kita timun, mereka durian…

Posted: Oktober 25, 2008 in Meja Editor
Tag:, , , , , , ,

MEJA EDITOR | Awal pagi ini, saya berasa semangat sikit apabila membaca beberapa post berhubung perkembangan Pro Mahasiswa (ProM) di beberapa kampus peringkat nasional.

Paling menarik adalah formasi unik oleh lebih 500 aktivis mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Menteri KPT, Datuk Seri Khaleed Nordin akhirnya telah memberi respon berhubung tuntutan PRK yang adil, bebas dan demokratik.

Takziah kepada beberapa mahasiswa yang telah dikasari oleh segelintir Pegawai Keselamatan di sana. Tahniah kerana berani tampil membuat laporan polis dan kenyataan media secara terbuka.

Di Universiti Putra Malaysia (UPM) juga menarik. Saya tidak menyangka bahawa dua (2) srikandi ProM berani mempersoalkan kezaliman pentadbiran Kolej Tun Perak dan sanggup bergolok-gadai sampai ke Parlimen Malaysia.

Terima kasih Naib Canselor di sana kerana prihatin dengan kedua-dua mangsa politik tersebut. Tahniah juga kepada ProM UPM khususnya kpd Sdri. Nur Farhana Farzieana Amin dan Sdr. Siti Syafiqa Mohd Ali kerana lantang mempertahankan hak-hak anda di kampus.

Sila klik di bawah:

Di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pun begitu. Jumlah representasi calon-calon ProM juga meningkat sampai 8 kerusi. Tiga (3) darinya adalah kerusi ‘umum’. Tambahan, undi popular dan tertinggi juga terdiri oleh calon ProM UPSI sendiri. Tahniah!

Begitu juga dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS). ProM di sana menang majoriti 7 kerusi. Ini bermakna ProM UNIMAS boleh membentuk ‘kerajaan’ MPP kelak. Tahniah!

Pro Mahasiswa Universiti Utara Malaysia (ProM UUM) walaupun agak tidak memenangi kerusi pertandingan, namun penampilan kali ini jauh lebih berdepan dan lantang sehingga membingungkan Naib Canselor di sana, Dato’ Prof. Dr. Nordin Kardi sendiri. Bagaimana ProM boleh wujud di sana? Tahniah!

Tidak lama lagi, Universiti-Universiti utama pula akan menyaksikan pertandingan antara Pro Mahasiswa (ProM) dan Pro Aspirasi (bukan Aspirasi Saiful Bukhari Azlan, mantan Ketua Aspirasi UNITEN).

Pilihanraya Kampus di beberapa Universiti utama ini tidak tahu bagaimana pula keputusannya?

Adakah MPP akan terus dinodai oleh Pro Aspirasi, atau akan berpindah tangan kepada kumpulan mahasiswa yang genuine – Pro Mahasiswa (ProM)?

Namun yang pasti, ada suatu budaya baru sedang bergelodak dan terus menggugat sistem kurafat yang selama ini telah mencengkam paradigma dan tradisi kemahasiswaan kampus.

Kurafat yang dimaksudkan adalah MAHASISWA berasa dirinya tidak ubah seperti timun dan lawan mereka (iaitu Pro Aspirasi) senantiasa dilihat seperti durian atau menjadi proksi pihak-pihak ‘tertentu’ yang boleh juga diumpamakan seperti durian.

Resepi timun mudah, dilanggar oleh durian pun cedera dan jikalau melanggar durian lebih-lebih lagi lah cedera.

Durian mempunyai pelbagai kebolehan. Duri yang tajam bolehlah diumpakan seperti AUKU aka ‘Akta Untuk Kuatkan UMNO‘.

AUKU ini senantiasa mencengkam, menakut-nakutkan, membodohkan dan mengancam aktivitisme mahasiswa; khususnya mahasiswa-mahasiswa yang lantang.

Di USM umpamanya. AUKU telah pun menyebabkan seorang mahasiswa, Sdri. Soh Sook Hua, 24 dikenakan denda RM200 kerana melibatkan diri dalam PRU11 lepas.

Walhal, setiap rakyat Malaysia yang berusia 21 dan ke atas boleh mengundi dan menyertai politik kepartian sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan (PP).

Namun, Sdri Soh Sook Hua akhirnya telah mencabar AUKU dan Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) di Mahkamah Sivil.

Implikasinya, kes tersebut masih ditunda-tunda dan cukup memeningkan kepala Menteri KPT, SU KPT dan segelintir proksi UMNO di USM sendiri.

Selain AUKU, segelintir staff-staff pro UMNO seperti En. Eruwan, En. Zul dan En. Zuaril Akimi bolehlah diumpamakan seperti kulit durian yang keras-keras, jika dibandingkan dengan fizikal timun yang lembut dan mudah tercedera.

