‘Ros puteh, pakaian hitam’ unik, USM puji 500 siswa

Posted: Oktober 17, 2008 in Berita Kampus
Tag:, , , , , , , , , , ,

MINDEN HEIGHT | ProM USM merakamkan ucapan tahniah kepada lebih 500 mahasiswa Malaysia IPTA-IPTA Lembah Klang kerana berjaya mendorong Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Dato’ Seri Khaleed Nordin menerima dan berjanji menjawab segala tuntutan dalam Memorandum PRK 2008 pada Isnin depan; di Karnival Kerjaya Kebangsaan 2008, UKM Bangi lewat jam 4.00 petang tadi. klik

Saya kagum dengan inisiatif unik (oleh) mereka. (Mereka) berpakaian serba hitam, (mungkin) melambangkan kegelitaan demokrasi kampus. (Mereka) masing-masing membawa sekuntum ros puteh, (mungkin melambangkan) tanda tuntutan keamanan untuk demokrasi kampus…,” puji Pengerusi ProM USM, Sdr. Adi Syahid.

USM turut menjelaskan bahawa tindakan membawa bunga ros puteh tersebut mengingatkannya pada perjuangan mahasiswa dan rakyat  di Iran dalam menentang kezaliman Rejim Syah Iran pada era 1970an lampau.

USM juga melahirkan rasa kesal atas kekasaran Pegawai Keselamatan UKM ke atas aktivis mahasiswa, Ahmad Farid, 24.

Saya berpandangan (tindakan mahasiswa) membuat laporan tersebut (kes Ahmad Farid dipukul oleh Pegawai Keselamatan USM) di Balai Polis Kajang adalah tidak memadai…

…Kita (mahasiswa) sepatutnya mempertimbangkan untuk dokumentasi kes-kes seumpama ini secara sivil, berpusat dan kemudiannya dihantar ke badan-badan hak asasi, institut-institut perundangan dan Universiti-Universiti terkemuka di peringkat antarabangsa…

…jika (perbuatan) itu boleh menyebabkan pihak berwajib berasa malu, kembali insaf dan sedar (tentang fungsi Universiti),” respon Sdr. Adi Syahid lagi.

Perhimpunan aman yang dikenali sebagai Ops.Desak tersebut telah dikoordinasi oleh beberapa pertubuhan nasional seperti Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Barisan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) serta beberapa pertubuhan lain.

Perhimpunan tersebut telah disertai oleh mahasiswa pelbagai IPT – UKM, UiAM, UPM, UM dan beberapa Kolej Universiti di sekitar Lembah Klang.

ProM di sini secara peribadi juga berharap kegelitaan demokrasi di beberapa Universiti di Malaysia tidak lagi berlaku di USM dalam PRK akan datang kerana kampus kita (mahasiswa) adalah Kampus Sejahtera dan dianugerahkan Apex oleh pemerintah.

Kenyataan media ProM ini disampaikan selepas tamat Bengkel Draf Perjanjian Persefahaman (MoU)  Pertubuhan Universiti Sempena PRK USM kali ke-3, pada lewat jam 7 malam tadi di sini -END

Advertisements
Komen-komen
  1. Anak Muda Reform berkata:

    kesalahan dalam menyampaikan fakta sering berlaku, jangan jadi macam utusan malaysia..BBMN bukan barisan bertindak mahasiswa utara, tapi Barisan Bertindak Mahasiswa Negara, GBMU pula, Gabungan Bertindak Mahasiswa Utara…berhati2 dalam penulisan, supaya penulisan lebih bermutu…

  2. Najib USMKKj berkata:

    Salam’alaik sahabat2 ProM kampus USM induk… erm nampaknya kampus2 lembah kelang sudah begitu laju hayunannya… bagaimana kita di utara??

    Sekadar berblog2an??…

    Namun begitu.. tahniah juga atas suara rasmi Pro mahasiswa ini… mahasiswa kekurangan medium yang bebas!!

  3. promusm berkata:

    Terima kasih anak muda reform.

  4. herofelda berkata:

    salam.. mane komen aku……!!!!!!!!!!!

  5. pandang hadapan berkata:

    adakah berdemo menunjukkan sudah maju kehadapan ….. itu menunjukkan tahap mahasiswa yang msih kurang intelektual nya….. so jangan la kita ikut apa yang dilakukan kerana demonstrasi hanya merugikan masa dan membuang tenga anda

  6. jiwa PROM berkata:

    sekiranya cara baik tak dilayan

    kita kena guna cara lain pula yang boleh menyedarkan pihak atasan……………..

    habis hang yang tak demonstrasi jalanan tu cerdik sangat ker……….

    kita berjuang sebab orang dah pijak hak kebebasan kita

    salam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s