Forum AUKU, mahasiswa dihalang persoal Perkara 15 dan 16

Posted: Oktober 23, 2008 in Berita Kampus
Tag:, , , , , , , ,

Dewan Budaya USM | Segelintir mahasiswa yang menghadiri Forum Bicara Siswa RTM1yang bertajuk Auku: Apa Masalahnya? melahirkan rasa kecewa kerana wakil mereka dihalang bertanya soalan dan menyampaikan pandangan dalam forum bermakna tersebut di sini.

Saya tampil mempersoal Perkara 15 dan 16 AUKU, tetapi dihalang oleh pihak ‘tertentu’ ketika sesi Q&A (soal-jawab) dibuka. Walhal, pihak-pihak lain dibenarkan menyampaikan pandangan mereka,” jelas Sdr. Que Lin, 24 di sini.

Beliau yang juga ahli Student Progressive Front (SPF) memaklumkan bahawa beliau ingin mempersoalkan AUKU yang bertentangan dengan jaminan hak kebebasan bersuara, berhimpun, berpersatuan, kesamarataaan di sisi Undang-Undang (Artikel 8, PP), ketertinggian perlembahaan (Artikel 4, PP) dan beberapa perkara lagi kepada Panel Dr. Yusri tersebut.

Sila klik di bawah: Beliau yang juga Sukarelawan DEMA Malaysia juga memaklumkan bahawa beberapa staff Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dan beberapi figure utama Aspirasi mengancam teman-temannya dengan mengambil gambar secara paksaan; hanya kerana mereka memakai baju-T pertubuhan mereka – Malaysia Youth and Student Democartic Movement (DEMA).

Wartawan kami, Sdr. Aina Syafiqa Sobri melaporkan bahawa YDP MPP USM Sdr. Muhammad Sukri Ibrahim a.k.a Che Mat secara emosional menyelar pemimpin-pemimpin ProM USM kerana tidak tampil berdebat supaya AUKU ini dimansuhkan.

Pengerusi ProM USM ketika dihubungi dan diminta mengulas insiden tersebut, secara sinis memberi respon:

Orang-orang ‘tertentu’ yang biasa (berlatih) bersilat sorang-sorang (seorang diri) di dalam gelanggangnya…selalunya memang syok sendiri dan berasa diri terlalu kuat. Biasalah…kerana yang ditumbuh dan tendang (beradu intelektual) oleh mereka adalah angin atau bayang-bayangnya sendiri…bukan pesaing yang sebenar,”

Sdr. Adi Syahid juga mengalu-alukan seluruh mahasiswa USM dan pemimpin-pemimpin Aspirasi sendiri untuk turut serta dalam Forum Terbuka Generasi Baru dan Masa Depan Malaysia pada Khamis depan. klik

Seorang mahasiswa Cina lain, Sdr. Chua Thea Leng, 22 menjelaskan bahawa forum tersebut tidak membahaskan AUKU secara holistik, lebih partisan pada pihak-pihak ‘tertentu’.

Beliau juga melahirkan rasa kehairanan tentang sikap penganjur yang membuka soal-jawab hanya pada pihak-pihak ‘tertentu’ sahaja, tidak kepada semua hadirin yang hadir.

Tambah beliau lagi, forum tersebut dianggap olehnya tidak ada pada peringkat awal kerana tiada publisiti terbuka dalam Universiti, seperti aktiviti-aktiviti rasmi lain Universiti.

Beliau sendiri mendapat sms kira-kira jam 7.40 malam tadi dari individu yang tidak dikenali dan mengarahkannya wajib menyertai forum tersebut.

Selain Sdr. Che Mat, forum ‘berat sebelah’ tersebut turut disertai oleh MPP UUM, Sdr. Raihanah; dan Timb. Dekan PP Perakaunan, Perniagaan dan Pengurusan, Dr. Yusserrie Zainuddin; selaku panel.

Dr. Yusserrie dalam satu penjelasannya turut mengatakan AUKU tidak ada masalah dari segi undang-undang, hak asasi manusia dan Universiti sendiri.