Tanpa staff-staff tersebut, Pro Aspirasi di USM ini tentu tidak berupaya untuk tampil sebagai ikon mahasiswa yang genuine.

Tanyalah kepada mahasiswa di Sekolah Sains Pooooooolitik, bagaimana penampilan dan rekod akademik Ketua Aspirasi sendiri. Mereka ada jawapannya.

Walaupun mahasiswa dan aktivis-aktivis ProM sendiri senantiasa ditakut-takutkan dengan ‘politik durian’ sehingga mereka sendiri sebelum ini berasa diri mereka tidak ubah seperti ‘timun’, namun perkembangan mutakhir ProM di beberapa kampus sebagaimana yang dilaporkan di atas telah memberi mood perubahan baru dalam diri mereka di sini.

Dalam perhimpunan Sukarelawan ProM dan wartawan Suara Mahasiswa (SM) lewat petang tadi di sini, cerita-cerita perubahan nilai dan kemenangan ProM-mahasiswa di UPM, UKM, UPSI, UNIMAS, UM dan sebagainya tidak lekang dan disebut-sebut oleh pemimpin-pemimpin ProM USM.

Tuntasnya, ProM USM dan mahasiswa sendiri walaupun mungkin masih berasa diri mereka sebagai ‘timun’ (mahasiswa yang genuine yang tiada kudrat menghalang AUKU, menentang penyalahgunaan kuasa oleh segelintir staff-staff BHEP), namun cara mereka (ProM dan Mahasiswa) melihat diri pesaing mereka (iaitu durian) sudah berbeza.

Mereka yakin bahawa kebebasan bersuara, berhimpun berpersatuan oleh blok ‘Timun’ jika diancam atau dikasari oleh blok Durian, banyak pihak boleh diadu kepada banyak – Biro Pengaduan Awam (BPA), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), NGO Suara rakyat Malaysia (SUARAM), media-media alternatif, pihak Polis, Pensyarah-Pensyarah, Parlimen Malaysia dan sebagainya.

Akhirnya, mereka yakin bahawa isi durian hakikinya lebih lembut dari isi timun jika dikopak-kopak secara konsistan, sopan dan kena caranya.

Walaupun kita timun, mereka durian…!!!

walaupun kita (timun) dilanggar pun cedera dan melanggar (durian) lebih-lebih lagi lah cedera…!!!

Namun, apabila isi durian dikeluarkan dari kulitnya atau diramuan menjadi sambal durian atau tempoyak; pada waktu itu, kita (potongan-potongan timun) pula dilenyet-lenyet di atas sambal durian atau tempoyak sebelum diulam makan oleh penggemarnya -END

__________________

MORAL: Kekuatan dan kelemahan mahasiswa sebenarnya bergantung kepada persepsi mereka kepada pesaing-pesaing mereka. Jika mereka terus berdepan dengan pesaing-pesaing mereka (iaitu Pro Aspirasi, AUKU dan segelintir BHEP yang tidak rasional) secara demokratik, berperundangan/sivil, akademik dan sopan-santun; pecayalah bahawa pesaing-pesaing mereka akan dikalahkan dalam Pilihanraya Kampus sidang akademik akan datang.

Advertisements
Komen-komen
  1. Najib USMKKj berkata:

    Salam.. Yup benar sekali… mahasiswa telah dimomokkan bahawa mereka adalah golongan yang lemah dan setiap tindakan yang berlawanan dengan golongan yang ‘kuat’ ini akan memberi natijah segala bentuk keburukan terhadap mahasiswa itu sendiri..

    Sudah sampai masanya mahasiswa tahu bahawa tiada durian tiada timun dalam dunia kemahasiswaan kerana kita sama2 manusia.. hamba yang lemah…

  2. Penyokong berkata:

    sekadar nasihat kepada ProM yang mungkin menganggap diri sebagai timun yang ‘lembut’…henti- hentikanlah daripada menimbulkan pelbagai isu. Anda lebih dikenali kerana isu…bukan kerana hasil kerja…jika benar anda lawan durian…buktikanlah dari segi keintelektualan…semestinya…setiap yang kita lakukan biarlah penuuh dengan kesederhanaan. Jangan telampau sehingga melampaui batas, kerana takut kelemahan anda semakin terserlah dari hari ke hari. Timun atau durian…kita tetap makhluk Allah…punya kelemahan dan kelebihan…jangan letakkan makam anda lebih tinggi daripada orang lain..kita bukan sesiapa….hanya manusia biasa..

  3. Yoges berkata:

    Interesting article. Plz go on. We must struggling to throw out UUCA, a side of ‘tertentu’ etc. from campus. To Penyokong, plz laaaa, don’t block our paradigm dan activism. C u later!

