“Perkenal cukai ‘tertentu’, gaji minima RM1200” -Adi Syahid

Posted: Oktober 23, 2008 in Nasional
Tag:, , , , , ,

MINDEN HEIGHT | ProM mencadangkan pihak pemerintah memperkenalkan cukai tertentu dan gaji minimum yang standard di Malaysia jika kerajaan benar-benar komited untuk mengurangkan guna tenaga asing 1.2 juta menjelang 2010 kelak.

Pemerintah diminta mempertimbang pengenalan gaji minima RM1200 sebagaimana  yang telah diperjuangkan oleh MTUC sebelum ini. Pemerintah juga diminta untuk mempertimbang pengenalan cukai-cukai tertentu seperti cukai pendapatan sebagaimana lazim dikenakan ke atas warganegara sendiri. Dengan cara ini sahaja, keperluan guna tenaga buruh asing boleh dikurangkan secara nature (semulajadi),” jelas Pengerusi ProM, Sdr. Adi Syahid Mohd Ali.

Pengerusi ProM juga berpendapat bahawa sistem gaji yang rendah dan sistem cukai yang longgar sebagaimana yang diamalkan dalam Malaysia inilah menjadi punca dan faktor pendorong dalam kalangan  pihak pemaju dan agen buruh asing membawa masuk buruh  dan mengaut keuntungan dari perbendaharaan negara dan buruh-buruh asing sendiri.

Beliau juga melahirkan kebimbangan kerana jumlah pekerja asing dalam negara sudah hampir menyamai kaum minoriti di Malaysia sendiri, iaitu kaum India.

“Lambakan pekerja asing ini bukan sekadar isu keperluan guna tenaga, tetapi sudah menjadi isu keselamatan dalam negeri kerana ia berkaitan demografi penduduk secara strategik,” tegas Sdr. Adi Syahid lagi.

Beliau juga meminta Kerajaan melihat mengaliran wang keluar RM9.1 Billion sejak Jun lepas yang dilakukan oleh pengirim a.k.a buruh asing secara serius kerana ia melibatkan kepentingan mata wang nasional dan perbendaharaan domestik.

Beliau juga mengatakan bahawa jika lambakan buruh asing tidak ditangani secara sistematik, masalah ini turut akan memberi implikasi tidak langsung pada rizab perbendaharaan negara dan keselamatan makanan nasional.

Kenyataan ini disampaikan selepas Sdr. Adi Syahid Mohd Ali mempengerusikan Mesyuarat Lajnah Dakwah dan Tarbiyyah PMIUSM sekitar jam 11.45 pagi di sini. -END

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s