Universiti raih 10 pingat lagi, ProM ucap tahniah

Posted: Oktober 15, 2008 in Berita Kampus
Tag:, , , , ,

USM Induk | ProM USM merakamkan ucapan tahniah kepada Universiti atas pencapaiannya meraih 10 pingat dalam  Bio Malaysia 2008 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KKCC) baru-baru ini.

Kita (mahasiswa) menumpang gembira atas pencapaian yang telah dicipta oleh para penyeledik USM. Jka pencapaian seumpama ini konsistan, kita mampu meralisasikan cita-cita Apex dan menjadi universiti penyelidikan kurang dari tempoh 5 tahun dari sekarang,” jelas Pengerusi ProM, Sdr. Adi Syahid.

Beliau juga merakamkan ucapan tahniah kepada ayahanda Naib Canselor USM sendiri, Y.Bhg. Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Dzulkifli Abdul Razak serta pentadbiran Universiti yang lain kerana telah meletakkan Universiti kita pada tahap yang tinggi seperti sekarang.

Menurut sumber rasmi Universiti, USM telah menghantar 10 produk dalam pertandingan tersebut dan mendapat percapaian 100% – satu (1) emas, lima (5) perak dan empat (4) gangsa.

Produk ’emas’ universiti yang diketegorikan dalam kelompok waste to wealth itu diberi nama ‘Dimensi Baru dalam Teknologi Kitar Semula: Bioenzymatic Dienking. Projek ’emas’ tersebut dibangunkan oleh Penyarah dari Pusat Pengajian (PP) Sains Biology, Prof. Darah Ibrahim.

Dua (2) dari lima (5) Perak diraih oleh Penyelidik dari PP Sains dan Farmasi, Prof. Zhari Ismail dan Prof. Chan Kit Lam dengan projek masing-masing iaitu (1)NOBESITI : Piperamide Based Anti-Obesity Nutraceutical from Local Sources; dan (2)Eurycomafeon for Potential Improvement of Male and Female Infertility.

Selain itu, Prof. Madya Fauziah Ahmad (PP Kejuruteraan Sivil-Bio-Geomat for Erosion Control and Slope Protection), Prof. Abdul Latif Ahmad (PP Kejuruteraan Kimia- Nutrient from Mill Effluent from Mill Effluent via Innovative Technology), dan Shamsu Muhamad (PP Seni-Bio-Cera: An Innovative Ceramics Product) turut menyumbang ‘perak’

Empat pingat ‘gangsa’ pula disumbang oleh Dr. Alexander Chong Shu-Chen (PP Sains Biologi), Prof. Madya Ishak Mat (Institut Perubatan dan Pergigian Termaju), Dr. Zainul Ahmad Rajiun (PP Sains Pergigian) dan Prof. Madya Noor Aziah Abdul Aziz (PP Teknologi Industri).

Program Bio Malaysia 2008 ini dicetuskan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi tiga tahun lalu demi memacu perubahan Malaysia sebagai negara industri bioteknologi.

ProM dalam kenyataannya, turut merakamkan ribuan penghargaan dan terima kasih atas kepercayaan terus-menerus YAB Perdana Menteri, KPT dan Kerajaan Malaysia menganugerahkan Universiti Apex kepada Universiti sebelum ini.

ProM sekali lagi mengulangi tekadnya untuk bersama-sama Universiti merealisasikan Apex; selain bertekad memastikan MPP sidang akademik akan datang bakal diisi oleh pemimpin-pemimpin mahasiswa yang genuine dan bersedia memulihara hak-hak kebajikan mahasiswa Universiti. -END

Advertisements
Komen-komen
  1. Anak Muda Reform berkata:

    cuma pandangan aku sewaktu menghadiri forum di UM berhubung universiti APEX ini..nampak sangat kita terlalu bergantungm kepada pihak2 tertentu..universiti perlu mendapatkan kuasa autonomi, perlu independent, tidak bergantung harap pada sesiapa (dependent)..mengapa kita perlu nak fikir, ape produk untuk dihasilkan bagi memenangi kehendak pasaran, baru pelabur berkeyakinan, seolah2 masyarakat luar, mengharapkan universiti menjadi kilang2..sepatutnya, universiti perlu mengambil langkah yang lebih progresif, berani buat ape sahaj, dengan menilai kepentingan dan kehendak umat, yang menyebabkan pelabur @ masyarakat luar berebut2 untuk tampilkan diri..

    aku memahami, dana kewangan sangat penting dlam research, tapi janganlah menjadikan itu sebagai halangan, mahasiswa fikirkan bagaimana mendidik pemikiran warga kampus, suburkan semula budaya2ilmu, percambahan pemikiran, melawan arus, melawan teori dan mencipta teori, baru bergerak budaya keilmuan kita..jangan tunggu pentadbiran melaksanakan, baru kita nak move, kalu kita perlu mendahului universiti, teruskan..mudah2an generasi yang kita lahirkan. akan berada di universiti masing2, dan terus membawa budaya keilmuan ini..

    Biar Mahasiswa Mencabar, Asal Mereka Belajar – Ungku Aziz

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s