Buka kaunter cetak slip ‘exam’ percuma, ProM disambut

Posted: Oktober 20, 2008 in Berita Kampus
Tag:, , , , , , ,

FOYER DK USM | Atas semangat kebajikan, Unit Sukarelawan ProM telah membuka Kaunter Perkhidmatan Cetak Slip Menduduki Peperiksaan secara percuma seawal jam 10.00 pagi di sini.

Kami melihat aktiviti kebajikan mahasiswa seumpama ini perlu (dibuat). Semester ini, slip peperiksaan hanya boleh didapati melalui akses-cetak dari internet. Sebelum ini, slip tersebut boleh didapati secara langsung dari Dewan Peperiksaan Utama (DUP),” Pengarah Bersama Kaunter Perkhidmatan ProM, Sdri. Siti Hajar Hassan.

Sdri Siti Hajar juga memaklumkan bahawa pihaknya sedang mempertimbang untuk membuka dua tiga kaunter lagi di beberapa Pusat Pengajian dan School lain, sekiranya lebih ramai lagi Sukarelawan sudi turut-serta tambah-tambah pada musim ulangkaji seperti sekarang.

Beliau juga mencadangkan pihak berwajib menyediakan manual mendapatkan slip peperiksaan secara online pada masa akan datang demi memudahkan mahasiswa mencetak slip peperiksaan masing-masing.

Setakat ini, sambutan menggalakkan walaupun sekali sekala wireless terputus. Mahasiswa sanggup bersabar kerana mereka tahu masalah wireless ini dihadapi oleh semua mahasiswa USM,” Pengarah Bersama II Kaunter Perkhidmatan ProM, Sdr. Yap Heng Lung.

Sdr. Heng Lung juga berharap pihak berwajib menilai semula kebolehupayaan sistem wireless Universiti agar mahasiswa mudah mengakses internet dan mencetak slip peperiksaan pada masa hadapan.

ProM juga merakamkan ucapan terima kasih kepada seorang Pensyarah Kanan  yang kebetulan lalu-lalang di sini kerana beliau sudi memberi pinjam broadband celcom sepanjang aktiviti ini berlangsung apabila beliau mendapat tahu Sukarelawan sedang menghadapi masalah teknikal, mengakses internet di sini.

ProM memaklumkan bahawa kaunter perkhidmatan ini akan dibuka sehingga Jumaat minggu ini.

ProM juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak berwajib kerana membenarkan aktiviti sukarelawan ProM ini.

ProM juga mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menempuhi Musim Peperiksaan Akhir Semester. Semoga seluruh mahasiswa memperoleh kecemerlangan kelak. -END

Berita Bergambar

Gambar 1                               Gambar 2

Gambar 3                               Gambar 4

Penjelasan Gambar:

Gambar 1: Kaunter service ProM menerima sambutan yang menggalakkan daripada mahasiswa-mahasiswi.

Gambar 2: Gambar Sukarelawan ProM yang terdiri oleh mahasiswa pelbagai bangsa. Bangsa Melayu ada. Bangsa Cina ada. Bangsa India pun ada. Macam-macam ada kerana ProM menolak politik cauvenisme Melayu.

Gambar 3: Seorang Sukarelawan ProM sedang asyik menjelaskan bagaimanakah untuk mengakses portal Kampus Sejahtera sekiranya seseorang terlupa password kepada seorang pengunjung yang hadir.

Gambar 4: Wireless tiba-tiba down. Sukarelawan ProM cuba menyelesaikan masalah teknikal akses internet sebaik mungkin demi memulihara kebajikan mahasiswa USM.

Advertisements
Komen-komen
  1. lanun@usm berkata:

    Assalamu’alaikum dan Salam Perubahan!!
    TErima kasih kepada ProM kerana membuka kaunter mencetak slip exam secara percuma tadi.

  2. Insan Biasa berkata:

    Bagus, satu aktiviti sukarelwan, kebajikan yang ditunggu2kan oleh proM dan pro2 yang lain jgak.

  3. deus_iblysziah berkata:

    salam..waaaa…sonoknya bebudak induk nieh….kat kejutraan tade ker…??huuaaaa….

  4. LiZaRdboi88 berkata:

    Salam Sejahtera.

    Walaupun perkhidmatan sukarelawan untuk membantu siswa-siswi mencetak slip peperiksaan dengan percuma memang saya segani (kertas dan ink mahal tau, salute salute!) dan saya sendiri merupakan salah satu yang menggunakan perkhidmatan ini, tetapi kewujudan label (kertas saje lar, tapi…) yang bertulis “Pro-Mahasiswa USM” menimbulkan perasaan sangsi dalam mindaku…

    Kewujudan label tersebut menyebabkan saya meragui perkhidmatan ini membawa elemen publisiti untuk menaikkan nama Pro-M dan sekaligus menambahkan peluang untuk mengaut undi dalam PRK yang HANYA akan datang sem depan. Dengan erti kata, kewujudan label tersebut menjejaskan elemen kesukarelawan dalam memberikan perkhidmatan tersebut. Editor Pro-M, tolong jawab dengan ikhlas, wujudkah sedikit sebanyak elemen publisiti dengan kewujudan label tersebut?

