TRANSKERIAN | ProM USM Induk merakamkan ucapan mohon maaf kerana tidak dapat menyertai Program Sepetang Bersama YB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sempena Aidulfitri yang dianjurkan oleh mahasiswa Ikatan Mahasiswa/i Johor USM (IKMAR) pada petang kelmarin di USM Induk, kerana menghadiri suatu mesyuarat tergempar dan majlis muafakat penting di sini.

Ustaz Adi Syahid (me)minta maaf kerana tidak dapat hadir ke majlis bermakna anjuran mahasiswa IKMAR tersebut. Beliau terpaksa mempengerusikan suatu mesyuarat tergempar dan menghadiri majlis muafakat penting di Transkerian petang tadi,” maklum Setiausaha Politik bagi Pengerusi ProM USM, Sdri. Nurul Aliyaa Abdul Halim.

Menurut Setiausaha Politik bagi Sdr. Adi Syahid Mohd Ali lagi, Pengerusi ProM juga berpandangan bahawa program secara langsung dengan Menteri seumpama ini (anjuran IKMAR) wajar diteladani oleh pertubuhan mahasiswa yang lain (termasuk ProM sendiri) kerana melalui program seumpama inilah, mahasiswa boleh menimba ilmu dan pengalaman daripada menteri-menteri tersebut.

Sdr. Nurul Aliyaa juga memaklumkan bahawa kebanyakan Sukarelawan ProM sendiri diminta untuk menguruskan kebajikan mahasiswa yang bertambah di Kaunter Perkhidmatan Akses-Cetak Slip Menduduki Peperiksaan  secara gilir-giliran di Foyer DK sepanjang hari ini; kerana sambutan yang menggalakkan.

ProM USM Induk juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada IKMAR khususnya pada Pengerusinya, Sdr. Mohd Firdaus Ismail atas jemputan rasmi IKMAR lewat 2 hari lepas. Semoga IKMAR terus disegani oleh semua pihak, termasuk ProM sendiri.

Kenyataan tersebut dibuat melalui panggilan telefon ke Meja Editor lewat malam tadi -END

Advertisements
Komen-komen
  1. Anak Muda Reform berkata:

    dalam teori politik, banyak kawan kurangkan musuh..satu perkembangan yang baik, lebar luaskan jaringan kerjasama kepada seluruh kepimpinan mahasiswa, baik persatuan2, fakulti2, dan anak2 negeri..jangan lupe staff2 yang berada di USM, Pegawai Keselamatan, Pensyarah2, Makcik2 Cleaner, Pemilik2 cafe, dan seluruhnya…selalu berjumpa, berdiskusi dan cuba selami permasalahan yang berlaku..inilah medan dakwah yang terbesar..tak cukup GERAKAN hanya bangkit daripada program2 yang dianjurkan, tetapi bangkit dalam kancah rencam masyrakat…

  2. MPP YANG TERASA HATI berkata:

    kita wat dono jew……………….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s