politik ‘orang gila’ vs orang ‘gila politik’

Posted: Oktober 16, 2008 in Meja Editor
Tag:, , ,

MEJA EDITOR | Kelmarin, banyak email telah sampai ke Meja Editor. Lebih kurang 21 email. Ada yang menyampaikan hasrat dan sokong. Ada yang meminta info lanjut tentang ProM. Ada yang berkongsi cerita jenaka di kampus. Dan tidak kurang juga yang mencela serta menulis kata-kata lucah dengan tidak segan silu dan bermaruah.

Inilah dilemma kami, wartawan-wartawan Suara Mahasiswa (SM). Kami cuba untuk menjadi suara rasmi ProM USM dalam menyalurkan maklumat alternatif tentang nasional, Universiti dan dunia kemahasiswaan sendiri.

Untuk kali ini, biarlah saya menjawab mengapa SM ini tiba-tiba sahaja muncul dalam kamus kehidupan warga universiti kita.

Ada pihak ‘tertentu’ mentohmah platform kami (Pro Mahasiswa USM a.k.a ProM USM) kononnya ‘gila politik’ dan hanya mahu merampas MPP USM semata-mata; bukannya untuk memulihara hak kebajikan mahasiswa dan bersama-sama Universiti Menjunjung Perubahan.

Termanggu-manggu saya duduk di anjung rumah yang menjadi Bilik Operasi kami di bumi Minden Height ini.

Saya serba salah. Nak menjawab secara rasional dan berpendidikan, dalam hati ini terasa sedikit kurang selesa dengan maki hamun serta kata-kata lucah oleh pihak-pihak ‘tertentu’.

Nak dijawab secara ‘kurang sopan’, tidak sampai hati kerana semua pelawat adalah mad’u (sasaran dakwah).

Memetik kata-kata Ustaz Asyraf bin Mohd Saleh, salah seorang murabbi dakwah Islamiyyah kita di kampus:

…politik ini bolehlah diumpamakan seperti kita buat ‘kenduri’. Kita ajak semua pihak datang kenduri. Jadi, ada yang datang berpakaian sopan dan ada yang tidak.  Macam-macam manusia datang. Kita tidak boleh berkelahi (dalam perkara remeh) kerana ‘kenduri’ terlalu mementingkan soal persaudaraan. Jadi, cukuplah kita berikhtiar pula agar ia menjadi sumbu perjuangan (bagi mereka yang hadir)…”

Merenung kata-kata ‘abang’ saya ini, mengingatkan saya kepada wasiat asy-Syahid Imam Hassan al-Banna, sebagaimana di bawah:

…kita (du’at) umpama pohon pokok yang rendang berbuah. Walau dilempar batu oleh sekalian manusia, kita tetap menghulurkan buah-buah yang lazat dimakan…”

Maka, kami di Bilik Operasi SM ini tidak patutlah beremosi dan wajar lebih profesional. Akhirnya saya dan teman-teman bermusyawarah dan mengambil ‘jalan tengah’.

Salah satunya adalah mengubah fungsi dalam komentar dari fungsi approveable pada must always approve.

Selain itu, ‘Meja Editor’ turut menjadi agen penasihat secara langsung kepada semua pelawat dan cybertroopers supaya semua pihak mendapat manfaat baik dan tidak menyalahgunakan media ini.

Berbalik pada awal tadi – ‘persoalan mengapa SM tiba-tiba muncul?’

Dan – ‘mengapa ProM ‘gila kuasa’ hatta dilihat terlalu bersungguh dalam merampas MPP dalam PRK akan datang?’; maka ini pandangan peribadi saya.

Ada lah sikit-sikit lawyer buruukkk, kata orang Kedah.

Sebenarnya ProM bukanlah orang ‘gila politik’ sebagaimana yang ditohmah oleh pihak-pihak ‘tertentu’, tetapi kami (ProM) ingin mengambil kuasa secara demokratik dari pihak-pihak ‘tertentu’ yang mengamalkan politik ‘orang gila’.

Politik ‘orang gila’ dan orang ‘gila politik’ memang terlalu berbeza – dari segi idealisme, tindakan dan pertimbangan mereka.

