Sekadar memenuhi takwim MPP?

Posted: Oktober 15, 2008 in Rencana
Tag:, , , , , ,

Oleh: Malike Brahim

RENCANA | Tidak berapa lama lagi tamatlah tempoh sepenggal Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) beberapa universiti dan kolej universiti awam. Ekoran dari itu, universiti-universiti yang telah membubarkan MPP masing-masing akan mengadakan hari penamaan calon untuk bertanding melibatkan kawasan fakulti dan umum. Kemudiannya, ditetapkan hari pembuangan undi oleh pentadbiran universiti. Jika di Universiti Utara Malaysia (UUM), hari mengundi telah ditentukan pada 15 Oktober ini.

Saban tahun proses pemilihan MPP berulang sebagai suatu agenda penting di mana-mana universiti. Matlamat diwujudkan MPP sebagai saluran atau badan yang membawa suara-suara pelajar bukan sahaja kepada pihak kolej kediaman, fakulti dan pentadbiran atasan universiti, tetapi adakalanya hingga ke peringkat kementerian dan menteri yang berkenaan.

Jika tiada sekatan, suara-suara MPP ini boleh pergi lebih jauh daripada itu. Persoalannya, berkesankah MPP ini dalam menyuarakan pandangan, aduan, rungutan dan sebagainya di kalangan masyarakat (pelajar) kampus kepada pihak universiti dan pemerintah? Atau, kalangan perwakilan MPP hanya sekadar mengisi kekosongan yang ada dan mencari sedikit populariti? Bagaimana kuasa yang diberikan kepada MPP? Adakah MPP yang dibentuk oleh ikatan sekumpulan perwakilan betul-betul bebas daripada pengaruh politik nasional?

Dalam merungkai beberapa persoalan di atas, tidak semestinya berdasarkan kepada peruntukan yang terkandung dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.

Secara rasionalnya, mengapa MPP ditubuhkan di universiti? Jika tujuannya hanya sebagai pengisian kepada takwim universiti, adalah lebih baik tidak diadakan.

Jika MPP itu dilihat sebagai suatu perantara yang memang berkesan dalam menyalurkan pandangan, bantahan, aduan, dan sebagainya kepada pentadbiran universiti dan pihak kerajaan, seharusnya kedudukan MPP perlu dinilai semula.

Maksudnya, berikan lebih perhatian dan pertimbangan termasuklah diberikan ruang yang lebih luas kepada MPP untuk bersuara.

Dalam erti kata lain, perlu ada ruang yang besar kepada MPP untuk berurusan dengan pentadbiran universiti dan kerajaan dalam proses pengukuhan pendemokrasian kampus. Ini semua demi kebaikan seluruh pelajar di universiti.

Perlu diingat, masyarakat kampus (pelajar) yang ada hari ini bukanlah hanya berpolitik dan berpartisipasi dalam politik di kampus.

Jika mereka sudah berusia 21 tahun dan telah mendaftar sebagai pemilih dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), penyertaan mereka dalam politik “diperlukan” di luar kampus.

Dalam erti kata lain, mereka boleh mengundi pada hari pembuangan undi dalam pilihan raya negara. Bayangkan berapa jumlah warga kampus yang sudah mencapai kelayakan sebagai pemilih yang boleh menentukan masa depan politik negara.

Oleh itu, kerajaan dan pihak pentadbiran universiti perlu “membuka” ruang yang lebih luas kepada MPP bersuara dalam konteks demokrasi dan mempertimbangkan suara mereka demi kepentingan warga kampus itu sendiri. Jika tidak, dikhuatiri “suara-suara” yang diselitkan dengan unsur-unsur tidak berpuas hati akan merebak keluar kampus dan mempengaruhi perkembangan politik tempatan.

Bagi calon-calon yang menawarkan diri untuk merebut kerusi dalam MPP perlulah berfikir secara matang dan rasional akan kesan yang dialami daripada penglibatan diri dalam politik kampus.

Bagi saya, politik kampus itu tidak hanya ketika berlangsungnya musim pilihan raya, tetapi ia berterusan dari satu penggal ke satu penggal MPP. Apa matlamat ke universiti? Adakah untuk terlibat dalam politik? Tentunya setiap pelajar yang berdaftar di universiti adalah untuk mendapatkan ijazah dengan cemerlang.

