau menjelang 5 tahun; sebagaimana dijelaskan sebelum ini.

Bolehkah kita menerima hakikat ‘pembubaran Parlimen’ bermakna pembubaran ketiga-tiga institusi atau elemen di atas ini?

Tuntasnya, terminologi ‘pembubaran Parlimen’ adalah tidak tepat dan elok disebut ‘pembubaran dewan rakyat’; sebagaimana yang pernah disinggungkan oleh salah seorang anggota Suruhanjaya Reid, Hakim Abdul Hamid dari Pakistan ketika draf Perlembagaan dikemukakan pada tahun 1997 dahulu.

Walaupun demikian, pembubaran ini langsung tidak meninggalkan apa-apa kesulitan di peringkat negeri kerana Dewan Undangan Negeri (DUN) terdiri oleh satu dewan sahaja.

Kefahaman seperti ini walaupun nampak remeh, namun ia patut diperbetulkan kerana bimbang akan menjadi ikutan atau dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu demi kepentingan tertentu yang sah bertentangan dengan niat perlembagaan yang adil dan demokratik.

Berbalik pada isu pokok – caretaker government, ada beberapa situasi hakikatnya menuntut pada wujudnya caretaker goverment. Pertama, apabila kerajaan (merujuk pada Dewan Rakyat) telah jatuh akibat undi tidak percaya; atau atas apa sebab sekalipun yang mengakibatkan Menteri Perdananya (PM) terpaksa meletak jawatan.

Sebagai contoh, jika usul undi tidak percaya 16 September lalu diterima bahas oleh Speaker Dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan majoriti ahli-ahli Parlimen (MPs) tidak kira sama ada di pihak Kerajaan atau Oposisi menyokong undi tidak percaya kepada YAB Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, bermakna cartaker government perlu diwujudkan.

Kewujudannya bukan dipilih dalam kalangan MPs Kerajaan aka UMNO/BN, tetapi melalui persetujuan seluruh MPs melalui proses representasi Parlimen sendiri. Kemudian, keputusan tersebut perlu mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong (DYMM YDA) untuk membentuk kerajaan sementara tersebut.

Di Malaysia perkara ini tidak pernah berlaku sama sekali, walaupun sebenarnya caretaker goverment ini boleh dilakukan dalam kadar yang perlu; tidak perlu kepada lompatan parti oleh MPs UMNO/BN ke pihak oposisi aka Pakatan Rakyat (PR) – PRK, DAP, PAS dan sebagainya.

Cukup sekadar, mengangkat tangan dalam parlimen ketika mana usul tidak percaya diperbahaskan dan memerlukan pendirian setiap MPs atas representasi diri masing-masing.

Dalam sejarah demokrasi Malaysia pernah menyaksikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib meletak jawatan sebagai MB pada April 1997.

Sultan Selangor telah meminta bekas MB tersebut terus memegang jawatan sebagai pemangku dalam caretaker government di peringkat negeri sehinggalah seorang MB baru dilantik, namun beliau enggan berbuat demikian atas faktor kredibilitinya sendiri.

Lanjutan itu, Ahli mesyuarat Exco Kerajaan Negeri (UMNO/BN) tetap mendakwa bahawa mereka tetap memegang jawab dalam Kerajaan Negeri biarpun MB mereka telah meletak jawatan dan enggan memegang jawatan dalam caretaker government yang sudah dibentuk melalui perkenanan Sultan Selangor sendiri.

Tindak-tanduk Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri aka Exco tersebut adalah salah di sisi Perlembagaan. Ini kerana baik Menteri Besar – samalah Perdana Menteri ataupun Ketua Menteri – adalah ‘tiang seri’ pada satu-satu Kerajaan.

Jika tumbang ‘tiang seri’, bermakna tumbanglah Kerajaan. Pada waktu ini, caretaker government mempunyai kuasa sementera dalam tempoh yang munasabah – berminggu-minggu sampai berbulan-bulan asalkan tidak melewatkan usia 5 tahun atau menjelang 5 tahun.

