USM terkejut, Khatib bukan Ketua Aspirasi

Posted: Oktober 17, 2008 in Berita Kampus
Tag:, , , ,

PUSAT ISLAM USM | Mahasiswa terkejut apabila Khatib yang membaca khutbah jumaat hari ini bukanlah Ketua Aspirasi, Sdr. Muhammad Sukri Ibrahim a.k.a Che Mat.

Menurut sumber berwajib, pertukaran Khatib pada saat-saat akhir ini berpunca oleh masalah teknikal yang melibatkan beberapa pihak.

Sumber sahih tersebut juga enggan mengulas mengapa Sdr. Che Mat tidak naik ke Mimbar Khatib di sini.

Wartawan kami yang berada di sini seawal 12.40 petang untuk membuat liputan langsung Khutbah Che Mat tersebut turut melaporkan bahawa kebanyakan mahasiswa yang ditemui mengetahui bahawa Che Mat akan memberi Khutbah Jumaat hari ini di sini.

Pihak kami akan cuba mendapatkan respon lanjut dari Che Mat dan pihak Aspirasi berhubung masalah teknikal dan salah faham tersebut.

Khutbah Jumaat hari ini disampaikan oleh al-fadhil Ustaz Amiruddin, staff Bahagian Pendaftaran di Bangunan Chanselori.

Tajuk Khutbah Jumaat hari ini adalah ‘Keruntuhan Ekonomi Global dan Ke Arah Sistem Ekonomi Islam‘.

ProM melahirkan rasa simpati atas apa yang berlaku. Semoga Sdr. Che Mat atau pemimpin-pemimpin Aspirasi yang lain akan diberi peluang pada masa-masa hadapan -END

Advertisements
Komen-komen
  1. pro A.M USM berkata:

    Wahai repoter yang budiman, kalo betul la che mat tu dijemput baca khutbah, sila buktikan dengan sahih bukti che mat dijemput menyampaikan khutbah. Jangan pandai nak buat cerita dan tabur fitnah sana sini. Kata Islam tapi suka fitnah dan reka cerita yang bukan2 ni apa dia?

    Tok Guru ajar macam tu ke?

    Saya minta sdr reporter tunjukkan bukti kepada kami surat jemputan ke apa ke dari Pusat Islam USM bahawa mereka secara sah dan rasmi telah menjemput Che Mat.

  2. promusm berkata:

    Kami (SM) cuba menjadi media yang berani dan bebas. Kami juga ada etika kewartawanan. Salah satunya melaporkan berita sekadar yang dikhabarkan. Jika informer meminta kami rahsiakan peribadi mereka, kami wajib pertahankan etika kami.

    Janganlah emosi sehingga merapu dan mengaitkan dengan pihak-pihak lain.

    Walau bagaimanapun, Kami boleh temui dan perdengarkan bukti tersebut kepada Sdr. jika Sdr. sudi.

    Kami masih ada rakaman MP3, SMS dan pengenalan diri informer tersebut.

    Kami boleh perdengarkan kepada Sdr. sahaja sebagai bukti supaya emosi Sdr. kembali stabil.

    Sdr. boleh emailkan terus di mana kita boleh bertemu, reform.aspirasi@gmail.com Jangan bimbang, email kami sentiasa disemak.

    Kalau boleh, beri email Sdr., boleh kita berhubung secara langsung. Sekian.

  3. ukhti serikandi berkata:

    assalamualaikum..
    sy agak terkilan dengan artikel yang dikeluarkan oleh promahasiswa..saya ingatkan sumber berita dari blog ini boleh diguna pakai..tetapi ada juga artikel berbaur fitnah..sy rasa sgt2 kesal..saya tidak mahu memberitahu apa hukumnya memfitnah org kerana saya yakin dan percaya, anda lebih arif dalam selok belok agama..tetapi apa y berlaku pada hari ini, telah menjatuhkan maruah seorang hamba Allah..adakah ini satu motif politik dari pihak anda..sungguh memalukan..ianya mencalar imej mahasiswa..jelas apay anda perjuangkan tidak seiring dgn moto y dijunjung..bertindak seolah2 mewakili suara mahasiswa tapi dalam masa y sama menjatuhkan maruah mahasiswa lain..sy sgt kesal dgn tidakan pihak anda..usahlah bermain politik seperti itu..sy rasa anda perlu membaca artikal y pihak anda tulis berkaitan politik org gila dan org gila politik..harap jgn hanya pandai berkata2 tapi tidak mengamalkan..

    maaf andai sy terkasar bahasa..

