Universiti dicadang siasat bekas Ketua Aspirasi, Eurwan

Posted: Oktober 20, 2008 in Berita Kampus
Tag:, , , ,

USM Induk | ProM mencadangkan agar Universiti menyiasat suatu kes perlantikkan ‘luar biasa’ seseorang individu yang melibatkan bekas-bekas Ketua Aspirasi Universiti di sini.

Menurut sumber dalaman BHEP, terdapat seorang staff junior yang bernama En. Eurwan akan dilantik ke jawatan Ketua Penolong Pendaftar walaupun baru menjawat jawatan lamanya kurang dari 5 tahun.

Sebelum ini, beliau hanya Penolong Berdaftar di BHEP tersebut.

Belakangan ini, beliau kerap tidak ke pejabat.

Ada sumber mengatakan beliau asyik berulang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri Mesyuarat Politik antara UMNO dan Aspirasi-Aspirasi peringkat nasional.

Sumber lain pula memaklumkan bahawa segelintir staff di BHEP agak tidak selesa atas signing once tersebut kerana perlantikan tersebut tidak melalui format termuduga Universiti, sebaliknya melalui pengaruh politik pihak-pihak ‘tertentu’.

Sumber tersebut juga meragui tentang kemampuan En. Eurwan yang boleh memiliki kereta Vios baru, walhal gaji bulanannya yang ‘kecil’ adalah mustahil berbuat demikian.

PIhak kami (SM) telahpun mengetengahkan salinan kepada ProM USM.

Mereka sedang meneliti kes perlantikan ini dan bercadang untuk melaporkan kes tersebut kepada Biro Pengaduan Awam (BPA) Jabatan Perdana Menteri dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) sendiri setelah bukti dan dokumen lanjut selesai dikumpulkan.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada staff BHEP yang menyalurkan beberapa dokumen sivil berhubung isu ini. Pihak kami akan menyiasat kes ini sesahih mungkin.

Pihak berwajib yang mempunyai informasi lanjut dialu-alukan untuk membantu kami. Sila emailkan sebarang info kepada Meja Editor kami, reform.aspirasi@gmail.com.

Advertisements
Komen-komen
  1. pro A.M USM berkata:

    Wah, wah, wah semakin hebat nampaknya promusm ni ye. Mcm polis pulak. Apa hak awak sampai nak menyiasat ke tahap itu?
    Kalo betul lah apa yang dikata, teruslah buat laporan polis. Ada BERANI?

    ——————-
    Editor SM: Sebelum membuat laporan, tentulah perlu saksi dan bukti. Bukti dan saksi tidak turun dari langitlah, perlu usaha. Kalau nak jadi pemberani, biarlah pemberani yang intelek. Kalau nak jadi pengkritik, janganlah menjadi pengkritik yang emosianal mcm Sdr. di atas ini. Sekian.

  2. Anak Muda Reform berkata:

    weh, aku cadangkan Pro-M USM bawa masuk Audit Negara, semak akaun universiti, kolej2 (desa2), projek2..bukan ape, sahabat aku sewaktu menghadiri majlis PKAUM (persatuan kakitangan akademik universiti malaya), perasminya Ketua Audit Negara, die kate ada mendengar penyelewengan dan ketirisan dalam kewangan UM, nak jemput ke universiti boleh je..memang setiap agensi ada juruaudit dalaman, tapi sebagai check n balance, telus, jemput audit luar sekali..kalu tak salah, tak perlu takut..

    pengerusi GERAK, nazrey yunos, bekas Presiden PMIUM, menta bantuan daripadanya..ataupun, minta bantuan daripada pengerusi GERAK MAHASISWA, saudara faridzul…bagi tekana daripada luar…tapi lagi baik, dokumentasikan kesalahan ini..

    ko wat aduan kepada BPR, mula2 sekali korang kena siasat..pelik sikit malaysia ni..tapi gunakan saluran sedia ada..kalu tak dilayan, taula nak ajar macam mane kerajaan nih..

    universiti APEX, jangan akut kebebasan lebih luas, dan NC perlu lebih terbuka jika nak mencapai indicator APEX dan universiti bertaraf antarabangsa..

  3. orang lama berkata:

    tahniah pro m.
    kamu semua memang hebat.
    terutamanya dalam menyebar fitnah.
    kalau tak tahu perkara itu betul atau tidak.
    kenapa disebar-sebarkan?
    siasat secara terperinci dahulu.
    jangan suka buka aib antara kita.
    nanti Allah akan buka aib yang lagi besar kepada kamu.
    ini bukan perjuangan pelajar u lagi.
    pro m tak releven di usm.
    Aspirasi the best.
    banyak tolong student.
    bukan macam pro m.
    asyik peningkan student. tipu student. dan hasut student.
    semoga Allah merahmati kita semua.
    amin.