Prinsip ‘tiang seri’ ini boleh didapati dalam kes yang lain. Antaranya, keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Sabah apabila seorang exco dalam Kerajaan Negeri pimpinan Datuk Joseph Pairin Kitingan; iaitu Datu Amir Kahar pada tahun 1995.

Dalam situasi lain, caretaker government juga diperlukan apabila Dewan Rakyat dibubarkan dan PRU mesti dilangsungkan dalam masa 60 hari selepas Dewan Rakyat dibubarkan; sebagaimana yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan (PP).

Pada waktu sebeginilah peranan Ketua Negara – DYMM YDA diperlukan sebagai guardian. Kuasa ini kekal dan sama sekali tidak berpindah kepada mana-mana pihak. Executive Power ini tidak musnah atau tidak lesap disebabkan caretaker government dan sebagainya selagimana kondisi-kondisi tersebut tidak dilambangkan sebagai ‘kehilangan kedaulatan’.

Sebab itu kita melihat kakitangan kerajaan-swasta, PDRM, Tentera, Badan Kehakiman dan sebagainya masih melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab masing-masing seperti biasa, biarpun pilihanraya sedang berlangsung atau caretaker government sedang berkuatkuasa.

Dalam sistem demokrasi berparlimen, ‘nyawa’ kerajaan adalah kepercayaan oleh ahli-ahli Dewan. Sebab itu, kita mendapati wakil Ketua Negara atau Negeri (iaitu Perdana Menteri, Ketua menteri, Menteri Besar) dilantik berdasarkan pada kepercayaan bahagian besar (majoriti) ahli dewan.

Bagaimana pula jika dewan ini dibubarkan setelah tamat tempoh? Atau Kerajaan Sementera tersebut ‘bernyawa’?; namun ia sama sekali tidak kekal apabila satu-satu PRU berlangsung.

Sebab itu, kita seharusnya benar-benar faham apabila satu-satu situasi memerlukan pada caretaker government, bermakna pihak yang mengisi government tersebut tidak boleh menggunakan prasarana dan keistimewaan tertentu sebagaimana biasa dinikmati oleh Kerajaan yang sebenar.

Kita juga seharusnya tahu bahawa pembubaran Dewan Rakyat hanya membawa maksud pembubaran dewan rakyat sahaja; pihak-pihak lain seharusnya bertanggungjawab, amanah dan memainkan peranan secara etika atas kapasiti masing-masing untuk negara, bukan untuk kepentingan parti-parti tertentu atau pihak-pihak ‘tertentu’.

‘Bekas-bekas’ PM, TPM, Menteri-Menteri, Exco-exco ini sama sekali tidak boleh mendiami pejabat kerajaan, memanipulasi media-media massa milik kerajaan dan mendapatkan keistimewaan dari Kerajaan – seperti pengawal keselamatan Kerajaan, sokongan polis dll.

PRK DAN CARETAKER GOVERNMENT

Sistem demokrasi kampus dan PRK kita juga sebenarnya tidak jauh berbeza dengan sistem demokrasi nasional. Alasan Caretaker Government adalah tidak relevan patut diteliti semula kerana pembubaran MPP langsung tidak menjejaskan guardian aka Naib Canselor, komuniti ahli akademik, staff-staff sokongan sehinggalah jawatankuasa lantikan dalam kalangan mahasiswa/i.

Caretaker Government ini cuma sekadar ‘pemutus’ pada penggal perjawatan MPP apabila tamat tempoh setahun.

Caretaker Government ini sebenarnya sekadar menuntut Naib Canselor segera melantik badan tertentu yang dirasakan perlu untuk mengisi tangungjawab-tanggungjawab tertentu yang melibatkan hal ehwal kebajikan mahasiswa.