Beliau juga banyak menjelaskan keadilan hak dalam Perkara 15 dan 16 AUKU tersebut menurut disiplin undang-undang yang dipelajarinya.

Perkara 15 AUKU umumnya menjelaskan tentang larangan mahasiswa dan pertubuhan mahasiswa untuk melibatkan diri dalam aktiviti luar walaupun aktiviti tersebut sah sihat dan selari dengan jaminan hak bersuara, berhimpun dan berpersatuan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 16 AUKU umumnya menjelaskan tentang supreme power; walaupun kuasa ini acapkali disalahgunakan oleh pihak-pihak ‘tertentu’ sehingga meninggalkan liabili negatif kepada NC yang adil; demi menekan aktivis-aktivis mahasiswa yang lantang dalam Universiti.

Forum tersebut bermula pada jam 8.30 malam dan berakhir sekitar jam 10.30 malam semalam di sini.

ProM mengucapkan tahniah atas penganjuran forum tersebut.

Setidak-tidaknya, peserta-peserta yang hadir dapat menjadikan forum tersebut sebagai medium merehatkan minda mereka dalam musim peperiksaan akhir semester ini.

Meja Editor kami menerima sms forum tersebut pada jam 9.10 malam tadi oleh seseorang yang tidak dikenali. SM mengucapkan ribuan terima kasih atas maklumat tersebut. -END

Advertisements
Komen-komen
  1. AHMAD ZABRI BIN MOHAMED SARAJUDIN berkata:

    SALAM PERUBAHAN DAN SALAM ASPIRASI UNTUK SISWA-SISWI BERSATU
    Satu usaha yang menarik untuk menukarkan yang baik kepada yang buruk.
    Macam mane nak jadi profesional kalau nak menulis ikut perasaan tanpa selidik terlebih dahulu.
    Saudari Raihana merupakan MPP UUM pelajar tahun 3 jurusan Undang-Undang
    dan Panel Ke-3 untuk Program Bicara Siswa RTM; Auku, Apa masalahnya? ,Dr. Yuserrie Zainuddin merupakan pensyarah di USM dan memegang jawatan sebagai Timbalan Dekan Pusat Pengajian Pengurusan.

  2. AHMAD ZABRI BIN MOHAMED SARAJUDIN berkata:

    SALAM PERUBAHAN DAN SALAM ASPIRASI UNTUK SISWA-SISWI BERSATU
    Cuma nak bagi nasihat, sebelum bertindak atau menulis, fikir baik-baik tindakan atau penulisan yang hendak di sampaikan.
    Ini kah suara siswa?suara siswi?
    Maklumat yang nak di sampaikan pun salah dan tak jelas
    macam mane nak memimpin pelajar ke jalan kebenaran.
    Kalau asyik nak percaya pada orang tanpa selidik terlebih dahulu, itu bukan berita tapi gosip.

  3. AHMAD ZABRI BIN MOHAMED SARAJUDIN berkata:

    SALAM PERUBAHAN DAN SALAM ASPIRASI UNTUK SISWA-SISWI BERSATU
    Itu baru satu kesalahan, kesalahan yang kedua,
    Sebelum Bicara Siswa di mulakan, Saudara Penolong Penerbit telah menyuruh sesiapa yang nak mengemukakan soalan untuk berjumpa dengan beliau pada masa itu, tetapi sebab tiada siapa yang bangun beliau telah menyatakan bahawa beliau akan memilih sendiri orang untuk mengemukakan soalan, dan keputusan beliau adalah muktamad dan tidak boleh di bantah.

  4. AHMAD ZABRI BIN MOHAMED SARAJUDIN berkata:

    SALAM PERUBAHAN DAN SALAM ASPIRASI UNTUK SISWA-SISWI BERSATU
    Itu bukan kesalahan pegawai BHEPP atau pun rakan-rakan ASPIRASI tetapi kegagalan Sahabat-sahabat SPF itu sendiri yang tidak mahu tampil kehadapan pada masa yang sepatutnya.
    Jangan main serkap jarang. Jangan Asyik nak berpolitik semata-mata.