Oleh itu, matlamat untuk mendapatkan ijazah ini perlu diberikan keutamaan. Pastikan pencapaian dalam peperiksaan memuaskan dan menjamin boleh lulus dan dikurniakan ijazah masing-masing dalam majlis konvokesyen.

Atas aspek ini, di UUM pada pemilihan MPP kali ini telah mensyaratkan calon perlu mendapat Purata Mata Kumulatif (PMK) 3.0 ke atas. Ini bertujuan calon yang ditampilkan dalam MPP tidaklah mempunyai prestasi akademik yang lemah. Dengan demikian akan wujud keseimbangan di antara pencapaian akademik dengan keaktifan dalam politik kampus.

KEMAMPUAN

Bagi pelajar yang berminat untuk berpolitik di kampus, pastikan matlamat utama ke universiti itu tercapai. Pelajar perlulah bersikap rasional dan matang dalam menilai kemampuan dan keupayaan masing-masing untuk terlibat dalam politik kampus.

Janganlah umpama ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran’ – matlamat jadi ahli politik kampus tidak ke mana (sia-sia), prestasi akademik pula teruk.

Apabila keadaan seperti ini berlaku, ada yang membuat keputusan untuk menambah semester pengajian, misalannya daripada enam semester kepada tujuh atau lapan semester. Siapa yang rugi? Bahkan, ada yang sanggup untuk memohon menangguhkan pengajian untuk satu semester demi merealisasikan cita-cita dalam politik kampus yang telah diterokainya.

Tidak salah jika aktif dan berminat dengan politik di kampus. Bahkan ada di kalangan pemimpin negara yang ada pada hari ini, ramai yang telah mencipta nama dalam MPP.

Dalam hal ini, saya menasihatkan para pelajar untuk mendahulukan perkara yang utama iaitu apa objektif belajar di universiti. Fikirkanlah juga impian ibu bapa untuk melihat anak-anak berjaya dalam pelajaran dan mendapat pekerjaan yang baik suatu masa nanti.

Janganlah semata-mata kerana ideologi yang diperjuangkan dalam politik kampus, kuliah dan tutorial serta tugasan diabaikan. Apa yang lebih teruk lagi, ideologi yang diperjuangkan dibayangi ideologi parti-parti politik yang berada di luar kampus. Ini seolah-olah parti-parti politik sudah menular dalam kampus.

Justeru itu, jika hendak melihat kematangan dan kebebasan politik kampus, ia hendaklah bebas daripada sebarang pengaruh parti politik.

Biarlah pelajar-pelajar di universiti memikirkan sendiri corak, ideologi dan falsafah perjuangan sendiri. Maksudnya, biarlah politik kampus benar-benar tulen dalam ruang lingkup politik mahasiswa tanpa sebarang elemen dan unsur yang boleh dikaitkan dengan mana-mana parti politik.

Penentuan hala tuju perjuangan ahli-ahli MPP dan mereka yang berpolitik dalam kampus perlu ditentukan sendiri oleh mereka. Dengan demikian, politik dan pilihan raya kampus dapat dianjurkan dengan tertibnya tersendiri.

Apa yang penting ia tidak dibayangi lagi dengan unsur-unsur yang dikatakan sebagai ‘proaspirasi’ atau sebagainya. Jika sekumpulan pelajar membentuk perikatan misalannya dikenali sebagai Kumpulan A, biarlah kumpulan ini berjuang dengan prinsip, ideologi dan falsafah mereka sendiri tanpa dibayangi mana-mana pihak. Jika disebut sahaja Kumpulan A, akan terbayanglah perjuangan mereka demi manifesto yang telah dijanjikan dalam kempen pilihan raya kampus.

Bagaimanapun, sekiranya seorang pelajar itu telah menamatkan pengajian dengan jayanya, tidak ada halangan untuk mereka mengembangkan karier politik mereka di luar. Terpulanglah ke arah ideologi politik mana yang mereka hendak ikuti sejajar dengan prinsip politik demokrasi itu sendiri. -END

————

Arkib SM: Utusan | 15/10/08 | 06:45

Advertisements
Komen-komen
  1. che mat @ Ketua Aspirasi Universiti berkata:

    Assalamualaikum

    Salam Aspirasi

    Bercakap memenag sedap, menulis sahaja tanpa melihat realiti memang mudah, menuduh tanpa bukti lagi lah mudah.

