Ketua Aspirasi, Che Mat jadi ‘Khatib’ Jumaat esok

Posted: Oktober 16, 2008 in Berita Kampus
Tags: , , , ,

PUSAT ISLAM USM | Dimaklumkan bahawa Ketua Aspirasi, Sdr. Muhammad Sukri bin Ibrahim a.k.a Che Mat akan menjadi Khatib, membaca khutbah solat fardhu Jumaat di Masjid Maliku al-Khalid di sini.

Informasi ini diterima daripada Sdr. Mohammad, seorang sukarelawan Pusat Islam di sini lewat petang tadi.

Pihak kami cuba menelefon Pentadbiran Pusat Islam untuk mendapat kepastian berhubung hal ini, namun tidak berjawab.

ProM ketika dihubungi berpendapat bahawa peluang seumpama ini bukan selalu diberikan kepada mahasiswa oleh Universiti dan Pusat Islam sendiri.

Jadi, ProM berharap Sdr. Che Mat dapat membuat persiapan iman, mental dan pengalaman sebaik mungkin.

ProM merakamkan ucapan penghargaan kepada Sdr. Che Mat atas peluang yang dipelawa dari Universiti ini.

Sdr. Che Mat merupakan Yang DiPertuan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPP) sidang akademik 2007/08 lepas.

ProM dan seluruh mahasiswa sudah pasti ternanti-nanti penampilan ‘baru’ dan khutbah oleh Sdr. Che Mat di Mimbar Khatib di sini sebelum menunaikan solat fardhu Jumaat esok. -END

Komen-komen
  1. Anak Muda Reform berkata:

    wei sah ke solat korang nanti?? tak takut ke nanti ada wujud 2 imam, macam kat KL tahun 1999?? tapi jika org dah nak berubah, sambutla tangannya, bimbing ke arah jalan yang benar..soal hati, hanya allah yang tahu..

  2. lanun@usm berkata:

    Tak sabar rasanya nak dengar che mat berkhutbah besok… Hidup2… Mahasiswa… Hancur2…. hancur kekufuran… Love che mat…

  3. pmi kuffar…che mat islam

    ———————-
    P/S EDITOR SM: Sila jaga prilaku Sdr dalam memberi komentar. Saya tidak teragak-agak untuk blacklist iD jika hal ini berulang. Paparan post ini hanya sekadar untuk memberi pengajaran kepada pelawat-pelawat yang lain. Sekian.

  4. reform anak muda berkata:

    salam..alhamdulillah.. semoga Allah mengurniakan che mat hidayah dan taufiq..ameen

  5. herofelda berkata:

    kurang setengah jam lagi..berdirilah seorang pimpinan apex universiti di hadapan prof, prof. madya, ustaz, dr, mahasiswa, pekerja khaleel, orang awam untuk menyaksikan kehebatan cik mat di rumah Allah.. buktikan ko pemimpin sebenar. jgn hy pandai jd proksi hepp. kuarkan hujah berdasarkan dalil al-quran dan hadis. jauh dari omong kosong.. ayuh cik mat top, jgn jd cik mat tempe sudah.. 2 mggu lagi bagi adi jd khatib lak..

  6. penyibuk berkata:

    bukan calang2 cekmat ni..bukan saja ada bakat dalam kepimpinan malah dari segi agama pun boleh..mcm ni lah pemimpin yang hendak kita lahirkan..dua2 seimbang..kalu lah sy ada pelung mcm ni x kan sy lepas. buat lah yang terbaik..mana lah tau lepas ni cek mat menerajui kepimpinan dalam persatuan isalam universiti..

    hidup cekmat..

  7. sokong ProM berkata:

    amacam khutbah che mat?? best tak?? menginsafkan dak?? ana rasa, muslimat pun agaknye ramai yg nak dengar.. erm,tapi, tak tahulah… ni kat rumah Allah, bukan lg d pentas PRK.. Teringat bacaan doa YDP PMI (ust.Asyraf) waktu PRK hari tu..menginsafkan dan mampu menundukkan suara2 sumbang dari pihak lawan!! Takbir!!