  4. Encik Nikk berkata:

    Salam..

    Nape ProM usm xde yg non malay ek.. Sekadar terfikir..

  5. siti rogayah berkata:

    Encik Nikk..cuba tgk kat atas sekali tu kat home..kan ada byk pic2 shbt2 dari SPF dan PBT..hehe..tak nmpk kot…

    kepada penulis, lucu benar tulisan nii..terlalu mendalam maksudnya..=.=

    wslm

    -bintubahariyah-

  6. jiwa PROM berkata:

    sapa kater tak der

    kau ni sengal apa

    buat penyokong terimalah kenyataaan bahawa aspirasi akn berkubur …………………………

    teruskan perjuangan mansuhkan AUKU N ISA

  7. Sarfarizmal Saad berkata:

    Salam Semua…

    Saya beranggapan anda (penulis) merupakan seorang yang pandai dan peka dalam politik (negara mahupun kampus).

    Saya melihat tulisan ini agak baik dan lebih bersifat cool, lembut, bermaruah dan tidak emsional.

    Bagi saya penulisan ini antara yang terbaik pernah saya baca dalam banyak-banyak tulisan pro-M.

    Saya berharap agar cita-cita murni kalian akan tercapai dalam PRK dan apa yang penting bagi saya ialah biarlah kita merubah atau membidas dalam nada yang lembut tapi pedas.

    Elakkanlah perlakuan atau kritikan yang bertahtakan emosi atau kemarahan.

    SALAM PERJUANGAN,

    Sarfarizmal Saad
    Dulu Aspirasi
    Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

  8. remaja berkata:

    cukuplah sesorg tu dapat masuk Universiti kerana kelayaknnya.jgnlah pulak nak direndah2kan kebijaksanaan seseorang!!…bukankah dalam islam dilarang untuk memndang rendah seseorg… ni saya petik dari artikel yg anda tulis.(“Tanyalah kepada mahasiswa di Sekolah Sains Pooooooolitik, bagaimana penampilan dan rekod akademik Ketua Aspirasi sendiri. Mereka ada jawapannya.)”…dari dulu kata nak mantapkan isi kndungn web ni..tp semakin…hemm..

  9. remaja berkata:

    prom bukan nak larang non muslim tuk join prom puun….

  10. reform anak muda berkata:

    kebenaran yang tidak berperancangan akan kalah dengan kebatilan yang berperancangan..

  11. Encik Nikk berkata:

    Salam..
    jiwa PROM..
    Saya bertanya je lah, nape kamu guna bahasa kasar? Saya bukannya Aspirasi pun. Kamu tu yg sengal kot, Pro-M ejaannya, bukan PROM. PROM tu majlis tari menari. Baik kamu amik MUET balik. Mesti MUET kamu tak lepas Band 3.

    siti rogayah
    Hm ok ok saya terlepas pandang kot coz baru 1st time tengok blog ni. So tengok gambar MPP kat tepi tu je. Kat Unimas takde Pro-M, kecuali baru2 ni ada barisan yg namakan diri mereka ‘Suara Siswa’ tetapi ada gak org cakap mereka Pro-M. So kalau ye pun dorg Pro-M, benda tu baru la kat kampus kitorg.

    remaja
    oh, ok. thank you for the info..

  12. jiwa PROM berkata:

    kalu saya guna bahasa kasar……….. kamu pun guna jugak kan

    yer saya mengaku muet saya ni bawah band 3 iaitu band2 knapa salah ker kalu saya tak pandai english …. encik nik nak tolong ajar ker………………………..

    n satu lagi pasal PROM rasanya takder mslh kot…………

    asal saya paham tu promahsiswa dah……………kalu tak puas hati sudah tak kisah……………………………..

    n saya tak kata pun anda tu pro aspirasi…………

    apapun kalu saya ada wat silap mohon maaf salam.

  13. AHMAD ZABRI BIN MOHAMED SARAJUDIN berkata:

    SALAM PERUBAHAN DAN SALAM ASPIRASI UNTUK SISWA-SISWI BERSATU

    korang ni tak habis-habis nak gaduh je kan

    mengapa tak nak bersatu untuk melahirkan pemimpin yang baik
    Nama je student APEX tapi asyik nak berkelahi
    Untuk menjadi universiti bertaraf antarabangsa kita perlu kuatkan jentera dalaman iaitu student tu sendiri

    fikir-fikir2 kan na…..