    kalau berani, empunya blog ini tolonglah senaraikan nama2 pendukung aspirasi usm yang kini bekerja dengan parti polotik.

    saya minta tolong sangat2 ye. sebelum saya senaraikan nama2 ahli pmi dan pbt yang setelah habis pengajian dan bekerja dengan YB2 politik. disisni sudah terbukti, pihak mana yang dibayangi oleh perti politik luar.

    siswa siswi sekarang sudah cerdik. pandai menilai. satu lagi yang saya ingin en blog ini senaraikan adalah pngk calon2 anda yang bertanding dalam PRK yang lepas. semua kah melepasi 3.0?

    ukur baju di badan sendiri la ye. semoga kita semua mendapat berkatNYA.

    be rasional ok…..

  2. Anak Muda Reform berkata:

    universiti adalah medan untuk mengembangkan ilmu, bukan semata2 untuk dapat pointer tinggi dengan cemerlang, di universiti kita berhadapan dengan pelbagai cerdik pandai, dalam pelbagai bidang..universiti bukan hanya untuk mendapatkan ijazah, universiti medan membentuk manusia yang berilmu, lihat balik falsafah pendidikan negara…

    dalam roh demokrasi, aku sangat tidak bersetuju, pointer menjadi ukuran, pointer menjadi halangan kepada individu yang cuba menawarkan diri untuk bertanding..bak kate dato’ siva (SUHAKAM), kalu lah disebabkan pointer, selepas ini, sesiapa yang mahu jadi ADUN, kena ada BA, sape nak jadi MP, kena ada master dan PhD…tak betul tuh, sesiapa pun boleh menjadi calon dalam pilihanraya, terpulang kepada rakyat untuk menilai pemimpin yang mempunyai hala tuju perjuangan yang jelas…

    medan politik, dan pilihanaraya kampus sama sahaja dengan pilihanraya umum, bezanya kita mahasiswa ini, nilai tambah, iaitu perjuangan yang penuh dengan keilmuan dan keintelektualan…sebarangan org..dengan harapan, apabila org berilmu memimpin, segala ilmu dan akhlak akan diaplikasikan dengan baik, ini islam ajar…pemimpin ini tidak lagi terlibat dengan rasuah, kezaliman..

    sekadar pandangan

  3. promusm berkata:

    UNTUK perhatian teman-teman, artikel ini kita ambil dari Rencana Utusan. Kita berharap pihak2 ‘tertentu’ tersebut tidak perlulah ‘lebih sudu dari kuah’. Baca dan cukuplah ambil pengajaran. Salam ukhwah.

    ::MEJA EDITOR::

  4. pang lima belas berkata:

    pointer mungkin juga boleh menjadi kayu ukur kepada pemimpin dalam universiti. takkanlah kita nak orang yg tak cerdik memimpin kita. ya, dia mmg pandai bercakap, pandai berhujah, tapi kalau akademiknya tak ke mana.. susah juga kan? dan kepada anak muda reform, sama juga kepada sesiapa yg nk jadi ADUN, tkkan kita nk ambil org mempunyai taraf pendidikan yg rendah.. lainlah kalau org tu mmg terbukti berjaya dalam hidupnya, cemerlang dengan ibadahnya dan keluarganya juga memang berjaya.. kalau setakat kaki ampu… lama-lama susah malaysia ni…

    kepada cikmat, kalau dh hbs belajar, nk aktif dalam politik, tak salahkan? hbs tu, kenapa nk diungkit lagi? lainlah kalau ada wakil pro-m pakai gelang PAS ke, gelang DAP ke, PKR ke dalam kampus…

    sekadar pandangan…

  5. Yoges berkata:

    Hi Fren especially MPP Speaker. U re from Political Science or ‘art science’, right? All ProM @ members of Student Representative Council (SRC) from ‘pure science’. Between of twin discipline are so difference. ‘Art science is so easy @ ‘kacang’ than ‘pure science’. Plz go to twin disciplanary, u will see that. Actually, i couldn’t comparing twin disciplinary or don’t like judge A is more intelligence than B. Plz laaa my fren, don’t showing off urs on ur internal mistake (CGPA bla..bla..bla) to us. I’m so sorry for clarification yeah Cheh Mate. I want resend back to all of u for evaluating him n proM too. Go..go..go..4 students’ right!