  8. sokong ProM berkata:

    pmi kuffar…che mat islam

    ———————-
    P/S EDITOR SM: Sila jaga prilaku Sdr dalam memberi komentar. Saya tidak teragak-agak untuk blacklist iD jika hal ini berulang. Paparan post ini hanya sekadar untuk memberi pengajaran kepada pelawat-pelawat yang lain. Sekian.

    to editor SM: anda memang profesional!! Tahniah n teruskan!!

  9. promusm berkata:

    Buat ‘sokong ProM’,

    Terima kasih, Kami sendiri baru sebulan belajar bab media ini dengan Utusan. Tentu perlu banyak nasihat dan tunjuk ajar daripada pelawat-pelawat dan cybertroopers SM sendiri.

    ::MEJA EDITOR::

  10. pro A.M USM berkata:

    Rupa2nya satu pembohongan dan fitnah telah dibuat oleh proM USM. Apa ni ProM USM? Saya ingat betul lah awak semua ni baik tapi rupa2nya sama je perangai macam penyangak yang bertopengkan iblis. Kata2 dan madah2 banyak dalam bahasa arab, kononnya bertunjangkan islam tapi suka membuat fitnah. Inikah sikap seorang yang memperjuang dan penegak Islam. Sy difahamkan pihak Pusat Islam tidak pernah mengeluarkan surat pun menjemput Cek Mad menyampaikan khutbah hari ini (17.10.08).

    Sedarlah wahai ProM dan khusus untuk Ust Adi takkan awak tak tahu dosa dan pahala? Ust jenis apa awak ni?

  11. promusm berkata:

    Pihak kami (SM) dimaklumkan sedemikian sebelum ini. Kami hanya menulis berita yang diterima. Harap Sdr. bersabar atas masalah teknikal yang berlaku ini dan tidak mentohmah pihak-pihak tertentu secara melampau. Sekian.

    ::EDITOR SM::

  12. muallaf ingin tahu.... berkata:

    Tahniah kepada USM kerana dapat pengiktirafan U apex…..tetapi sy ingin tahu mcm ni ka student2 usm apex MELAYU, ISLAM?????korg memg suka bergaduh sesama sndiri???bukankah dlm islam kita perlu menasihati seseorg e2 secara baik dan berdakwah secara baik ???soalan ke-2
    bukankah kita perlu menyiasat scr teliti setiap sesuatu perkara sblm mmbuat tuduhan atau kenyataan???minta maaf sy masih baru disini…..salam kepada warga APEX USM….

  13. Yoges berkata:

    Hai muaallaf ingin tahu…. Are u a part of ‘something’,? We are give comment hear only, why re u think that gado-gado? Plz be rasional laaa. And plz respect our ‘freedom to loud’ dan ‘freedom to society’ that promising in constitution laaaa. We must freedom dan ethic yeah. Go go go 4 perubahan yeah!

  14. che mat @ Ketua Aspirasi Universiti berkata:

    assalamualaikum.

    salam aspirasi.

    kepada editor, harap dapat besikap adil. renung dan fikirkanlah sendiri. Tuhan tahu niat kita. jangan letak islam pada nama, tapi turut pada amalannya. saya hanya berpesan. sesungguhnya berpesan itu amalan mulia.

    kepada pendokong aspirasi universiti, teruskan berjuang. demi agama, universiti dan siswa siswi.

    salam aspirasi untuk siswa siswi bersatu.

  15. remaja berkata:

    di kampus berjuang demi agama?bagaimana?……..moga2 di kampus ni perjuangan mengenai perkara tu lebih menonjol lagi..ni lah peranan pemimpin…betul ke xde jmputan tuk jadi khatib?????

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s