  5. che mat @ Ketua Aspirasi Universiti berkata:

    ralat.
    Dr Yusri adalah Timbalan Dekan Pusat Pengajian Pengurusan USM.
    kenali pegawai universiti. bersama universiti mencapai aspirasi.
    harap dapat tambah pengatahuan am.
    tq.
    salam aspirasi.

  6. AHMAD ZABRI BIN MOHAMED SARAJUDIN berkata:

    SALAM PERUBAHAN DAN SALAM ASPIRASI UNTUK SISWA-SISWI BERSATU
    Jangan Ingat siswa-siswi USM golongan yang mengikut, Siswa-Siswi USM selaras dengan Motto USM “kami memimpin” mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan ayat-ayat pembohongan dan tak intelektual seperti ini.
    Berani kerana Benar, Takut kerana Salah.

  7. AHMAD ZABRI BIN MOHAMED SARAJUDIN berkata:

    SALAM PERUBAHAN DAN SALAM ASPIRASI UNTUK SISWA-SISWI BERSATU
    Berani kerana Benar, Takut kerana Salah.

    AHMAD ZABRI BIN MOHAMED SARAJUDIN
    Pelajar Tahun 2 Pusat Pengajian Sains Kajihayat,
    Major Bioteknologi, Minor Sains Politik
    M05-E6-05
    Desasiswa Tekun USM
    ahmadzabrigapp0809@yahoo.com
    016-4054024

  8. promusm berkata:

    Editor SM: Terima kasih atas pembetulan maklumat di atas. Kami telah perbetulkan info di atas. Kami akan perbaiki mutu penyampaian kami agar lebih baik demi kepentingan mahasiswa. Teruskanlah menegur supaya mudah kami perbetulkan mutu weblog ini. Salam perubahan. Sekian.

  9. Norli UM berkata:

    Dulu2 time di UM, aku selalu je join Debat Siswa di Angkasapuri RTM. Bleh je bagi pandangan. Pelikkkk….

  10. Bakal Pengamal Undang2 UM berkata:

    Sila buka report tahunan SUHAKAM, Laporan Bar Council dan penjelasan akademik oleh pakar perlembagaan sendiri, Prof. Dr. Ab. Aziz Barri (Lec.UiAM). Pelik lah u ll nie, bleh sokong akta bodoh AUKU ini. Che Mat? hahaha Ahmad Zabri? hahaha

  11. Anak Muda Reform berkata:

    tak payah, cakap pape, otak sengal, bia je die nak kate ape..kate kebebasan bersuara, kita praktikkan sekarang…

    tapi tak tau lah plak aku, ada format baru dalam berforum, kena tampil bagi nama baru boleh tayer, ape gile???memang pelik program intelektual macam nih…

    kalu kat kampusa aku, senang je, die tak bagi tayer, ko pegang kic, cakap je, die tutup mic, ko jerit tayer, kalu tak leh jugak, naik pentas, berdepan la…insyaallah, ada org akanm terfikir, mengapa org ni gile bertindak begitu..??

    ada beran???

  12. remaja berkata:

    salam diri ini ingin mencari pemimpin yg benar2 membawa kehidupan di dunia menjamin kebahagian hidup di akhirat yg abadi i’Allah sekiranya kita mempunyai ilmu agama yg tinggi justeru megamalkannya, dan menyebarnya, kita bukan sahaja mampu mengubah diri kita mnjadi lebih baik, bahkan diri org lain,diri mereka dan diri rakyat jelata juga turut tidak terkecuali….jgn risaulah tentang kepimpinan yg dirasakan tidak menegakkan agama yg hak, sebab kebenaran pasti akan naik……..faktor inilah yg saya yakin semua mahasiswa perlu berfikir dan merenung serta dapat mnggunakan autonomi yg ada….salam perjuangan

  13. Azahari da slumber.... berkata:

    wat dono jea…. yang penting mahasiswa Malaysia x macam mahasiswa kat negara luar…. kalau takut dilambung ombak, jgn berumah di tepi pantai….buang yang burok, amek yang jernih….. kehidupan sebenar adalah di akhirat,,,dunia hanya dugaan… SESUNGGUHNYA KEJAYAAN SESEORANG MANUSIA ADALAH DI DALAM AGAMA, SEJAUH MANA TAAT PERINTAH ALLAH N IKUT SUNNAH RASULULLAH -(MY TRADEMARK)..erm,,,sory.. wassalam.

