‘Notis 24j’ UPM, USM ucap takziah

Posted: Oktober 16, 2008 in Berita Kampus
Tag:, , , ,

MINDEN HEIGHT | Pro Mahasiswa Universiti Sains Malaysia (ProM USM) merakamkan ucapan takziah kepada beberapa aktivis Pro Mahasiswa Universiti Putra Malaysia (ProM UPM) yang telah dikenakan notis 24 jam keluar dari kolej kediaman oleh Universiti di sana baru-baru ini.

USM berpendapat tindakan tersebut adalah sesuatu yang keterlaluan kerana waktu-waktu sebegini adalah ‘musim peperiksaan’.

USM mencadangkan kepada UPM untuk menyiapkan dokumentasi yang perlu dan segera diketengahkan kepada Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri; atau Unit Penjaminan Kualiti Universiti (QOMU) di sana sendiri.

Selain itu, USM juga mencadangkan UPM untuk menghantarkan dokumentasi lanjut kepada semua pihak – MP Parlimen, ahli-ahli politik, NGOs, Bar Council, SUHAKAM, media massa dan sebagainya untuk meraih sokongan keadilan dari pihak-pihak berwajib.

USM juga melahirkan rasa syukur kepada Tuhan dan terima kasih kepada pentadbiran Universiti kerana tidak melayan mana-mana pihak (mahasiswa) di sini sebagaimana di UPM walaupun di sini terdapat juga perbezaan ideologi politik dalam kalangan mahasiswa dan staff-staff Universiti.

Tragedi ‘Notis 24 jam’ tersebut telah sampai ke Meja Editor pada jam 6.30 pagi. Terima kasih kepada Sdri. Fae Simaa kerana telah mengemailkan info ini kepada kami.

Di bawah ini adalah dokumen am serta beberapa gambar berkaitan, yang diminta oleh UPM untuk dipamerkan dalam blog ini.

Notis 24 jam dibuang kolej pada minggu peperiksaan akhir

Tanggal 15 oktober 2008, UPM sekali lagi digemparkan dengan peristiwa yang menyayat hati. Dua orang mahasiswi daripada kolej Tun Perak telah menerima notis kurang daripada 24 jam untuk mengosongkan bilik. Disaat pelajar lain sedang bergelumang dangan nota dan ulangkaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan akhir, dua siswi ini menerima nasib yang sebaliknya.

Berikut kronologi kes pembuangan siswi :

1) Pada akhir semester yang lalu (semester 2 sesi 2007/2008) Syafiqa dan Farhana tidak dapat menginap di kolej semester seterusnya ( semester sekarang). Mereka dibuang tanpa alasan dan tiada notis dikeluarkan oleh pihak kolej.

2) Sejurus selepas itu, mereka membuat surat rayuan dan dihantar kepada pihak kolej, kerana mereka berpendapat mereka tidak patut dibuang kolej kerana mereka memenuhi syarat-syarat untuk meneruskan penginapan dikolej ( memenuhi merit yang ditetapkan, aktif dan mendapat keputusan akademik yang cemerlang).

3) Seminggu sebelum kemasukan semester baru ( semester 1 sesi 2008/2009) mereka disahkan mendapat penempatan di kolej Tun Perak. No bilik Blok Lekir 3-113.

4) Awal semester baru (semester sekarang), semasa pendaftaran masuk kolej, mereka dimaklumkan oleh pihak pengurusan kolej bahawa nama mereka tidak ada didalam senarai pelajar yang mendapat penempatan. Alasan yang diberikan ialah tiada kekosongan kerana kolej menerima kemasukan pelajar baru dari SUKSIS.

5) Walaubagaimanapun, setelah berbincang dengan Timbalan Pengurus Kolej iaitu En Khairul, pihak kolej bersetuju untuk membenarkan mereka menginap di kolej.

6) Pada 10 oktober 2008, pintu bilik mereka dimangga oleh pihak pengurusan kolej, dan diselitkan borang permohonan Mahasiswa Luar kampus (MLK) tanpa sebarang notis dan surat secara rasmi.

7) Pada 14 oktober 2008, notis kurang daripada 24 jam untuk mengosongkan bilik ditampal dihadapan pintu bilik mereka. Sekali lagi surat arahan mengosongkan bilik diselitkan pada pintu tersebut.

8) 15 oktober 2008, mereka terpaksa mengangkat sebahagian barang dan menumpang dibilik kawan. Sebanyak 2 buah kereta BHEP memenuhi perkarangan Kolej Tun Perak, dan juga segelintir daripada geng “Harimau Maut” berada ditempat kejadian. Kedatangan mereka dipercayai bertujuan untuk mendesak Syafiqa dan Farhana supaya meninggalkan kolej dengan kadar segera.

Bayangkan anda berada ditempat mereka….kurang 7 hari lagi mereka akan menghadapi Peperiksaan Akhir. Bagaimanakah nasib mereka? Adakah mereka mampu mempertahankan gelaran “al-Biruni” (al-Biruni adalah kelab mahasiswa melayu yang cemerlang dalam akademik di UPM) pada semester ini? Adakah ini yang dikatakan demokrasi? Inikah keadilan? Dimana nilai dan perikemanusiaan pihak pentabiran kolej dan Universiti?…Tepuk dada Tanya iman.

Nur Shafiqa bt Mohd Ali (870223025862)-0125282415

Nor Farhana Farzieana bt Ali (870203085788)-0124871842

Advertisements
Komen-komen
  1. YDP Kampus X berkata:

    Kejamnya!!

  2. mila berkata:

    jangan la mcm uhh sian dme nak studyy.warning lu kew..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s