Cadangan subjek ‘Kontrak Sosial’, ProM puji Muhyiddin

Posted: Oktober 22, 2008 in Berita Kampus
Tag:, , , , ,

FOYER DK USM | ProM menyifatkan cadangan Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin  yang mencadangkan ‘kontrak sosial’ dijadikan subjek di Universiti sebagai suatu langkah berani dan rasional demi memastikan pendidikan tinggi untuk mahasiswa; di sini.

Bagi saya, ‘Kontrak Sosial’ telah lama dimeterai (dan) saya yakin generasi pasca merdeka (mahasiswa) hari ini kurang didedahkan tentang kontrak tersebut dan perlembagaan sendiri, walhal perkara-perkara tersebut sangat diperlukan. Sebab itu, saya melihat cadangan Tan Sri Muhyiddin (Yassin) tersebut wajar dipuji kerana sikapnya yang berani dan rasional,” jelas Pengerusi ProM, Sdr. Adi Syahid Mohd Ali.

Beliau juga mencadangkan kurikulum baru ini patut memberi fokus pada pengajian hak asasi mahasiswa, perlembagaan dan AUKU sendiri secara koprehensif dan sepadu supaya mahasiswa turut mengetahui dan sedar apakah hak-hak mereka dalam Universiti dan negara.

Pengerusi ProM juga mencadangkan USM mengambil inisiatif awal dan progresif untuk mempertimbangkan cadangan Tan Sri Muhyiddin tersebut, seterusnya merangka kurikulum berkaitan.

Cadangan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tersebut telah diucaptamakan dalam Seminar Politik Melayu-Islam: Kemelut dan Penyelesaiannya pada pagi kelmarin di Dewan Budaya di sini.

Seminar bermakna tersebut dianjurkan bersama oleh Pusat Kajian Pembangunan dan Pengurusan Islam (ISDEV) dan Yayasan Nurul Yaqeen.

Sebelum ini, Kerajaan dan Parlimen pernah berbahas dan melaksanakan kurikulum TITAS, Hubungan Etnik  dan Pengajian Malaysia di beberapa Universiti, atas tujuan yang sama

Kenyataan ini dibuat semasa Pengerusi ProM menyertai Sukarelawannya di Kaunter Perkhidmatan ProM Akses-Cetak Slip Menduduki Peperiksaan, di sini. -END

Advertisements
Komen-komen
  1. Anak Muda Reform berkata:

    aku rase, memperkenalkan kontrak sosial sebagai matapelajaran tambahan di universiti bukan langkah yang bijak…pengenalan subjek ini hanya untuk menunjuk dan seolah2 memberikan amaran kepada mana2 pihak untuk menghormati kontrak sosial..sepatutnya, pemerkasaan subjek sejarah malaysia ini yang perlu diperkasakan..tak cukup subjek titas yang banyak menekankan aspek ISLAM..sepatutnya, pemerkasaan ini turut dimuatkan sama, pembinaan sebuah negara merdeka, review semula sejarah malasyia hari ini…daripada membincangkan mengenai kontrak sosial, kita bperbincangkan sama @ dijadikan matapelajaran, pengajian perlemabagaan malaysia..sebab perlembagaan ini adalah dokumen bertulis, dan telah dipersetujui bersama oleh semua lapisanb kaum..kontrak sosial, ada sesetengah pihak mendakwa, kontrak ini tidak dityulis @ didokumenkan..so susah la..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s