    Di samping itu lagi, saya turut merasakan caption pada photo kedua tu tidak sesuai dan kewujudan perkataan M,C dan I seakan-akan berbaur elemen publisiti (sekali lagi) dan memberikan implikasi bahawa kebanyakan kita masih gagal melepaskan diri daripada kongkongan kxxm. Nilai kesukarelawan tidak perlu dilabelkan dengan M,C atau I kerana nilai tersebut bersifat universal.

    tambahan: sebelum sesiapa ingin “menembak” saya dengan label “ASPIRASI!!11”, saya BUKAN penyokong pihak sesiapa pun. Tetapi saya memang jelik dan mual melihat kedua-dua pihak saling melontar tuduhan dan melabelkan diri lebih suci/murni/ikhlas daripada yang lain dan melancarkan kempen secara terang mahupun gelap…dan saya semakin sangsi samaada saya ingin mengundipun dalam PRK akan datang sekiranya kedua-dua pihak gagal menunjukkan nilai dan ketrampilan yang sewajarnya.

    tambahan 2: Gadis yang berbaju pink dalam gambar 4 tu junior saya. Jaga dia dengan baik dan jangan sekali mengajaknya melakukan tindakan yang membelakangi peraturan universiti.

    tambahan 3: wah panjangnya saya tulis!

    …dan pemerhatian saya diteruskan…dan kepada semua: jangan berbahas tanpa isi/mengekspoitasi/mengambil kesempatan terhadap point yang saya ketengahkan di sini. Ia hanya akan menunjukkan tahap pemikiran anda.

    ———————
    Editor SM: Terima kasih atas komentar di atas. Nama pun komentar, jadi memang menjadi tempat memberi komen asalkan beretika. Kenapa perlu bimbang mengambil risiko dikomen balas.

    Soal tuduh menuduh ini, lebih baik kita menghayati falsafah media. Kami (SM) bimbang kenyataan Sdr. ini disebabkan konseptual media yg tidak jelas atau persepsi simplistik Sdr. semata-mata.

    ProM wajib jujur memperkenalkan siapa diri mereka dan apa orientasi mereka agar mahasiswa kenal mereka dan tidak curiga dengan aktivitisme mereka. Sdr. pun kalau nak berkawan atau mendapatkan satu2 pertolongan secara semula jadi juga tentu mahu mengetahui siapa kawan atau pemberi pertolongan terseut. Itu fitrah manusia, inkuiri. Perkenalan pintu persahabatan…kami memberi pandangan juga untuk melihat sejauhmana tahap pemikiran pelawat-pelawat kami. Sekian.

  5. reform anak muda berkata:

    salam.hmm… tapi niat kena betul lillahi Taala.. niat kerana nak bantu orang, bukanya nak dapatkan populariti..

    ——————
    Salam juga. SM wajib jujur memperkenalkan siapa mereka dan apakah orientasi pergerakan mereka agar mahasiswa tidak mencurigai keberadaan mereka ini. Perkenalan pintu perjuangan…

  6. Insan Biasa berkata:

    ada lagi ke perkhidmatan print slip exam tue???
    Jika buat secara ikhlas, lillahi taala, tanpa mahu sebarang publisiti lagi diberkati olehNya.
    Wassalam

  7. Insan Biasa berkata:

    Ada lagi ke perkhidmatan print slip exam tu???
    Jika buat sesuatu kebaikan secara ikhlas tanpa mengharap balasan, tanpa wujudnya sebarang elemen publisiti akan lebih diberkati olehNya. Kita tengok kalau yang betul2 ikhlas, mereka just tulis Hamba Allah.

    Tak Sokong Mana2 Pihak

  8. HArizaM berkata:

    SALAM, sape kita untuk menilai keikhlasan individu atau pihak2 tertentu, keikhlasan itu seperti semut hitam diatas batu yg hitam.. syabas buat ProM atas inisiatif membuka kaunter tersebut, pertolongan yg sedikit itu memberi byk makna pada pelajar2 USM…..

  9. jiwa PROM berkata:

    ala kalu keng aspirasi kalu boleh satu malaya ni nak canang tak soal la plakkan ? so orang nak buat baik apa salhnya juga turut memperkenalkan diri……………………………….

  10. deus_iblysziah berkata:

    op..op…benda baik,dibalas baik~~~ hehehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s