Apa yang lebih penting, caretaker government ini dapat membataskan penyalahgunaan kuasa dan keistimewaan Universiti oleh pihak-pihak ‘tertentu’ agar Pro Aspirasi aka proksi-proksi UMNO kampus tidak terus memperkudakan MPP demi memperbodohkan idealisme mahasiswa atas pelbagai nama – seperti Evolusi Memperkasakan Perjuangan; dan sebagainya; sebelum PRK berlangsung.

Ayuh suburkan demokrasi kampus. Ayuh manfaatkan caretaker government dengan meminta perkenanan Naib Canselor dan pihak-pihak berwajib untuk mengisi kerajaan sementara ini.

Sekurang-kurangnya kita dapat memastikan tidak ada penyalahgunaan kuasa sepanjang tempoh cuti  semester ini sehinghalah Universiti mengumumkan pembubaran MPP kelak oleh pihak-pihak ‘tertentu’ di universiti kita masing-masing. Bersama Universiti Menjunjung Perubahan -END

Advertisements
Komen-komen
  1. Rantissi berkata:

    Salam..

    maafkan saya jika tersilap.
    Cuma berkaitan dengan istilah ‘pembubaran parlimen’,saya fikir istilah itu tiada masalah kerana YDP Agong adalah elemen kepada cabang legislatif.Bukan elemen kpd parlimen.

    Parlimen cuma maliputi Dewan Rakyat dan Dewan Negara.Jika mahu digunakan istilah ‘Pembubaran Dewan Rakyat’ bagaimana pula dgn status Dewan Negara krn apabila Dewan Rakyat dibubarkan secara automatiknya dewan negara terbubar sekaligus.

  2. promusm berkata:

    ‘Pembubaran Parlimen’ bukan sekadar istilah, tetapi sudah menjadi suatu pegangan di mana pihak2 tertentu masih menyalahgunakan keistimewaan yg seharusnya dimiliki oleh kerajaan walaupun dalam tempoh PRU atau pembubaran dewan rakyat.

    Perlantikan dan tempoh perjawatan Dewan Negara adalah tidak sama dgn tempoh perjawatan Dewan Rakyat. Apabila Dewan Rakyat dibubarkan, ahli2 dewan negara langsung tidak dilucutkan jawatan, kerana pemilihan mereka pun bukannya melalui Pilihanraya; tetapi lantikan Kerajaan.

    DYMM YDA walaupun cabang legistatif, tetapi lihatlah pada fungsinya semasa pembukaan dewan rakyat, perkenanan sesuatu, ketika Parlimen digantung, penerimaan usul tidak percaya, dan ketika caretaker government; DYMM YDA berfungsi secara langsung dan menjadi sebahagian dari institusi Parlimen sendiri.

    Sbb itulah Sektor Kerajaan, Swasta, kepolisan, ketenteraan dll masing berlangsung kerana tanggungjawab pd negara dan tumpah setia pada DYMM YDA ketika caretaker goverment berlaku.

    Perkara ini lebih jelas jika kita membaca sendiri sejarah perlembagaan persekutuan. Kita akan melihat perbahasan draff PP ini oleh Hakim Abdul Hamid – bahawa terminologi ‘Pembubaran Parlimen’ adalah salah.

    Info lanjut boleh juga didapati dalam Ab. Azizz Barri (Prof.), Politik Perlembagaan (2006), Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar, h.100

  3. Bob berkata:

    Kau tak jelas isu ini bagi habis. Satu lagi, klu kita bongkar penyalahgunaan kuasa dan usaha memperbodohkan mahasiswa oleh Eruwan (Pegawai BHEP) dan budak suruhannya Sukri poooolitik tidak patut disamakan kita menentang Universiti. Kerana mereka part yg kecil dlm universiti. Kepada pihak2 yang terasa, u all tak payah lah nak menjadikan Universiti sebagai perisai. U all salah, takkan student nak kata betul. Lu pikirrrrrlah sendiri!!!!!