Politik ‘orang gila’ ada banyak ragamnya. Antaranya adalah (1)hipokrasi, (2)sedia dibonekakan oleh pihak-pihak ‘tertentu’, (3)tidak bercakap jujur, (4)emosional, (5)suka mengancam kebebasan bersuara dan berpersatuan, (6)menganggap pertandingan dalam pilihanraya adalah suatu bentuk ‘pepecahan’, (7)tidak rela demokrasi kampus sumbur, (8)berideologi cavenism atau extream-nasionalism Melayu, (9)pencapaian akademik yang kurang memberansangkan, (10)berpandangan @ menulis blog atau @ cybertrooping sikit-sikit seperti ‘O.R.A.N.G  G.I.L.A’; dan banyak lagi.

Sebab itu, pihak-pihak ‘tertentu’ yang mempunyai ciri-ciri di atas ini saya rumuskan sebagai – politik ‘orang gila’.

Orang ‘gila politik’ pula secara asasnya adalah golongan yang sedaya-upaya memanfaatkan kebolehan berpolitik demi merampas ‘kuasa’ daripada pihak-pihak ‘tertentu’ yang mengamalkan politik ‘orang gila’.

Orang ‘gila politik’ ini ada banyak – (1)negarawan, (2)politikus kepartian, (3)aktivis politik-sosial, (4)Pensyarah a.k.a dalam sarjana Sains Politik, (5)Bloggers United, (6)Jurnalists, (7)M.A.H.AS.I.S.W.A; dan banyak lagi.

Ciri-ciri mereka juga banyak. Rata-ratanya positif dan amnya mereka ini mahu mengambil kuasa daripada ‘orang gila’.

M.A.H.AS.I.S.W.A umpanya. Selalu ditohmah gilakan kuasa a.k.a dianggap sebagai orang ‘gila politik’.

Walhal, mereka langsung tidak pernah bercita-cita atau haloba mengisi satu-satu tampuk pemerintahan atau ‘kerusi kekuasaan’ seperti Perdana Menteri atau MPP sendiri sebagaimana ‘orang gila‘; walaupun pernah mempunyai ruang dan peluang.

Sebagai contoh, Gerakan Anti-Tunku (Abdul Rahman Putra al-Haj) pada pertengahan 1960an yang dilangsungkan oleh mahasiswa kerana Tunku a.k.a Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu pro-kolonial dan boros dalam menguruskan kekayaan negara. [rujuk Muhammad Abu Bakar (1972), Mahasiswa Menggugat].

Gerakan Anti-Tunku tersebut berjaya mengakibatkan Tunku meletak jawatan.

Mahasiswa langsung tidak mengisi atau melantik pemimpin-pemimpin mereka menjadi Perdana Menteri Malaysia, sebaliknya mereka menyerahkan tampuk pemerintahan negara kepada pihak berwajib secara sopan dan penuh demokratik.

Ini kerana, fungsi mahasiswa yang genuine adalah agent of change, pressure group, independence group, check and balance, catalyst, second opinion leaders dll bagi semua pihak – Kerajaan, Parlimen, Universiti dan Masyarakat.

Persoalan saya, adakah salah kiranya mahasiswa menjadi orang ‘gila politik’ asalkan untuk merampas ‘kekuasaan’ dari pihak-pihak ‘tertentu’ yang mengamalkan politik ‘orang gila’; sebagaimana dalam rekod sejarah di atas?

Di Uniersiti kita (USM) juga ada MPP. Ada pihak mengatakan bahawa sesetengah ahli MPP cuba merencana ‘pembahagian kerusi’ MPP supaya tidak berlangsungnya proses Pilihanraya Kampus (PRK) yang adil, bebas dan demokratik.

Ada pihak lain turut mengatakan bahawa terdapat pihak-pihak ‘tertentu’ sedang mengwar-warkan bahawa kononnya pertandingan dalam PRK akan mengakibatkan ‘pepecahan’ dalam kalangan mahasiswa; dan Apex Universiti pasti gagal direalisasikan jika pihak ‘tertentu’ tersebut tidak lagi menguasai MPP.