  14. AHMAD ZABRI BIN MOHAMED SARAJUDIN berkata:

    SALAM PERUBAHAN DAN SALAM ASPIRASI UNTUK SISWA-SISWI BERSATU

    korang ni tak habis-habis nak gaduh je kan

    mengapa tak nak bersatu untuk melahirkan pemimpin yang baik
    Nama je student APEX tapi asyik nak berkelahi
    Untuk menjadi universiti bertaraf antarabangsa kita perlu kuatkan jentera dalaman iaitu student tu sendiri

    fikir-fikir kan na…..

  15. Encik Nikk berkata:

    jiwa PROM

    Bukan apa, saya kurang selesa tiba2 je dapat respon mcm tu dr seorang penyokong Pro-M. Sebab saya mana la tau menda Pro-M ni coz kat Unimas xda. Maybe silap saya gak la coz menyebabkan salah faham, coz saya bukan bertanya dgn intonasi marah atau menhina. Cuma sekadar bertanya. Pe2 pun, saya pun mohon maaf gak. Kalau nak belajar English boleh gak hihi.. Nak Arab pun saya leh ajar. Tatakallam billughatul ‘arabiyah. Hihi..

  16. Penyokong berkata:

    Saya tidak menghalang…tetapi pengalaman bekerja bersama..membuka mata saya, membuktikan siapa anda yang sebenarnya…jangan ah jadi orang yang…’cakap tak serupa bikin’…

  17. penunggu dtsp berkata:

    er… pasal timun ngan durian pun nak gaduh ker.. apa kes

  18. al bahanji berkata:

    salam wakil Pro-M.. biarkan apa org nak kata dengan lagak mereka dan kita teruskan dgn lagak kita juga. Pro-M bukan nak bergaduh dengan isu ‘kita timun, mereka durian ni’ , kan skadar kiasan. cuma ada la maksudnya kan bila kata ‘kita timun dan mereka durian. ‘luka’ pun badan kita, kita insyaALLAH tetapkan teruskan hidup dan perjuangan kita demi memperjuangkan ISLAM..TAKBIR!!
    wallahua’lam =)

  19. promusm berkata:

    assalamualaikum.. terima kasih atas respon
    saya percaya MPP tersebut ada alasan tersendiri..
    kenapa tidak luvnartstudio bertanya kepada enpunya diri??
    bila mana aspirasi mengatakan MPP PRoM tidak membuat kerja, sekurang2nya mereka ada reason untuk mempertahankan diri, keran mereka tidak diberi kerja lain selain kerja tersebut. sekurang-kurangnya Pihak ProM ada menghantar beberapa memorandum menyatakan bantahan terhadap program citrawarna kepada TNC, kerana mereka sedar mereka tidak dapat melakukan apa2 selain menyatakan bantahan. semuanya terletak ditangan TNC. wassalam

  20. 007 & 008 berkata:

    salaam.
    IMHO..pro-M atau pro-Aspirasi atau sebagainya..kebanyakannya (atau mungkin semuanye) adalah dari pelajar2 beragama Islam yang berkaumkan Melayu. Dalam hidup kita ni, ada manusia yang memilih jalan untuk kesenangan peribadi and ada juga untuk diri dan orang awam. samada orang tu pro-M or pro-A..kita tak tahu apa dalam hati mereka yang membuatkan mereka memilih untuk pro mana-mana pihak. Baik atau tidak pilihan mereka, kita tak boleh judge sape betol, sape salah. Kadang2, bile kita rasa diri kita terlampau betol dalam sesuatu perkara, kita lupa kita juga mungkin ada silapnya dlm perkara tu. Kita sume manusia. Alangkah baiknya kalau perkara-perkara pro ni tak timbul. And also, its better to look it from different perspective. kalau pro-M and pro-A boleh bersatu untuk kepentingan dua2 belah pihak, maka boleh lah lahirkan satu lagi Pakatan Kerjasama Seimbang (PKS, sy suka2 reka). Mesti ada hikmahnye disebalik kewujudan pro-M and pro-A. So, terima and be positive and tak payah bercakaran. Banyak lagi bende lain dalam hidup kita yang lebih penting daripada bercakaran membincangkan isu2 yang tak membawa manfaat di akhirat. Bila bercakaran, kita dikira bergaduh. Bila bergaduh sesame Islam, apalah ertinya? kan rugi. Baik kita jadi bangsa yang kuat, walaupun berlainan haluan. pro-M, teruskan perjuangan anda. pro-A, teruskan misi anda. Tapi, untuk pro-M and pro-A, jgn langgar batasan masing2. Kita ni khalifah di bumi Allah. Kalau percakaran antara Islam yang menjadi matlamat…tak tercapai lah motif kita dijadikan khalifah di atas bumi ini..jaga kemakmuran and jaga batasan…insyaAllah..semua akan rasa nikmat hidup yang sementara ni.

    ————-
    007 & 008

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s