Isu ‘B. Malaysia’, ProM sifatkan Kamarul-DBP ‘ketam’

Posted: Oktober 29, 2008 in Berita Kampus
Tag:, , , , , , , ,

PETALING JAYA | ProM USM menyifatkan saranan Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) agar  Kerajaan Negeri Pulau PInang terus menggunakan Bahasa Malaysia pada iklan dan papan jalan hari ini; bak ketam mengajar anak yang berjalan; kira-kira jam 10.00 pagi di sini.

Bagi saya, Timbalan Ketua Pengarah (En. Kamarul Zaman Shaharudin) dan DBP keliru. Terminologi ‘bahasa Malaysia’ adalah tidak tepat dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan (PP). Sebab itu, saya menyifatkan beliau bak ketam mengajar anak yang berjalan,” Pengerusi ProM, Sdr. Adi Syahid Mohd Adi.

Pengarah ProM juga menjelaskan bahawa satu-satu bahasa secara rasionalnya dinisbahkan pada satu-satu bangsa, bukan sesuatu negara.

…lihat bahasa Inggeris umpamanya. Kita tidak pernah menyebut bahasa tersebut sebagai bahasa England atau bahasa Amerika; tetapi kita memanggil bahasa tersebut sebagai bahasa Inggeris…dinisbahkan kepda bangsa Ingeris…” tambah Sdr. Adi Syahid lagi.

Sdr. Adi Syahid juga menjelaskan bahawa ‘bahasa Melaysia’ secara terminologinya patut dipanggil sebagai bahasa Melayu kerana merujuk pada bangsa Melayu.

Walaupun Perkara 152 (1B) Perlembagaan Persekutuan (PP) menjelaskan, …tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjelaskan hak Kerajaan Persekutuan atau mana-mana hak Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan…

Tetapi, Perkara 160 PP menjejaskan, erti ‘Melayu’ ialah seseorang yang memenuhi tiga (3) syarat asas….(1)menganut agama Islam; (2)secara lazimnya bercakap Melayu; menurut adat istiadat Melayu…”

Maksud ketam mengajar anak yang berjalan adalah seseorang yang menyuruh satu-satu pihak lain melakukan kebaikan sedangkan seseorang tersebut sendiri tidak tahu atau tidak mampu melakukan satu-satu kebaikan tersebut.

Kenyataan ini dibuat ketika sesi rehat Konvensyen Mahasiswa Nasional 2008 (KOMAS ’08), di sini.

KOMAS ’08 dilancarkan untuk menghimpunkan aktivis-aktivis mahasiswa Islam nasional, 1998-2008 demi membincangkan lanskap politik kampus dan Malaysia. -END

Advertisements
Komen-komen
  1. AHMAD ZABRI BIN MOHAMED SARAJUDIN berkata:

    Ralat

    Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) not (DEB)
    tukar ye

  2. Promusm berkata:

    Terima kasih atas maklumat tersebut. Kami sudah kemaskini ralat tersebut. Salam perkenalan.

    ::MEJA EDITOR::

  3. Anak Muda Reform berkata:

    geram gile aku tengok gambo tuh, awat macam berlakon je..bagus jugak penjelasan isu ini..kita ni takut sangat dengan bangsa lain..cakap je bahasa melayu, kita bangsa malaysia..

  4. penunggu dtsp berkata:

    assalamualaikum,
    saya hanya nak menyuarakan pendapat je la… klu x silap saya setiap urusan rasmi kerajaan perlu untuk kita menggunakan bahasa rasmi kita iaitu bahasa Melayu… yang dimaksudkan kita boleh menggunakan bahasa lain itu adalah dalam kehidupan seharian kita dan dalam beberapa situasi seperti dalam pembelajaran undang-undang di pusat pengajian dibolehkan kerana bahasa sumbernya kebanyakan dalam bahasa lain… kalau kita lihat kes yang berlaku di pulau pinang yang meluluskan papan tanda dalam bahasa cina dan india… itu sebenarnya secara halus telah menentang perlembangaan Malaysia yang menyatakan bahasa rasmi haruslah dalam bahasa melayu dan jawi… papan tanda merupakan satu alat komunikasi arah yang menjadi perantaraan kita sesama rakyat Malaysia dan para pelancong… boleh dikatakan papan tanda itu dikategorikan sebagai urusan rasmi… jika kita tidak memartabatkan dan mempertahankan bahasa Melayu, siapa lagi yang perlu menggalas tugas tersebut… bahasa menunjukkan bahasa… bahasa juga adalah identiti sesuatu bahasa… tanpa bahasa tiadalah bangsa… kita bukan melarang orang lain untuk mempertuturkan bahasa ibunda mereka tetapi biarlah apa yang termaktub dalam perlembagaan itu dipatuhi… setiap urusan rasmi hendaklah dalam bahasa Melayu… itu sahaja… harap diperbetul setiap kesalahan saya…

  5. Encik Farmasi berkata:

    Assalamualaikum sdr. Adi syahid… apa khabr? saya just nak komen ape yang awak tulis… awak ni memang mengarutlah… tak patut pun jadi mpp… sebab ape? sebab awak tak thu nak nilai bahasa SENDIRI… Bahasa Inggeris erk? bukan bahasa ENgland.. Habis 2 bahasa Russia, perancis, jepun 2 ape erk???… Bahasa kita kena lah jaga… dah terang lagi bersuluh yang kerajaan Pulau Pinang memang mencabar perlembagaan… diorang xpandang orang melayu awk tahu x?? aduh gawat nie… kerajaan pembangkang sekarang melampau.. dah berani mempersoalkan kontrak sosial… awak tahu ape kebendenye kontrak sosial 2??? ha.. cari sendiri… Bahasa melayu adalah BAHASA MALAYSIA… semua penduduk malaysia tahu berbahasa MELAYU… Ingat baik2… Timbalan pengarah DBP 2 lagi arif tentang perkara berkaitan bahasa Malaysia ni.. lebih drpd awak… kena ingat lah ye En. Adi… kalau nak jadi pembangkang pun pada2 lah… jangan sampai tergadai maruah bangsa… jangan sampai suatu hari nanti generasi baru xtahu ape itu bahasa Melayu… BAHASA MALAYSIA tetap unggul DULU, KINI & SELAMANYA…

  6. Profesor Abdullah Hassan berkata:

    Saya menyokong pandangan saudara Adi berkenaan isu terminologi ‘bahasa melayu’… Kepada semua siswa siswi USM, fikirkan.. masih ingatkah anda akan ungkapan ‘Bahasa Jiwa Bangsa’? Haruslah diingat bahawa jelas ungkapan tersebut bermaksud bahasa Melayu melambangkn jiwa Melayu…

    Biar saya mengambil fakta sejarah sedikit… Dulu kita ada sekolah Melayu, sekolah Tamil, sekolah Cina, tetapi kini hanya ada sekolah kebangsaan jenis Cina dan Tamil sahaja. Orang Melayu tersisih secara SISTEMATIK!

    Sedarlah… Saya harap saudara Adi bangkitkn isu ini.

    Memetik ucapan Datuk Seri Hishamudin ” …apa yg diubah hanyalah istilah Melayu kepada Malaysia, tetapi silibus (sukatan) pelajaran peringkat menengah maupun rendah masih sama…” Apakah motif penukaran istilah ini?

  7. John berkata:

    good article!

  8. Gempur! berkata:

    woi zabri bin sarajuddin.. tok sah nak buat jua kat USM.. nanti aku penerajang kat hang baru hang tau..

  9. taik.. boleh wat hal la pulak apex university.. hal pendaftaran yang senang pun boleh kucar kacir.. macam mana plak nak handle projek jutaan ringgit.. memang taik…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s