Notis 24J singkir, USM sokong 100% UPM ke Parlimen

Posted: Oktober 22, 2008 in Berita Kampus
Tag:, , , , , , ,

MINDEN HEIGHT | Pro Mahasiswa (ProM) Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Induk menyatakan sokongan 100% kepada ProM Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk mendedahkan penyalahgunaan kuasa UPM dan isu penyikiran dua (2) aktivis ProM dari Kolej kediaman di sana, di Parlimen Malaysia pada hari ini.

Pendirian kita jelas (iaitu) menolak penyalahgunaan kuasa dan menyokong apa jua usaha memulihara hak-hak mahasiswa, baik di sini (USM) mahupun di IPTA-IPTA lain (khususnya UPM),” jelas Pengerusi ProM USM, Sdr. Adi Syahid Mohd Ali.

USM juga mengulangi saranannya agar pihak berwajib dan mahasiswa supaya segera menjalinkan hubungan strategik dan sivil dengan Majlis Peguam Malaysia (Bahagian Hak Asasi Manusia), NGO Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), NGO Pertubuhan Hak Asasi Manusia Kebangsaan Malaysia (HAKAM), firma-firma Guaman,  (difaksimilikan ke) media tempatan-antarabangsa serta Universiti-Universiti yang signifikan dalam memerhati perkembangan demokrasi Universiti global.

Dua (2) mangsa kezaliman UPM tersebut masing-masing adalah ahli MPP, Nor Farhana  Farzieana Ali dan Nur Syafiqa Mohd Ali.

Mereka berdua telah disingkir dari Kolej Tun Perak hanya dengan Surat Notis 24 Jam dari Universiti pada 15 Oktober lepas; walaupun dalam musim peperiksaan akhir semester.

UPM berpendapat bahawa tindakan tersebut bermotifkan politik salah guna kuasa oleh Universiti.

Ketika ditanya tentang perkembangan kes-kes penyalahgunaan kuasa yang melibatkan kepentingan politik pihak-pihak ‘tertentu’ di USM sendiri, maka ini penjelasannya:

Usaha dokumentasi sivil tersebut progresif. Menurut Unit Undang-Undang ProM USM, janji temu dengan Biro Pengaduan Awam (BPA) Jabatan Perdana Menteri, dan Badan Pencegah Rahsuah (BPR) telah dibuat di Putrajaya. InsyaAllah, delegasi Legal Aid kami akan ke sana pada Jumaat 31 Oktober depan.

USM juga memaklumkan bahawa mereka akan menyertai Brainstorming ‘Generasi Baru dan Masa Depan Malaysia’ di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH) pada Khamis 30 Oktober 2008 kelak.

Pengerusi ProM USM sekali lagi mengulangi komitmen untuk bersama-sama Universiti menjunjung perubahan dan merealisasikan hasrat Apex Universiti di sini.

Kenyataan ini dibuat selepas Pengerusi ProM USM selesai berbual ‘sesuatu’ dengan Penolong Pendaftar BHEP, En. Irwan dan YDP MPP USM, Sdr. Muhammad Sukri di Lobi Dewan Budaya USM kira-kira jam 12.30 tengahari kelmarin -END

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s