Seminar politik ‘Melayu-Islam’ gamat, ProM nyata pendirian

Posted: Oktober 21, 2008 in Berita Kampus
Tag:, , , , ,

Dewan Budaya USM | Dimaklumkan sambutan Seminar Politik Melayu Islam, Kemelut dan Penyelesaiannya yang dianjurkan oleh Centre for Islamic Development and Management Studies (ISDEV) mendapat partisipasi yang luar biasa dari pelbagai pihak di sini.

Ucaptama seminar tersebut disampaikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mendapat respon positif oleh peserta seminar yang hadir.

Menurut wartawan kami, Sdr. Muhammad Al-Amien Sobri dalam sesi soal jawab, hanya tiga peserta dibenarkan bercakap. Masing-masing meletakkan harapan yang tinggi kepada Muhyiddin untuk melakukan perubahan menyeluruh dalam Pemilihan Agong UMNO (PAU) pada Mac tahun depan.

Turut hadir Pengerusi ProM USM dan beberapa pemimpin umum pertubuhannya.

Ketika ditanya apakah pendirian langsung Pengerusi ProM USM, Sdr. Adi Syahid Mohd Ali, maka ini jawapannya:

Pendirian kita (ProM USM) jelas (iaitu) mahu Universiti dan mahasiswa menjadi pemangkin kepada perubahan nilai dan penyelesai kemelut politik Melayu-Islam di Malaysia. Ini kerana kami yakin bahawa penyarah-pensyarah kita sangat jujur dan berdisiplin dalam menanggapi satu-satu permasalahan masyarakat, bukan bersifat politik kepartian” respon Sdr. Adi Syahid melalui telefon.

Sdr. Adi Syahid juga menjelaskan bahawa ProM bercadang untuk menyatakan pendirian dan membuat serahan tangan Memorandum Mahasiswa dalam seminar yang bermakna tersebut, namun gagal.

Ketika ditanya adakah ProM cuba mengambil sikap nasionalisme atau cauvenisme Melayu sebagaimana sisi pihak-pihak ‘tertentu’ dalam Universiti, ini pula penjelasannya:

Kemelut Melayu-Islam ini wajar ditangani bersama oleh mahasiswa dan Universiti. Secara peribadi, saya sendiri yakin bahawa kaum-kaum lain tidak pernah cemburu dan marah kepada pemimpin Melayu yang adil dan saksama. Yang mereka marah dan bosan adalah pemimpin-pemimpin Malaysia dan Melayu yang tidak bermaruah, mengamalkan politik wang, menekan perkembangan etnik-etnik minoriti dan menyalahgunakan ISA dan sebagainya,” tegas Sdr. Adi Syahid Mohd Ali.

Tambah beliau lagi, ProM berpandangan bahawa YB Tan Sri Muhyiddin Yasin lebih layak menggantikan YAB Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi dalam proses peralihan kuasa Mac ini kerana beliau dikenali sebagai seorang yang bebas dari spekulasi jenayah, politik wang, berpegangan agama dan lebih toleransi; jika dibandingkan beberapa individu lain dalam UMNO buat masa ini.

ProM memaklumkan bahawa petang ini akan berlangsungnya mesyuarat penting dalam kalangan anggota ProM yang pelbagai bangsa dan idealogi di sekitar Transkerian untuk mencanai idea perubahan serta isu-isu yang berkaitan Melayu-Islam agar motto Bersama Universiti Menjunjung Perubahan berjaya digarapkan secara konsistan.

Seminar tersebut dilaksanakan secara sukarela oleh calon-calon Sarjana Tinggi Universiti -END

Dibawah ini adalah Draff Memo tersebut

MEMORANDUM TERGEMPAR

PRO-MAHASISWA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (Pro-M USM)

BERHUBUNG ISU MENANGANI KEMELUT POLITIK MELAYU-ISLAM

Kepada:

YB Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Kerajaan Malaysia

Selasa, 21 Oktober 2008, Dewam Budaya USM

PENDAHLUAN

Kami, pemimpin-pemimpin ProM USM dengan penuh rasa tanggungjawab dan prihatin degan isu kemelut politik Melayu-Islam yang cuba ditangani oleh Jabatan Pembangunan Pengurusan Islam (ISDEV) USM.