  14. Azahari da slumber.... berkata:

    ana sokong la dengan pendapat Bakal Pengamal Undang2 UM…..

  15. Azahari da slumber.... berkata:

    wahai saudaraku zabri…. jgnla emosional sgt…cool man….jgn gaduh2… no bodys perfect…. Tol ckp sdr, jgn terlalu asyik dalam berpolitik…kita perlu dahulukan amal tuk akhirat….. baru leh bawa mahasiswa ke arah kebenaran sepertimana yang sdr ckpkan sebentar td kn?? kn?? yakin n pasti akan ganjaran ALLAH… yang penting, bila dah jd MPP sidang depan nnt, jgn wat byk sgt perkara2 yang bidaah… sesungguhnya dalam hadis ada menyebut….. perkara2 bidaah yang melampau itu boleh menggelapkan hati…. jaga mahasiswa semolek2nya, didik ke arah kebenaran, bukan ke arah kemaksiatan…… seperti mana 3 perkara yang akan dituntut di akhirat kelak…al-Quran, amanah n silaturrahim…. Wallahualam…

  16. Azahari da slumber.... berkata:

    ana rs yang lebih penting kita perlu kenal sifat ALLAH, kenal nabi n rasul, para sahabah-sahabiah, yakin akan kebesaran ALLAH, makhluk tiada kuasa,nafikan kebesaran makhluk……pastu baru la leh kenal orang universiti or kenali pegawai universiti. bersama universiti mencapai aspirasi.harap dapat tambah pengatahuan am….sepertimana yang dipetik dari kata che mat…. Wallahualam…

  17. Azahari da slumber.... berkata:

    erm…anak muda reform…best gak kenyataan anta…. waktu ana tanya soalan dalam bicara siswa ms kat kl dlu pown mikrofon ana di off kan…. tak tau la pasal ape…. agaknya itu la kot yang dinamakan sebagai kebebasan bersuara…. yelah agaknya…barulah best cakap tanpa mikrofon kn…baru suara dapat dibebaskan…wakakaka…

  18. muallaf ingin tahu.... berkata:

    salam aspirasi untuk mahasiswa bersatu………sy rasa ini lbh sesuai dgn jiwa saya…buat AZAHARI yg sgt BIJAK MENULIS & BERKATA2…..saya ingin bertanya soalan….adakah AZAHARI menunaikan AMANAH anda sbgai MPPUSM 07/08?????????BOLEH X SENARAIKAN APA YG AWAK BUAT DLM MPP????sy nk sgt tahu…

  19. AHMAD ZABRI BIN MOHAMED SARAJUDIN berkata:

    SALAM PERUBAHAN DAN SALAM ASPIRASI UNTUK SISWA SISWI BERSATU

    Jangan Asyik nak beremosi
    fikir secara tenang k
    anda akan dapat jawapan
    dont look at d (-)ve side alone, search for the (+) of every act

  20. siti rogayah berkata:

    salam.
    azhari, sabar jela..
    sbb suara enta tu nak dibebaskanla, depa off mic tu..
    heh. watever, tahniah! ana bangga enta dpt melaungkan suara mahasiswa di tgh2 suasana yg tidak memihak kepada kita. iA, papa yg kita buat, kita betulkan niat..utk cari redhaNya..insyaAllah..syukran.
    wslm

    -bintubahariyah

  21. pandang hadapan berkata:

    apahal la korang ni nak hapus kan auku. auku tu sama je mcm undang yang lain seperti peraturan jalanraya. setiap perkara perlu ada peraturannya kan. kalau tak takda la pelajar undang2 korang nak kebebasan bersuara yang mcm mana lg. korang nak negara kt jd seperti thailand atau indonesia ke yang pelajar nye boleh berdemonstrasi …… kalau korang nak hapuskan auku lebih baik korang desak hapuskan semua undang2 negara. baru btul2 bebas korang nak bersuara. tak payah ada undang2 baru btul bebas btul tak…….