  4. MPP AZAHARI berkata:

    Assalamualakum.
    ape la yg nak dikisahkan dgn hal khatib nie….
    buat dono jea ape salahnye….Setiap yang berlaku dah mmg ditentukan oleh ALLAH SWT… tak kisah saper2 pn yang baca khutbah… yang penting kita mendengar, amalkan yang baik dan sampaikan kebaikan tersebut kepada orang lain…. barulah dapat hakikat ilmu…. Sesungguhnya kejayaan seseorang manusia adalah di dalam agama..sejauh mana taat perintah ALLAH SWT dan ikut sunnah RASULULLAH SAW…InsyaALLAH sm2 bina iman. Wallahualam.

    —————
    EDITOR SM: Waalaikummussalam. Ini pandangan yang kami tunggu2kan. Kami (SM) sekadar melaporkan berita sahih sahaja. Tidak perlulah diemosianal2kan. Terima kasih atas nasihat dan pandangan Sdr. Sekian.

  5. MPP AZAHARI berkata:

    maaf di ats perkataan “Assalamualaikum”… nobodys perfect.. 😉

  6. promusm berkata:

    Buat Ukhti Serikandi,
    Terima kasih atas pandangan tersebut. Ini respon kami pula.

    Sdr. di atas ini cuba bersikap lebih sudu dari kuah. Sdr. mempertikai kredibiliti kami, padahal Sdr. sendiri bukanlah orang yang jujur.

    Untuk pengetahuan Sdr., sbb ape kami menggunakan aplikasi wordpress, tidak blogspot. Salah satu sebabnya, wordpress boleh mengenalpasti identiti pelayar dan cybertroopers sendiri, melalui IP. IP tidak boleh disembunyikan. Inilah kelebihan wordpress dan kemahiran kami sebagai MEJA EDITOR.

    Kami boleh meragui komentar pelayar-pelayar kami melalui iP. iP sdr. adalah 202.170.56.251 (nasihat: jangan ‘hacker’ pula PC cybertroopers di atas ini)

    selain menggunakan nickname ‘Ukhti Serikandi’, Sdr. juga mempunyai samaran yang lain secara tidak etika dan tidak jujur – (1)gadis, (2)penunggu dstp, (3)Che Mat @Ketua Aspirasi.

    Sdr. juga cuba tidak jujur dan menyamar dengan pelbagai email – (1)sukeryedayu@yahoo.comm (2)park_jay_ya@yahoo.com, (3)farah_rafhana17@yahoo.com dll.

    Sdr. tidak pernah jujur dalam memberi pandangan kepada blog kami, takkan kami perlu melayan emosianal Sdr. di atas ini.

    Kami malaslah nak tuduh Sdr. Aspirasi ke, Che Mat ke kerana itu tidak rasional. Cukuplah saya menganggap Sdr. ini ahli politik ‘orang gila’ a.k.a pihak-pihak ‘tertentu’.

    Kata Hamzah Fansuri, “kebodohan itu hanya boleh diajar, dan manakala keangkuhan itu hanya boleh DICABAR!…” Saya memaklumkan bahawa iP Sdr. akan diblacklist sebab tidak beretika!

    Sekian. Macam ceramah lah pulak…hehehe

    ::MEJA EDITOR::

  7. MPP AZAHARI berkata:

    selamat berjuang untuk kalian……..

  8. Yoges berkata:

    Hahaha. Thanks a lot laaa to u, Chief! U re so pro. Firstly, i think ur side try to damege Aspirasi via propaganda, no no no! ‘black propaganda’, right. i looked wrong yeah.

    Hahaha. To ‘somebody’ (sorry, use ur word), plz don’t be stupid cybertroopers laaa. We re Apex society, plz be ethic. Good explaination, Chief Editor!

  9. jiwa PROM berkata:

    tu la tuduh orang buat fitnah tengok kan dah kena….. tu baru cakap balasan kt akhirat tak tau lagi so manusia yang guna banyak id tu pikirlah elok2 ek………………

    ingat kita bukan tau bila kita mati hehehheehehehehehh hidup PROM

  10. Anak Muda Reform berkata:

    ini bukan soal buat fitnah ke tak…die dapat berita, salah ke sebarkan, supaya mahasiswa boleh datang, ini macam iklan la..yang penting hang memang penakutla…takut nak tampil pemimpin yang boleh berdepan dengan pengikut..

    cuma pada pihak pro-m usm, islam ajar kita, apabila datang satu berita daripada org fasiq, maka hendaklah kamu semak..so, kalu ada hitam-putih lagi baik..ni kalu nak jadikan blog nih sebagai medan media @ berita..

    tapi kalu nak jadikan sebagai medan propaganda, teruskan..nih medan perang, ape org nak kate, kate lah..sape smart die menang..ada yang nak komen, baca siroh dulu..cari maklumat tentang nuaim dan huzaifah al-yamani..ok..