Ada pihak yang lain pula mengatakan bahawa dalam PRK ini boleh dilakukan apa sahaja secara ultralitarian, seperti sabotaj banner rasmi suatu persatuan universiti pada minggu lepas oleh pihak-pihak ‘tertentu’.

Semua contoh diatas ini adalah suatu amalan politik yang dilakukan oleh ‘orang gila’ a.k.a politik ‘orang gila’.

Sebab itulah Pro Mahasiswa (ProM) tambil menubuhkan platform sementara agar pemimpin-pemimpin persatuan Universiti yang mempunyai citarasa perubahan dapat bersama-sama menyusun langkah demi mengambil semula kuasa MPP secara PRK yang demokratik daripada pihak-pihak ‘tertentu’ yang mengamalkan politik ‘orang gila’.

Kewujudan Suara Mahasiswa (SM) pun begitu – sebagai lidah rasmi ProM demi memastikan politik ‘orang gila’ tidak lagi mendominasi MPP kita (mahasiswa).

Bersediakah kita Bersama Universiti Menjunjung Perubahan, walaupun bakal ditohmah oleh pihak-pihak ‘tertentu’ sebagai orang ‘gila politik’ di Universiti?

Pilih-pilihlah sama ada untuk berada di pihak politik ‘orang gila’ atau orang ‘gila politik’ (bersama M.A.H.A.S.I.S.W.A yang genuine). -END

Advertisements
Komen-komen
  1. Penyokong berkata:

    nak percaya ke tak nak???sebab rasanya…lebih kurang sama je kedua- duanya…kena cucuk hidung lagi ke???

  2. reform anak muda berkata:

    salam..cukuplah saya katakan orang2 yang menjadi ahli politik ‘orang gila’ sebagai orang yang tidak bertamadun..malah lebih teruk lagi.. seperti sabda Rasulullah s.a.w “celakalah orang2 yang memperbudakkan dirinya dgn wang ringgit, apabila di beri dia suka, apabila tidak diberi, dia gelisah..”

  3. Yoges berkata:

    Hi SM’s members. I agree with u on some point, like politik ‘orang gila’ is so much diference with orang ‘gila politik’. hahaha. Jokes3. But, i’m not agree with u about dakwah @ muslim missionary. All of us must put proM at right place. ProM is a students’ platform, plz don’t make that like muslim society. Islamic missionary is on PMIUSM responsibility and PMIUSM must struggeling for that. Although so, we must put a trifling point outside dan be objectively to progress ‘bersama-sama universiti menjunjung perubahan’. Right?

  4. Anak Muda Reform berkata:

    saya setuju dengan yoges…dakwah2 dalam PMI la, Pro-M ni side politik la..kate pelbagai kaum dan agama..kita bangsa malaysia bro..jangan takut, ISLAM ini sesuai dalam pelbagai keadaan dan situasi..nilai2 ISLAM adalah nilai2 firah manusia, perjuangkan keadilan dan kebenaran, sanggah kezaliman dan kebatilan..ok??

    sape curi name gue tuh??

  5. lanun@usm berkata:

    ProM must be a student platform towards mobilizing the all student movement in this campus….
    “We Unite 4 student agenda”

  6. Flariaz pLAYER berkata:

    The first time i came to hear about campus elections, i was curious and almost excited. I wanted to feel the heat and see the competition. Hey, it’s much fun if there are more competing in the elections. It’s like that saying, the more, the merrier. I sincerely have nothing against democracy in campus, and even in the country itself. Only thing is, i sometimes see that there is something not very democratic going on in campus. Like how other students like these Pro Mahasiswa activists are being sidelined when there should be at least freedom of speech. Hey, USM should have a speakers corner. i heard that we had it once, but now no more…Hmm…why don’t u ProM leaders try fighting for it huh?That would be it. Freedom of speech. And democracy. That’s my vote.

  7. flariaz Player berkata:

    I vote for democracy! and freedom of speech. USM should have a speaker’s corner. Why dont the ProM leaders fight for that. That should be it. So everyone can see and listen. Which leader can truly lead. And which leader can only speak of things planted in their minds. hahehaheha. I want to see some action in campus. Come on..Gimme more action. Speaker’S cORner, ok? Then only can students eveluate. Student power! That’s the ‘in thing’ now..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s