  22. pandang hadapan berkata:

    sokong muallaf ingin tahu. kalau boleh semua mpp prom nyata kan apa hal kebajikan pelajar yang mereka dah lakukan jangan hanya tahu ckp tp kerja ntah apa2…….dan lagi satu prom jangan asyik nak memburukkan org saja dan anggap diri sendiri je btul

  23. jiwa PROM berkata:

    lagi bagus macam tu……………….

    tapi masalahnya kerajaan ader berani ker………………….

    ISA pun tak berani nak bubar INIKAN PULAK AUKU……….

    Dah memang dasar pengecut nak buat mcm mana……..

    tapi tgk thailand demonstrasi jalanan berjya jatuhkan pemimpin…………………….

    kenapa kita tak boleh………………….

    orang takkan bersuara kalu kita buat undang itu adil dan saksama………………….

    ni buat undang syok sendiri mcm negara ni dia punya…..

    ini pandangan gua……………………………………

    ok beb apa kebaikan dari auku yang kau dapat leh bagitau kitorang tak………………………………………….

    aku tuju kat pandang hadapn ni aku nak tya lu
    apa perasaan lu bila masa kenaikan harga minyak mendadalk aritu……………..
    apa perasaan lu bila keluarga lu kena ISA sbg contohla
    apa perasaan lu rasuah penuh kat negara ni

    gua nak korang nyatakan ni aku tuju kepada semua penyokong tegar pro aspirasi………………………………

    apapun aku sntiasa berdoa agar PROM menang pada prk akan datang……………..

  24. AHMAD ZABRI BIN MOHAMED SARAJUDIN berkata:

    Jangan nak marah
    relax
    tak de sape yang salah
    masing-masing ada idea sendiri

  25. LiZaRdboi88 berkata:

    Salam sejahtera, (kini giliran saya pula untuk berkomen…dan hi, Zabri.)

    AUKU- Saya lebih menyokong pindaan pada AUKU berbanding dengan permansuhan penuh, terutamanya yang berkaitan dengan pengurusan universiti dan hal ehwal akademik (pensyarah dan pelajar). Wacana keintelektualan hanya akan bermekar dengan subur jika adanya kebebasan untuk membincangkan isu dan mengemukakan idea secara akademik tanpa banyak batasan. (ingat, AUKU merangkumi banyak aspek termasuk pengurusan universiti di samping hal-ehwal mahasiswa) Bagi perkara 15 yg sering dijadikan isu pula, kelonggaran mengenai keanggotaan dalam NGO sepatutnya tidak menjadi masalah dan sebenarnya banyak NGO di luar sana yang memang prihatin dan ikhlas seperti World Wildlife Fund dsb. Sekiranya kita ingin celik lestari, prihatinlah pada isu alam sekitar! (ingat pelan APEx kita, Higher Education for Sustainable Tomorrow, Kemapanan masa hadapan~~) Tapi bagi halangan keanggotaan dalam pergerakan politik tu, kekalkan saje lah…tengok semua ahli politik sekarang, pandai bertikam mulut tapi tak banyak kerja…kedua-dua pihak sama saje…dan tak pernah hormat golongan akademik dan cendekiawan…

    ISA: Sebenarnya jika digunakan secara efektif dengan betul, ia merupakan antara akta yang paling berkesan dalam menjamin kestabilan negara. Yang masalahnya sekarang adalah ia sering diSALAHgunakan dan pada pihak yang tidak bersalah. Kenapa tak gunakan saja pada penjenayah dan perogol dsb? Sumbat mereka kat penjara dan jgn keluar!

    Selain itu lagi, salah satu elemen yang penting dalam demokrasi adalah “rule of law”, iaitu tiada sesiapa yang lebih tinggi daripada undang-undang. Selagi wujudnya sesuatu undang-undang, kita diwajibkan mengikuti dan menghormati undang-undang tersebut. Peraturan dan undang-undanglah yang memastikan kita berfikiran rasional dan tidak mengelamun jauh.