    ——————-
    P/S Meja Editor: Buat masa ini, cukuplah kami menjadi media massa buat mahasiswa. Lagipun, kami masih baru dalam arena media. Sila beri tunjuk ajar jika kami tidak beretika. Sekian, terima kasih.

  11. lanun@usm berkata:

    Assalamu’alaikum… walaupun sy ni lanun, tp sy TETAP menyokong perjuangan yg dibawa oleh ProM USM… Syabas.. Jangan takut utk melaporkan sbrng BERITA…

  12. Penyokong berkata:

    macam- macam lah jadik bila dah dekat- dekat nak PRK ni…nak tanya sikit…agak- agak…dapat buktikan ke yang korang betul- betul boleh bekerja bila dah dapat kuasa pentadbiran nanti???Jangan gunakan nama mahasiswa untuk meraih undi…atau dalam erti kata lain…jangan gunakan mahasiswa untuk kepentingan diri sendiri…teguran untuk renungan….

  13. Najib USMKKj berkata:

    Salam tuan penyokong.. teruskan sokongan anda… erm bagaimana ingin dibuktikan jika peluang belum di beri??…

    Harapnya mahasiswa mampu membuat keputusan untuk kebajikan mahasiswa dan bukan sekadar menjadi pak turut…

    I’syaAllah Pro Mahasiswa tidak ada apa2 kepentinganpun jika menang selepas ini… kerana harapan kami bukan ingin menjadi sekadar orang ‘gila politik’… lebih dari itu ingin mengembalikan kepimpinan pelajar daripada cengkaman politik ‘orang gila’….

  14. che mat @ Ketua Aspirasi Universiti berkata:

    Assalamualaikum

    Salam Aspirasi

    Memang betul saya yang akan membaca khutbah pada hari jumaat lepas. tetapi pada minggu terebut, saya terpaksa hadir ke satu mesyuarat PANEL penasihat perpaduan negara. kepada editor PM, carilah isu lain yang lebih akademik. kenapalah suka popularkan isu saya. BTW tq la cz tolong promosi saya.

    salam aspirasi.

    ———————
    P/S Editor SM: Walaikummussalam. Tugas wartawan adalah melaporkan berita. Cuba lihat dalam akbar, pelbagai berita dilaporkan, pencapaian manusia, kemalangan, pengajaran, wawancara, wacana akademik, hiburan dll dilaporkan. Sdr diajak memahami falsafah akhbar supaya tidak keliru. Sekian.

  15. jiwa PROM berkata:

    cuba bagi dulu baru tahu boleh buat atau takleh buat…..

    tengok la negeri2 yang baru pakatan rakyat menang……
    orang yang dengki kata tak leh maju…………….

    tapi skang dah ok kan rakyat dah leh terima……………..

    macam tu lajugak kat sini bagi dulu………….. baru komen

    hanya menyatakan pendapat

  16. penunggu dtsp berkata:

    assalamualaikum…
    tdi saya x perasan yang membaca khutbah tu adalah che mat… serius… mula2 saya ingat adalah orang yang biasa membaca khutbah (maaf, saya x tau nama)… tetapi bila saya lihat siapa yang berdiri di atas mimbar tu adalah che mat, saya terkejut… bukan semua orang boleh bercakap mcm tu… kalau saya dah ketar lutut da… bukan semua orang ada keberanian dalam menyampaikan sesuatu apatah lagi sesuatu yang boleh dikatakan berat dan semua orang mendengarnya… kalau kita nak bandingkan ilmu agama yang kita ada dan dengan hanya sedikit sahaja bekalan ilmu tersebut untuk bercakap… memang memerlukan keberanian yang tinggi… pape pun saya nak lihat lagi bukan sahaja ydpmpp yang boleh berkhutbah tetapi semua pemimpin2 pelajar yang ada di USM ni berkhutbah… tingkatkan keyakinan diri untuk berdakwah… bukan saya berat sebelah tetepi saya seronok jika kita sebagai pelajar menjadi orang depan dalam menyampaikan dakwah… nanti jumaat yang mendatang harap2 ada orang lain yang membaca khutbah ehk… saya tunggu…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s