Secara asasnya, kami ingin menyatakan sokongan yang bulat kepada YB Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menangani isu kemelut politik Melayu-Islam di Malaysia ini.

Walaupun demikian, kami melihat cita-cita YB Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri wajar direalisasikan sekiranya Universiti menjadi pomangkin nilai politik Melayu-Islam.

Bagi kami, Universiti atau ISDEV sendiri wajar dijadikan sekretariat pada penanganan kemelut politik Islam inio sekiranya semua pihak serius mahu menyelesaikan masalah bersama ini.

Ini kerana Universiti adalah pusat perkembangan nilai dan kemelut ini hanya mampu diselesaikan dengan syarat sekretariat ini disegani oleh masyarakat dan jujur dengan disiplin ilmu pengetahuan mereka masing-masing.

Justeru, kami pemimpin-pemimpin ProM USM sekali lagi ingin menyatakan sokongan bulat kepada YB Tan Sri Muhyiddin Yassin dan USM Universiti Apex wajar menjadi pemangkin utama pada penilaian semula kemelut politik Melayu-islam ini.

RUMUSAN PRO-M USM TENTANG ‘KEMELUT POLITIK MELAYU-ISLAM’

1. Kemelut politik ini berpunca oleh pengabaian nilai-nilai baik oleh ahli-ahli politik dan parti-parti yang berlandaskan Melayu-Islam.

2. Tiadanya seseorang public figure atau institusi yang disegani oleh semua pihak untuk membincangkan isu Melayu-Islam secara serius dan progresif.

3. Ketidakseimbangan pemimpin-pemimpin Melayu-Islam dalam kelas masyarakat di Malaysia sehingga mennyebabkan berlakunya vacuum dalam perjuangan agenda Melayu-Islam.

4. Ahli-ahli Parlimen Melayu-Islam lebih berpolitik dari mengetengahkan kepentingan melayu Islam di Parlimen yang bermanfaat.

TUNTUTAN KAMI, PRO-M USM DEMI MENANGANI KEMELUT POLITIK MELAYU-ISLAM

1. USM dijadikan sekretariat untuk menghimpunkan semua pihak dan membincangkan isu kepentingan Melayu-Islam di peringkat nasional.

2. Kami mencadangkan pihak berwajib menubuhkan Kelab Penyokong Isu Melayu-Islam di Parlimen yang terdiri oleh MP-MP Melayu-Islam yang merentasi idealogi politik kepartian dan sebagainya.

3. YB Tan Sri Muhyiddin Yassin dan USM dicadangkan untuk membuka pintu perwacanaan berhubung isu kependidikan, bahasa Melayu dan tulisan Jawi, kedudukan Majlis Raja-Raja Melayu, Special Position Melayu-Islam dan kedudukan Islam itu sendiri.

Justeru, kami ProM USM sekali lagi menaruh harapan yang tinggi agar segala tuntutan kami ini dibincangkan secara serius dan lanjut oleh pihak berwajib khususnya YB Tan Sri Muhyiddin Yassin dan USM sendiri. Kami juga bersedia bila-bila masa untuk bersama-sama semua pihak demi menangani kemelut politik Melayu-Islam ini agar tidak berpanjangan.

Sekian, terima kasih.

**BERSAMA UNIVERSITI MENJUNJUNG PERUBAHAN**

**STUDENT POWER**

Disediakan oleh,

Pemimpin-Pemimpin Mahasiswa

Pro-Mahasiswa USM (Pro-M USM)

Advertisements
Komen-komen
  1. che mat @ Ketua Aspirasi Universiti berkata:

    Y.A.B. (Yang Amat Berhormat) tu hanya utk PM, TPM, MB n KM…
    harap dapat tingkatkan pengetahuan am.
    salam aspirasi.

    —————-
    Editor SM: Terima kasih atas pembetulan tersebut. Sekian.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s