    Kesimpulannya, kewujudan sesuatu akta/undang-undang mempunyai munasabah/logiknya, tetapi yang menjadikannya berkuatkuasa adalah tafsiran dan tindakan manusia. Oleh sebab itu lah, kita amat memerlukan kebebasan dalam kehakiman sekarang untuk mentafsir undang-undang tanpa sebarang pengaruh orang politik.

    tambahan: Jgn labelkan saya dgn Aspirasi ataupun Pro-M. Kewujudan label Aspirasi & Pro-M merosakkan harmoni kampus saja. Dan tak bleh ke saya tak sokong kedua-dua pihak?

  26. AHMAD ZABRI BIN MOHAMED SARAJUDIN berkata:

    SALAM

    LiZaRdboi88
    Saya menyokong anda

  27. pandang hadapan berkata:

    pada jiwa prom
    so kau nak la negara kita jd cam thailand yang rakyatnya berdemonstrasi setiap hari semata mata nak jatuh kan kerajaan…. kalau kau banding kan malaysia ngan thailand mana yang lebih maju
    apa perasaan lu bila masa kenaikan harga minyak mendadalk aritu…………….?
    aku pun rasa ada marah gak bila harga minyak naik mendadak, tp kita pikir la logiknya takkan kerajaan nak kekal kan harga minyak kalau harga minyak dunia naik melambung.mmg kesannya kt rasa susah skarang tap[i masa hadapan kita tak tahu…..takkan selamanya kau nak bergantung pada subsidi tak reti nak berdikari ke..

    apa perasaan lu bila keluarga lu kena ISA sbg contohla?
    kalau dia boleh mengugat keselamatan negara aku akan sokong la tindakan isa yang dikenakan padanya walaupun adik beradik aku sndiri………. yang salah tetap salah.

    apa perasaan lu rasuah penuh kat negara ni?
    rasuah lak kt ada undang2 kalau tak da aku rasa lagi banyak kes rasuah kat malaysia ni………….

    ni aku tuju balik kat hiwa prom
    apa yang lu rasa bila kerajaan dh trun kan harga minyak
    apa yang ada pada auku hingga mengugat kebebasan bersuara
    lu ambk tak rasuah jika org bg pada lu

    salam aspirasi untuk siswa siswi bersatu

  28. pandang hadapan berkata:

    saya menyokong kenyataan
    LiZaRdboi88

  29. jiwa PROM berkata:

    halo bro aku jawab balik……………….
    kau kata masa naik minyak aritu kau sabar sb tu knaikan harga dunia…………………….. ni nak bagitau kau memnglah boleh naik tapi tak la sampai 78 sen tu namanya nak mencekik duit rakyat………………….. tak paham aku hang boleh jawab mcm tu…

    ni pasal ISA hang kata elok untuk ketenteraman negara ni dalam islam dan agma lain pun orng yang bersalah harus dibicarakan tapi adakah isa ni bicara orang takkan ? n kau dapat rasakan ker penderitaan ank2 yang kna isa tu tak der kasih sayang ayah selama bertahun, isteri yang tak da tmpat bergantung nafzah zahir dan batin………….. dan kalu BEtul isa ni nak jaga ketenteraman negara knapa aku tengok dia tangkap orang2 tertentu sahaja…… cuba saudara renungkan kata2 saudara ni takubah menunjukkan saudar ni penyokong tegar kerajaan………………..

    aku rasa hang tak jawab solan rasuah aku tu…………….

    perasaan aku bila kerajaan turun harga minyak biasa sahaja sebab barang tak turun harga dan ekonomi dunia pun dan nak meleset n dapat tau kalu kerajaan turunkan minyak lagi pengusaha plak rugi………………..
    hang kena paham aku tak marah kerajaan naik minyak pada masa tu tapi naik minyak pun biarlah sikit sdngkan bangladesh yang tak kaya macam kita pun naikkan 10 peratus jer kalu tak silap la yg pnting lagi kurang pada malaysia…………………..hang tgk sndrikan masa tu pnh stesen orng nak isi minyak n kalu masa tu duit naikkan skit jer harga minyak skrang ni kita mesti dapat gna minyak lagi rendah pada kadar bawah 1.70 sen

    pertama mengapa auku sekat kebebasan suara ok
    knapa larang kami nak join parti2 luar………………..terutama parti pembangkang n alasan kata mahasiswa akn abaikan pelajaran tu tak oleh pakai kita semua dah cerdik n dah leh beza mn buruk n baik………………………………..

