Zainal Kling, GAPENA dicadang pertimbang banyak hal

Posted: Oktober 26, 2008 in Berita Kampus
Tag:, , , , , ,

USM Induk | Pro Mahasiswa (ProM) USM mencadangkan Prof. Datuk Dr. Zainal Kling dan Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) untuk mempertimbang banyak hal; ketika  mengulas isu  Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperkenalkan papan tanda nama jalan dalam pelbagai bahasa di sini.

Ini kerana, tidak adil sekiranya Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) Universiti Malaya tersebut hanya menjustifikasi tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sahaja dianggap melanggar semangat Perlembagaan dan undang-undang negara.

Sedangkan, Kerajaan Persekutuan telah meminggirkan peranan bahasa Melayu a.k.a bahasa kebangsaan dalam sistem pengajian Sains dan Matematik di peringkat rendah dan menengah sebelum ini.

Selain itu, Kerajaan Persekutuan sebelum ini turut meruntuhkan perjuangan Dr. Nik Safiah Karim dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) agar bahasa Melayu digunakan dalam sebutan baku pada awal tahun 2000.

Tambahan lagi, bekas Menteri Penerangan Malaysia a.k.a Pengerusi UMNO Bahagian Merbok pernah mendesak agar terminologi bahasa Melayu ditukar pada bahasa Malaysia; walhal desakan tersebut bertentangan dengan Perlembagaan, disiplin ilmu dan rasional.

ProM juga mengajak semua pihak mencontohi dasar Kerajaan Negeri Kelantan yang bukan sahaja memulihara kedudukan bahasa Melayu, malah mengangkat semula fungsi dan status tulisan jawi; sebagaimana sebelum ini yang menjadi identiti bangsa dan negara.

Sekiranya pendirian Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperkenalkan identiti baru ini sekadar menyuburkan kemajmukan rakyat Malaysia; tujuan pembanguan industri pelancongan; dan bukan untuk membelakangkan bahasa Melayu aka Kebangsaan sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia; maka ProM menyeru semua pihak melihat pembaharuan tersebut secara positif dan sihat.

ProM juga memuji sikap lantang Prof. Datuk Dr. Zainal Kling dan GAPENA sendiri kerana senantiasa peka dan konsistan dalam memperjuangkan kelestarian bahasa Melayu dalam negara.

ProM yakin bahawa kepelbagaian adalah suatu nilai kemajmukan dan keunikan bangsa Malaysia, bukan untuk perbalahan dan sengketa sesama kita. -END

Advertisements
Komen-komen
  1. AHMAD ZABRI BIN MOHAMED SARAJUDIN berkata:

    Bahasa merupakan medium untuk terus kekalkan prpaduan di negara kita.
    kita harus teliti sesuatu tindakan yang bakal di ambil dari segala aspek
    terutamanya kesan di masa hadapan
    jangan le sampai bahasa Melayu terus lenyap di bumi Malaysia
    Lihat negara Jepun yang maju yang sangat cintakan bahasa kebangsaan mereka.
    Kita harus ada penyelarasan di semua negeri mengenai hal ini
    Bila menyentuh tentang isu pelancongan ia melibatkan imej nasional dan bukan sahaja negeri tersebut.
    kita dalam usaha melahirkan bangsa Malaysia dan bukannya untuk bersikap mementingkan bangsa sendiri.
    We have to stand together as a whole

  2. AHMAD ZABRI BIN MOHAMED SARAJUDIN berkata:

    Sebagai Anak Jati negeri Pulau Pinang
    Saya membantah tindakan kerajaan negeri untuk melaksanakan pelan tersebut

  3. semutar kata berkata:

    Ini masa yang sesuai untuk semua tampil buat perubahan. UMNO, DAP, MIC, MCA, KLIA dan banyak lagi perlu ditukar ke bahasa Melayu. Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris pun perlu dikembalikan ke bahasa Melayu. Perkara lain tidak kurang dalam hal ini, cuma semangat sahaja yang perlu disemarakkan. Buktikan bangsa Malaysia berbahasa Melayu.

  4. penunggu dtsp berkata:

    saya mmg sokong tentang nak mempertabatkan semula tulisan jawi… jika kita lihat berapa ramai orang melayu masa ini tidak boleh membaca tulisan jawi…

  5. Encik Farmasi berkata:

    pengunaan sains & dan matematik dlm bahasa Inggeris adalah wajar krn smua rujukan sama ada buku atau artikel adalah dlm bahasa inggaris, justeru itu adalah wajar jika sains dan matematik diajar dlm bahasa inggeris… di samping itu, ini dapat mempertingkatkan lagi penguasaa pelajar2 khususnya kanak2 sekolah rendah dlm menguasai bahasa inggeris, tetapi pada masa yg sama tidak mengabaikan bahasa ibunda kita….. tentang tulisan jawi 2 akhabar utusan Malaysia ( akhbar yg diboikot oleh PAKATAN) ada memuatkan satu naskah akhbar jawi pada setiap minggu… Jadi, anak2 muda x ketinggalan dlm mempelajari bahasa jawi… cuma malas dngn rajin je..kerajaan Kelantan dibangga erk??? habis 2 yg isu Majlis Peguam 2 kenapa Tok2 Guru xbangun menyokong Zulkifli Nordin (PKR- kulim Bandar Baharu) yg membantah sekeras-kerasnya Majlis Peguam 2 drpd diadakn?? ape fungsi Tok2 Guru 2 erk??? hmm… sebab PAKATAN kot… saya juga anak jati PULAU PINANG… membantah sekeras2nya Penggunaan papan tanda dlm bahasa ASING… Bahasa Malaysia bahasa yg kekal selama2nya… xleh diubah2… jangan sebab PAKATAN nak ikut je semua telunjuk orang…. jangan jadi orang yg merempat di bumi sendiri… Ingat skit… kalau isu pasal kaum… bangsa lain boleh duduk berbincang walau xsenada… kenapa xbangsa kite? dalam blog ni juga ada bnyk sngt cite tentang politik wang yg nu yg ni lah… hmm… PAKATAN 2 lagi banyak politik wang… kalau awk nak tahu lah… saya tahu lah saya org Permatang Pauh…. Hmm… wang2… Berjuanglah ProM…berjuanglah….. Kita tengok sape yg menang nanti….. Best of Luck!!!

  6. CERMIN berkata:

    Masalah besar yang paling utama dari segala isu tentang masalah Bahasa Melayu ialah PPSMI, PPSMI, PPSMI yang ini perlu diselesai terlebih dahulu dengan mengembalikan sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu. Barulah maruah Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ilmu betul-betul dimertabatkan. Kalau ini belum diselasaikan jangan harap hal-hal lain yang berkaitan nak diatasi. Fikirkanlah wahai semua pejuang bahasa. Teruslah bertindak cepat, agresif dan bersepadu sebelum “sudut dongak”, “garis mengufuk” “bucu”, “jejari”, “segi empat sama”, “kebarangkalian” “pecahan” “pengangka”, “penyebut” dan …………………… akan terus lenyap dalam minda semua rakyat Malaysia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s