  6. me de O'mata berkata:

    adakah kerana MPP yg pro Aspirasi tidak menyentuh tentang isu minyak, isu ISA, isu-isu politik semasa menyebabkan MPP hanya utk mengisi takwim universiti sahaja?saya rasa dari segi masalah kebajikan mmg banyak yang telah diselesaikan oleh MPPUSM.Dari segi kebebasan saya rasa tidak ada seorang pun mahsiswa yang di halang utk keluar mengundi pada pilihanraya umum sebelum2 ni.Pointer yang ditetapkan oleh pihak universiti adalah satu syarat yang terbaik kerana takkan lah nak jadi pemimpin pelajar di kalangan mahasiswa yg bermasalah?

    Cuba saya ada satu persolan kpd barisan kepimpinan proM yg sememangnya prihatin dgn isu2 semasa.Apakah pandangan sahabat2 proM ttg isu Hindraf membuat kacau ketika majlis Aidilfitri anjuran Perdana Menteri?

    Saya harap tidak dilabel merapu krn tanya solan yang tak berkaitan dengan artikel ini.Saya cuma mahukan sdikt ulasan dari ProM berkaitan isu yg saya utarakan tersebut kerana saya yakin barisan ProM sememangnya sentiasa terbuka dan bijak.

    Salam

  7. Yoges berkata:

    Hi again. I have one question too. To ProM and ‘me de O’mata’, could u give me ur stand point about Chief of UMNO’s Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail when he said as ‘chinese as squatters’ in land of Malaysia?

    Could u explain to us what re ur perception as a malaysian society when u listened about Chief of UMNO’s Bukit Bendera rended Penang’s Chief Minister YAB Sir Lim Guan Eng pic while 12th GE?

    Is he outrageous? Is he nasionalist extreamly?

    Hindraf so unique. They try to please Pak Lah to acquit their bestfriend. If gov. claim them as extreame Hindus group, plz hearing them at Malaysia Court ala free, open and fair. Plz don’t prejudgement like ‘somebody’.

    Hahahaa…i think u try to trap genuine student group with Hindraf issue? How come my issues too?

    For ProM Co., plz read around Aspirasis’ blog coz i feel that ‘somebody’ while become Ahmad Ismail jr. Turn over yeah… PERUBAHAN!

  8. jiwa PROM berkata:

    sudahlah che mat ………………….. n proaspirasi korang tu tak layak guna perkataan aspirasi memalukan………. sepatutnya sebagai seorang mahasiswa kita perlu ambil tahu hal negara ni kalu pikir dalam u jer bila otak tu nak cerdik………………

    isu minyak, isa , rasuah tu sangt pnting kerana melibatkan keharmonian masyarakat ia melibatkan semua golongan termasuklah kita mahasiswa dan isu kenaikan harga barang… kalu kita tak pikir tu semua apa guna blajo kat u ni
    pikirlah beb…………….

    pasal hindraf ni yang kau baca paper utusan n tgk tv kerajaan n tv3 memangla semua tu sokong kerajaan cblah bc harakah, suara keadilan , malaysia kini n pastu bandingkan siapa yang salah…… lu tak baik tuduh hindraf buat kecoh masa majlis aidilfitri………………….ader bukti ker ha………………tuju untuk me da o mata……………..

    takkan tu pun lu tak leh nak pikir sekurang2 nya MPP bersuara menyatakn pandangan bukan jadi pak turur dan penakut nak bersuara

  9. Anak Muda Reform berkata:

    aku cakap dari sudut pandangan DEMOKRASI, demokrasi tyak kenal pointer, demokrasi tak kenal warna kulit, demokrasi tak kenal kerusi, demokrasi tak kenal usia, demokrasi tak kenal parti..demokrasi adalah kebebasan….so aku dah jelaskan, rakyat yang boleh nilai sape yang laayk pimpin mereka, kalu mereka pilih budak tadika jadi pemimpin, salahkan rakyat..sebab kita gagl bagi pendidikan dalam soal kelayakan memimpin..faham..!!!

  10. MPP AZAHARI berkata:

    Assalamu`alaikum.
    cukuplar setakat ini……. x yah gaduh2 lagi……. jaga study tuk exam.. n jaga amal tuk akhirat…. kepada saper2 yang nak komen, komen lar……sy terima seadanya…. sesungguhnya kejayaan seseorang manusia adalah di dalam agama, sejauh mana taat perintah ALLAH dan ikut sunnah RASULULLAH…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s