Mahasiswa diseru berani dan rasional persoal Perlembagaan

Posted: Oktober 20, 2008 in Berita Kampus
Tag:, , , , , , ,

Minden Height | ProM USM menyeru semua pihak dalam kalangan mahasiswa agar berani dan rasional dalam mempersoalkan perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan (PP) Malaysia di sini.

Seruan tersebut dibuat lanjutan amaran oleh Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar agar pemimpin dan ahli BN tidak membincangkan perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan (PP) Malaysia di peringkat nasional hari ini.

Perlembagaan diwujudkan selain menjadi rujukan kepada negara, ia juga wajib dipelajari. Persoalan saya, bagaimana kita (mahasiswa dan rakyat) boleh memahami perkara-perkara yang termaktub dalam PP, kecuali kita terlebih dahulu mempersoalkan perkara-perkara yang kita berasa kurang faham (dan) kurang jelas,” ulas Pengerusi ProM USM, Sdr. Adi Syahid melalui telefon.

Menurut Pengerusi ProM tersebut, perkara-perkara yang termaktub dalam perlembagaan bukan hanya berkaitan special position etnik Melayu, Kedudukan Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu, agama Islam sahaja, malah soal kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun, kebebasan berpersatuan turut dijamin dalam PP Malaysia.

Seruan saya ini (berani mempersoalkan PP) sebenarnya ada rasionalnya. Saya mahu mahasiswa tahu apakah hak-hak mereka yang dijamin oleh perlembagaan. Saya mahu mereka (mahasiswa) tahu bahawa mereka tidak boleh diancam, diugut, ditakut-takutkan dengan propaganda ‘pepecahan’, cauvenisma Melayu dan sebagainya oleh pihak-pihak ‘tertentu’,” tegas Sdr. Adi Syahid lagi

Beliau juga menyatakan hasrat untuk memastikan mahasiswa tahu bahawa AUKU adalah bertentangan dengan hak-hak asasi mahasiswa (manusia) sebagaimana yang dijamin dalam Perlembagaan kita (PP) dan  UDHR 1948 [iaitu Artikal 2 dan Artikel 29(2)].

Perkara 5 (Kebebasan diri), Perkara 7 (Perlindungan di sisi Undang-Undang), Perkara 8 (kesamarataan), Perkara 10 (Kebebasan bercakap, berkumpul dan berpersatuan) dan sebagainya telah dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan (PP) Malaysia.

Perlembagaan ini (PP) adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu.” [rujuk Perkara 4 Undang-Undang Utama Persekutuan, Perlembagaan Persekutuan].

Advertisements
Komen-komen
  1. Anak Muda Reform berkata:

    ulasan yang baik..tapi pandangan aku la..bukan persoalkan, membangkitkan persoalan berhubung perlembagaan..persoalan ini dihujah, dibincangkan, didiskusikan, diwacanakan, diforumkan..selesai perbincangan secara akademik, disebar-luaskan kepada masyarakat kampus terutamanya dan rakyat diluar sana..

    cuma, persoalan yang timbul..jika inilah cadangan pimpinan mahasiswa hari ini, maka forum memeluk agama islam anjuran BAR council di kuala lumpur bagaimana pula??adakah disebabkan isu sensitif, maka tak leh bincang???kita mahasiswa, perlu punya pendirian…

    walaupun dari segi demokrasinya, dan dipelihara haknya dalam menganjurkan forum itu, cuma kelompangannya adalah, panelis yang mewakili islamic site, kurang dan mungkin tidak berautoriti…mengapa tidak dijemput mereka dibidang akademik, mufti2 negeri, bagi aku ini lebih berautoriti…tapi pandangan tok guru nik aziz, agak menarik..mengapa perbincangan menjurus kepada persoalan ISLAM secara direct??kan lebih lunak jika perbincagan itu mengambil item2 yang dipersetujui bersama oleh setiap agama,bincang isu tersebut daripada perspektif agama masing2..just pandangan..

  2. me de O'mata berkata:

    adakah dgn wujudnya laman blog ni kebebasan mahasiswa untuk bersuara terjejas??

    hak bersuara yang mcm mana yang diperlukan oleh mahasiswa??

    adakah bersuara spt berarak di jalanan yg di maksud kan??

    fikir dan renung kan..

  3. jiwa PROM berkata:

    kenapa tak leh ker macam tu………………………
    kadang2 cara macam tu perlu mengajar sesuatu pihak agar faham kehendak mahasiswa…………………….

    tengok HIMPUNAN BERSIH hebat bukan……………………..

    lu pikirlah sendiri……………………………………….

