ProM bercadang terap pendidikan undang-undang dan HAM

Posted: Oktober 15, 2008 in Berita Kampus
Tag:, , , , , , ,

USM Induk | Pengerusi ProM, Sdr. Adi Syahid Mohd Ali mencadangkan Unit Undang-Undang pertubuhannya untuk menerapkan pendidikan undang-undang dan hak asasi mahasiswa dalam kalangan Sukarelawan dan mahasiswa Universiti di sini.

Hasrat tersebut diutarakan kepada kami apabila beliau menyedari ada dalam kalangan pelawat dan cybertroopers blog rasmi ProM ini masih kurang memahami selok belok Undang-Undang dan Hak Asasi Mahasiswa (HAM) sendiri.

Kekeliruan (tentang Seksyen 15 dan 16) ini saya yakin bukan sahaja dalam kalangan pelayar blog SM (Suara Mahasiswa) ini. Diluar sana, tentu lebih ramai. Mahasiswa kita (USM) patut didekati dan dididik tentang hak-hak mereka (HAM)  dalam Universiti, (iaitu) piagam pelanggan, Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Universiti, fungsi MPP, demokrasi, autonomi, kebebasan dan proses PRK (pilihanraya kampus) itu sendiri,” ulas Sdr. Adi Syahid.

Beliau juga mencadangkan ProM USM cuba untuk mendapat bantuan konsultansi dari Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) cawangan Pulau Pinang, NGO Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) cawangan Pulau Pinang dan beberapa pengamal undang-undang yang dikenal pasti adalah bekas aktivis mahasiswa sendiri di peringkat negeri.

Beliau yang juga Pengerusi GBMU turut mencadangkan agar kelas-kelas alternatif diadakan segera secara simple, kecil-kecilan tetapi banyak dan konsistan dalam Universiti agar lebih mudah diakses oleh mahasiswa yang pelbagai.

Ketika ditanya adakah exco-exco MPP ProM akan meletak jawatan demi memenuhi tuntutan Seksyen 15(4) Perlembagaan Universiti (PU), maka ini jawapan Pengerusi tersebut:

Kita telah berbincang semasak-masaknya. Setakat ini, wakil-wakil kita telah pun menyampaikan pandangan secara sopan dan berasas (berperundangan). Selebihnya, kita pulangkan kepada Universiti untuk mempertimbangkannya.”

Beliau juga menjelaskan bahawa ‘jalan tengah’ tersebut diambil demi memastikan pendirian ProM tersebut tidak dimanipulasi oleh pihak-pihak ‘tertentu’ di sini.

Pengerusi ProM sekali lagi mengulangi tekad untuk bersama-sama Universiti menjungung perubahan; serta menyeru semua pihak untuk memberi peluang pada pertubuhannya dalam menyampaikan pengetahuan tentang HAM, undang-undang dan idea perubahan itu sendiri.

Kenyataan ini dibuat melalui telefon ke Meja Editor kira-kira jam 1 petang hari ini-END

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s