Kaunter ‘service’ ProM, 800 penyertaan untuk hari ke-2!

Posted: Oktober 22, 2008 in Berita Kampus
Tag:, , , , , ,

FOYER DK USM | Dimaklumkan bahawa lebih 800 mahasiswa mendapatkan perkhidmatan percuma akses-cetak slip menduduki peperiksaan di sini; masuk hari ke-2.

Berdasarkan rekod pendaftaran penerima service, lebih kurang 800 orang mahasiswa telah bersama-sama kami. Sambutan cukup menggalakkan,” jelas Pengarah Bersama I Kaunter Perkhidmatan ProM, Sdri. Siti Hajar Hassan.

Beliau juga melahirkan rasa terima kasih kepada pihak berwajib dan Universiti kerana menggalakkan aktiviti sukarelawan seumpama ini di sini.

Beliau juga memaklumkan bahawa cadangan untuk membuka kaunter-kaunter lain di School-school lain tidak dapat dibuka kerana kebanyakan sukarelawan mahu menumpukan perhatian dalam musim peperiksaan yang kian hampir.

Pun begitu, Kaunter Perkhidmatan ProM Untuk Akses-Cetak Slip Menduduki Peperiksaan secara percuma tetap dibuka seawal jam 10.30 pagi sehingga jam 5.00 petang demi memulihara kebajikan mahasiswa.

Jawatankuasa Sukarelawan ProM dan ajk-ajk Kaunter Perkhidmatan ProM mengucapkan Selamat Menempuhi Musim Peperiksaan Akhir Semester dan semoga semua mahasiswa mengecapi kecemerlangan akademik kelak. Bersama Universiti Menjunjung Perubahan. -END

Advertisements
Komen-komen
  1. Anak Muda Reform berkata:

    maaf mengutuk, kenapa universiti APEX tak buat slip untuk pelajar yer ek, adakah atas nama berdikari???di kampus2 lain, contohnya di UM, slip exam pihak universiti yang sediakan di setiap fakulti…miskin sangat agaknya…huhuhuhu…

    tapi langkah yang diambil Pro-M USM ini menarik dan unik…menyediakan service untuk mahasiswa, insyaallah mungkin dilihat kecil sahaja service ini dimata mahasiswa, tapi kesannya mungkin besar, disaat mahasiswa lain sibuk dengan dunia masing2, Pro-M USM menyediakan kemudahan, sempat lagi memikirkan kemaslahatan mahasiswa..tahniah…

    jangan lupe, dalam mengeluarkan slip ni, jangan lurus sangat memang keluarkan slip sahaja, bagilah onde2 Pro-M, risalah ke, ape2 sahaja, kenang2an..

  2. Saya sebagai pengarah bersama kaunter perkhidmatan pro M mengucapkan jutaan terima kasih kepada siswa dan siswi USM yang mengunjungi kaunter kami.

    Pihak kami juga memohon maaf andai perkhidmatan yang diberikan kurang memuaskan.

    Kepada yang tidak sempat untuk ke kaunter kami tadi dan masih mempunyai masalah untuk akses ke healthy campus, kami dari pro M sedia membantu anda semua.

    Anda semua boleh menghubungi wakil-wakil pro M ataupun saya sendiri 019-5476356.

    p/s: kepada yang pernah mengunjungi kami, tegur-tegur di tengah jalan. Saya ingat muka anda. Nama lupa la… Ramai sgt..maaf ya.

  3. pandang hadapan berkata:

    kepada Anak Muda Reform, bukan usm tak mampu nak keluarkan slip exam. ini nama tranformasi setiap pelajar perlu berdikari untuk mencetak slip mereka. bukan macam um yang yang mengeluarkan slip exam untuk student. sebab tu um tak jd u apex sebab tak brani nak brubah……..tak macam usm yang brani melakukan perubahan sesuai ngan moto ‘kami memimpin’

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s