  4. promusm berkata:

    P/S Editor SM : me de O’mata dan Muslim adalah cybertroopers yang sama kerana iD masing-masing adalah 219.93.152.34. Moga-moga semua pihak boleh melihat cybertroopers tersebut dan kami (SM)

  5. me de O'mata berkata:

    mmg tak di nafikan anak muda sekarang banyak yang bersifat radikal & agresif…

    kenapa mahasiswa yang berada di universiti pun perlu nak bersifat ganas di jalanan spt org lain yg kurang berilmu?

    mahasiswa sepatutnya menjadi contoh yang terbaik kepada masyarakat.jauhkan dari unsur keganasan yang boleh menghancurkan diri, negara, bangsa dan juga agama..

    Islam pun mengajar kita untuk bermusyauwarah untuk selesaikan sesuatu masalah.jangan hanya terikut-ikut budaya luar yang hanya mahu tunjukkan KEHEBATAN dan KEPUASAN NAFSU sendiri sahaja..

    Pemimpin yang terbaik adalah seorang yang memimpin kerana kehebatan dan keikhlasan diri bukan pemimpin yang naik kerana kesilapan pemimpin yang lalu yang di jatuhkan..

  6. me de O'mata berkata:

    utk pengetahuan editor SM me de O’mata adalah insan yang lain berbanding insan yang menggunakan nama Muslim..

    tak perlu lah nak hebahkan siapa saya kerana saya berjuang berdasarkan fakta dan kebenaran…

    harap maklum

    ——————-
    Editor SM: Kami cuba membantu pelawat lain mengenalpasti siapakah pemberi komentar yang genuine dan siapakah cybertroopers. Kami juga berpegang pada fakta dan kebenaran dan sama sekali tidak gemar dengan prilaku cybertroopers. Harap maklum juga.

  7. me de O'mata berkata:

    adakah kerana saya tidak sependapat dgn pihak proM maka Editor SM hendak mendedahkan siapa pemberi komentar?

    Jika ketelusan yg di perjuangkan saya rasa editor proM tidak berlaku adil kepada pemberi komentar di sini.Jika nak didedahkan IP perlu lah di dedahkan semua pemberi komentar.

    Harapan saya laman blog ini yang semestinya melibatkan kos kewangan yg tinggi bagi seorang pelajar utk menyelianya berlaku adil dan tidak menuduh sesiapa sahaja yang bebas memberi komentar untuk menyatakan pandangan dan pendapat.

  8. Anak Muda Reform berkata:

    yang penting hang penakut…

  9. Pot pet berkata:

    hikhik aku meminjam komen StudentUM tahun akhir di laman mahasiswakini.com ja… jangan tuju kat aku lak..

    ……………………………………

    hmmm… Anda memandang harmoni yang sebigini… betul sekarang ini harmoni tetapi masyarakat sekarang dahagakan harmoni yang betul2 harmoni yakni keselamatan yang terjamin, tiada salah laku pentadbiran, kecurian yang mengecil jumlahnya, tiada rogol dan zina di samping kita berwaspada setiap perbuatan…

    jika encik nak tahu harmoni sebegini tercatat sebagai fakta dalam sejarah… di bawah pemerintahan Umar Ibnu Aziz selama empat tahun statistik orang yang mencuri dipotong tangan hanya sekitar 20 hingga 30 orang sahaja. baginda mengamalkan hukuman Allah dalam pemerintahan dan menghukum dengan hukuman hudud kepada pesalah. jangan saudara menganggap bilangan rakyatnya kecil, beliau memimpin satu empayar Islam yang besar dan berkembang…

    bukan pada zaman beliau sahaja bahkan ianya menjadi warisan pemerintahan sehingga zaman-zaman pemerintahan Islam yang lain. pernah suatu ketika pemerintah di zaman Abbasiyah melonggarkan hukuman hudud atas sebab-sebab tertentu, statistik jenayah kian mengganas lantas serta merta beliau bertegas semula dengan hukuman hudud maka pengurangan yang mendadak berlaku.

    Saya terfikir di mana solidnya undang-undang ciptaan Lord Reid ini sehingga tidak boleh mempertikaikannya. Lord Reid lebih hebat daripada Allah? kenapa tidak dapat tangani jenayah sedangkan Lord Reid lebih hebat daripada Allah? nauzubillah… secara tidak sedar ia merosakkan aqidah Umat Islam.

  10. Muhammad berkata:

    Plz see on Article 121(1A) etc. in Federation Constitution for Islamic law subject. Thanks!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s