    aku pelik kata dalm kampus tak boleh politik luar tapi ada sebuah universiti yang mnjmput parti tertentu siap bua majlis perhimpunan sangat2…………………

    dan auku ni digunkan untuk sekat orang yang lawan kerajaan jer em sbgai contoh pelajar uitm aritu yang berdemonstrasi kalu ikut auku dah kna kan tapi diam jer……………………….. tak nmpk pun tindakan sb apa sebab mereka pihak kerajaan……… lu boleh pikirlah…..

    ok knapa nak membincangkan sesuatu isu berkaitan masalah negara n nak terangkanya kna pggl orang kerajaan spatutnya panggil 2 pihak bincang………………………………………

    ader berani kerana ker universiti panggil anwar ibrahim bagi ceramah takkan sb takut kna auku kat situ dan boleh nampak kerajaan cb nak serapkan kpala otk kita ni dengan dakyah mereka kalu berani paggil……………… baru kita demokrasi betul …………………………………….

    kalu orang bagi rasuah kat saya bukan nak menunjuk tapi saya takkan amik tu bukan prinsip gua beb tapi kalu lu nak kata gua tipu terpulang tapi yang penting ALLAH tahu hati hamba salammmmmmmmmmmm

    salam mahasiswa bersama menerajui perubahan
    Takbir

    gua harap gua dapat jwab pertanyaan dari penyokong tegar UMNO n ASPIRASI = PANDANG HADAPAN

  30. pandang hadapan berkata:

    jiwa prom kau tahu ke cara nak kira menentukan kadar harga minyak………. kalau hang tahu hang tunjukkan bagaiman harga minyak boleh jadi sampai harga 1.70 ……seperti yang hang kata kan

    kau cakap aku penyokong kerajaan……. tapi cara hang bercakap menunjukkan hang merupakan penyokong tegar anwar yang cuba menjual negara malaysia kepada amerika

    hang cakap kt semua cerdik tapi kenapa masih ada yang masih nak buat demonstrasi dan tidak menggunakan cara yang betul untuk menyampaikan bantahan

    pasal isu uitm kalau tak silap aku la kerajaan dah suruh pihak u untuk ambil tindakan kepada pelajar terbabit kalau tak silap la

    mengenai isa memang la kita tak dapat merasai penderitaan ahli keluarganya sebab bukan kita yang lalui….

    mengenai rasuah mmg aku bengang rasuah banyak terjadi… tapi hang tau ke apa dia bentuk2 rasuah sebab rasuah berlaku dengan banyak cara…

    aku mmg puji la kau kalau tak ambik rasuah . orang yang berfikiran macam kau yang tak mau ambik rasuah merupakan contoh yang baik…..

    aku menyokong suatu pihak berdasarkan pemerhatian aku saja bukan bermakna aku tak menyokong pihak lain tapi kalau pihak tersebut betul aku sokong la

  31. AHMAD ZABRI BIN MOHAMED SARAJUDIN berkata:

    Perbincangan anda di atas memang menarik tetapi kalau kita menjaga bahasa masing2 mgkn akan lebih mantap

    sekadar nasihat
    jangan gaduh2

  32. Budak_Kelantan berkata:

    Kepada pandang hadapan, Ada pihak cakap Anwar Pro Amerika dan ada orang cakap Pak Lah (Ceo IRDA) dan UMNO Pro Zionis-Yahudi-Israel. Cuba ihat:- https://promahasiswausm.wordpress.com/2008/10/27/halliburton-yahudi-zionis-di-johor-mahasiswa-digesa-peka/ ASPIRASI aka Pro Aspirasi Mahasiswa (ProAM) betul ke pro UMNO? Ingat…UMNO tu sah pro Yahudi-Zionis-Israel sebagaimana dalam hyperlink di atas?

  33. pandang hadapan berkata:

    sory k kalau ada bahasa yang digunakan agak kasar tak disengajakan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s