  4. orang lama berkata:

    satu perkara lagi.
    editor bersikap tidak adil dan rasional.
    nak jadi editor, kena pandai kawal emosi dan tak boleh berat sebelah. sampah dan sangat lemah pengendalian web ini. sekali lagi, semoga Allah merahmati kita semua. amin

    ——————–
    SM Editor: Adakah kamu beremosianal? Terima kasih atas aspresi Sdr. ini. Sekian

  5. sayaanakmalaysia berkata:

    nak pakai vios ka si eruwan nie?? gila ahhhh…..

    korang proM nie tak da keje lain ka? g study la weh….nak exam dah…

  6. me de O'mata berkata:

    semakin mantap nampak nya proM ni sekarang.btol la dh mcm polis.kesian si eruwan tu baru pakai vios dah ada org yg mula dengki dgn die.apa nak heran pgawai dgn gred gaji N41 mmg layak la die pakai kete tu.lagi pun die bukan ada anak bini yang nak di tanggung..dah la ni pn byk kdai kete wat promosi yg murah2 x heran la sape2 pn leh pkai kete yg cantik2.

    kalo mcm tu la sya nak duk tnya la mcmne la ada student2 yg mampu duk sewa kat luar umah yg mahal2 kat area penang ni?siap ada kediaman rasmi lg tu?mampukah?

  7. jiwa PROM berkata:

    sedara ni paham ke tak paham sabarlah ni skang tgh kumpul bukti……………

    awat hang ni peminat no.1 encik eurwan tu ka……..

    kalut…………………….

  8. lanun@usm berkata:

    saya mewakili lanun2 sedunia yg bertapak d bumi USM menyokong PENUH usaha ProM ini agar siasatan dilakukan ke atas sebarang individu bukan sahaja Mr Eruwan yg dinyatakan d atas, bahkan individu2 lain yg dilihat ada unsur2 ketidakbersihan dalam melakukan etika kerja di Jabatan Perkhidmatan Awam..
    Tahniah ProM!!!

  9. jiwa PROM berkata:

    ASPIRASI perkataan bagus tapi pak turut dalam tu yang hancurkan nama tu kesian……………….

    tak ubah macam umno………………………kesiannnnnnnnnnn

    DAH LA BODOH SOMBONG ………………………
    TAK PAHAM KER………………………………

    ——————-
    Editor SM: Plz mind ur words. Kami (SM) akan blacklist jika komentar seumpama ini dilontar lagi. Sekian.

  10. promusm berkata:

    P/S Editor SM : me de O’mata dan Muslim adalah cybertroopers yang sama kerana iD masing-masing adalah 219.93.152.34. Moga-moga semua pihak boleh melihat cybertroopers tersebut dan kami (SM)

  11. Insan Biasa berkata:

    Pakai kereta vios pun boleh jadi isu, lain la kalu pakai bmw, mercedes benz. Tapi bagus jgak kalau siasat akaun universiti, desa, projek dsb. Dapat jgak student tahu duit2 yang digunakan untuk tujuan apa. Tp masalahnya, student akan dpt ke smua maklumat tersebut nnt.

  12. Soalan: ada ke penjawat jawatan gred 41 nak dilompatkan terus ke gred 48@52 secara terus???pakai akal la sikit…takkan mungkin lah..ni gomen punya hal..ada susur galurnya…jangan main tuduh2 jer ..mana korang dapat berite ni eh???boleh bagi bukti tak????macam salinan tawaran ke, aper ker???
    kata kat eruwan pegawai junior…..
    sedar la sikit ko tu lagi junior dari dia….
    baru tengok langit dah mula lupa tempat berpijak…
    (tapikan, kalau la dia naik….mana nak letak En. Nazru Ria tu????)

    nak tahu mana irwan pegi??? g la rujuk jadual kehadiran dia kat pejabat…sumer ada…..

    naik pangkat sebab pengaruh politik orang tertentu????SIAPA eh????nak g mintak tolong ejas la jugak biar dapat posting sekolah sebelah rumah kat kampung….

    takat pakai VIOS tu saya tak heran la sangat….lain la kalau dia pakai BMW 5 siries keatas….memang muskill….keta dah murah skang ni….lagi pun bolehg hutang….. kalau bayar CASH…..Terkejut la jugak teman…

    TAPI KANNNNN……….
    KALAU YE LA BERITA NI…
    DENGAN SEGALA HORMATNYA….SAYA NAK UCAPKAN TAHNIAH SANGAT2 KAT SAUDARA ERUWAN….
    BRAVO BRO…………….