  4. budak baru berkata:

    2 bob:
    “klu kita bongkar penyalahgunaan kuasa dan usaha memperbodohkan mahasiswa oleh Eruwan (Pegawai BHEP) dan budak suruhannya Sukri poooolitik tidak patut disamakan kita menentang Universiti.”

    boley bagi contoh x???
    mahasiswa di bodohkan??
    intersting ni….

  5. Anak Muda Reform berkata:

    masalahnya adalah separation power…limitation power…betul demokrasi kampus sama je dengan demokrasi di luar sana, maksud aku perlaksanaan pilihanraya…di luar, caretaker goverment ada had limit kuasa, dari segi penggunaan harta2 kerajaan, kampus?? ape kerajaannya?? bukan ke HEP lebih berkuasa daripada MPM?? MPM ni boneka je..nak wat program mesti HEP yang luluskan, ape pemimpin mahasiswa ni bengap sangat?? MPM tak jadi kerajaan pun kepada mahasiswa, penentunya HEP, BUBAR HEP….

    limit masa pulak, sampai bile nak jadi caretaker?? kalu pilihanraya luar sana, macam editor yang tulis, 60 hari..pergh, kalu di kampus ni, nak wat PRK dalam bulan januari, sah2 lebih 60 hari, power gile universiti..alasan tak nak ganggu exam, nak tayer gak kampus lain boleh buat, kenapa kita tak leh??? sebab kampus lain, kadang2 tak dak perlawanan, kampus besar2 nih, bertembung, jadi tuh yang lame..ape ingat semua mahasiswa turun mengundi ke?? dah la..pelik sangat…perjelaskan caretaker MPM ni sampai bile?? jangan ingat mahasiswa bodh undang2…

  6. Dewa Perang berkata:

    Jom komen artikel ini kak za and the geng…

  7. Dewa Perang berkata:

    Ala xpe..student usm ni bengap2 belaka… HEP buat ape pun sokong…samela PMI pun…lagi hampeh.. dok buat program solat je…baik tukar nama jadi persatuan mahasiswa solat …
    mana peranan kita sebagai mahasiswa.. belajar je tinggi tp hampeh..

  8. kak za berkata:

    “dok buat program solat je…”

    hoho..tak betul ni! buleh check fakta dgn sdr. YDP..
    tak sempat lagi nak baca post ni, agak bz…huhu..

    to herofelda: dah abih baca ka??

  9. tari berkata:

    Makananya MPP yang tengah bermaharajalela sekarang ni tidak sah… Che Mat dan semua exco mesti letak jawatan…

  10. Gadis USM berkata:

    Slm. i plak bdak thun 1 usm ni.
    skrg musim exam, x elok sebarkan fitnah utk mengaibkan org lain.
    Mak i pun x suka klau hal2 fitnah org ni.
    D kelapangan yg ada ni , i harap anda semua jgn melakukan & mewujudkan kebencian sesama manusia di dunia ni.
    Allah S.W.T menciptakan manusia utk sama2 berdakwah dgn ukhwah yg utuh dgn keimanan yg ada dlm diri masing.
    RENUNG2KANLAH.
    SEKIAN. WSM

  11. MAN berkata:

    SLM.
    JAUHILAH FITNAH TANPA BUKTI NYATA.
    DOSA FITNAH ADALAH SGT BESAR D CC ALLAH S.W.T.
    SILA MINTAK MAAF KEPADA YG BERKENAAN @ INSAN YG DI FITNAH SEBELUM KAMU MATI.
    SEKIAN.

  12. Dewa Perang berkata:

    Kak za ni contoh ahli PMI yang bagus… nak ko0men pasl artikel ni pun xleh…ish2… Pengetahuan tentang perlembagaan ni penting kak za utk tegakkan negara islam… kalau ahli gerakan islam jahil dan tak ikuti massa mcmana islam nak bangkit..
    tu yang senang di perbodohkan oleh HEP, MPP, Aspirasi Che MAt, NAzru, Eruan… Depa ni dah bodoh tapi kita lagi bodoh
    kalau dok kena tipu dengan depaaa

  13. kak za berkata:

    erm..bila nak update ni??

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s