  13. remaja berkata:

    semoga kita berlapang dada memberi peluang kepada mereka yg terasa ingin membuka kebenaran dan moga2 kita dapat memaafkan org yg terlanjur melakukan kesalahan..tidak kira kesalahan yg dilakukan dari mana2 pihak..mgkin kesedaran akan menyusul jua…jika bgtu moga kita akan dikatakan umat bersatu demi agama.

  14. jiwa PROM berkata:

    tapi perkara mcm ni tak pelik dalam kerajaan………..

    aku ada dgr satu kes di sebuah jabatan pelajaran yang mana seorang guru perempuan baru sahaja berkhidmat 4 tahun terus dapat dg 44 ke 52 aku tak pastila pasal dg2 ni yang pnting tangga gaji tu tinggi…………………………… ni citer betul sb sumber yang memberitahu ni adalh org yang boleh dipercayai……………………………..

    ala apa nak heran ni perkara biasa la
    kalu tak mcm mn sesetengah kroni kerajaan tiba2 jadi kaya

    em ni adat negara kita yang harus dihapuskan…………… so jgn la pelik sekiranya encik erwan naik jadik TNC sklipun
    yang penting kita harapkan balasan yang setimpalnya pada
    orang yang tidak jujur

    salam perjuangan

  15. penunggu dtsp berkata:

    mcm mana ehk korg ni leh trus wat fitnah camtu… selagi bukti lum cukup… selagi tiada yang berani utk tampil sebagai saksi… mana boleh korg trus cakap benda ni… tu fitnah namanya… walaupun korg boleh cakap semua tu masih lagi dalam siasatan tetapi dari gaya korg bercakap seolah2 mmg betul en. eruwan tu dapat wat salah… tak ke apa yang korg wat tu fitnah… x paham betul la korg nie… wat apa nak kecoh2 kalau korg rasa betul apa yg en eruwan tu wat selagi korg x pasti lagi… lagi pun korg dgr sebelah pihak jer… apa kata korg tanya en eruwan sendiri… baru adil.. ni x… dgr sebelah pihak jer trus tabur fitnah… cepat betul korg melatah… apa kes… kalau siasatan dah habis gtau kitorg ehk… sbb yang salah mesti di bawa ke muka pengadilan..

    ————–
    SM Editor: Kami hanya melaporkan berita berdasarkan sumber ‘orang dalam’ BHEP sendiri. Harap maklum.

  16. otai_usm berkata:

    salam..bro……….
    VIOS punya citer ni…….
    korg semua xde keja ker???????
    ikut dia la nk pakai kereta apa pun….dia nk guna kapal terbang ke…i2 dia punya pasal…..yg korg dk sibuk2 ni apa kes!!!!!!!…klu ada dengar PMI @ persatuan Islam lebih kurang..mesti pandai agama…..habis yg dk mengata org 2 apa pasal????hahahahahaha…….malaikat ada kanan n kiri…Biar Allah la menentukan…….salam dr otai_usm…….xpuas hati mari cr la……bro……
    HIDUP GENG’S USM….

  17. otai_usm berkata:

    salam dri..otai_usm…..
    apa perkembangan PMI skg ni??????
    ke asik duk mgata org jer………
    …………..
    otai_usm ingin menyelami PMI & Pro-M…..

  18. evana_carl zafran berkata:

    slm…saya ex- student usm…saya kenal betul dengan eruwan tue…dari zaman sekolah lagi….en.eruwan mempunyai bakat dalam kepimpinan…seorg pemidato yang handal….sopan dalam percakapan…antara kebanggaaan anak2 kelantan di usm…sya rasa…adalah satu kesilapan kita menuduh org tanpa usul periksa atau tanpa sebarang bukti..kita tunggu dulu hasil siasatan…pasal vios…saya tak heran org yg bergaji N41 boleh dapat beli kete tue…sya dah 3 tahun mengajar…DG41..sekarang pakai keta toyota camry…gaji 3k keatas…layak pakai keta mcm nie..inikan dia..betul tak??
    saya taknak menyebelahi sesiapa …cuma berharap dia tidak bersalah…kepada sesiapa yg menuduh tue jgn cemburukan org lain..kita sndiri kena berusaha untuk dptkan kejayaan…wslm…terlajak perahu dapat diundur…terlajak kata ..buruk padahnya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s