Bercinta boleh, berpolitik tidak…

Posted: Oktober 14, 2008 in Meja Editor
Tag:, , , , , , , , ,

MEJA EDITOR | Dalam mesyuarat ProM Media Council awal malam tadi, saya berasa kagum dengan suatu pengalaman yang diceritakan oleh seorang freshes ketika sibuk menjalankan tugas-tugas kewartawanan di Kampus Sejahtera USM pada petang tadi.

Beliau telah didatangi oleh seorang senior yang mukanya saling tak tumpah seperti Ketua Aspirasi USM, Sdr. Muhammad Sukri Ibrahim a.k.a Che Mat.

Cuma, senior tersebut berkaca mata, sedangkan Che Mat sebaliknya.

Lagi pun, senior tersebut mengakui dirinya adalah pendokong tegar Aspirasi, bukannya Che Mat. Sebab itu, beliau berpandangan sedemikian.

Senior tersebut telah menghalang beliau mengambil gambar dan membuat liputan di Aspirasi Corner (di Pasar pelajar). Lalu, freshes Suara Mahasiswa (SM) tersebut secara sopan bertanya, mengapakah Saya dilayan sedemikian rupa?

“Orang datang Universiti untuk belajar, (ka)mu datang Universiti untuk berpoooooolitikkk?” herdik Senior Aspirasi tersebut.

Lalu junior SM ini pun bertanya, “…akak di sebelah abang tuuu siapa….?” senyum junior SM tersebut.

Kalau Aku cakap dia (siswi senior) ini girlfriend aku, apa kau nak buat? Berdakwah? Sebar risalah fitnah?” sindir Senior Aspirasi tersebut.

Jadi…abang bercinta lah eehhh?” tanya junior SM itu lagi.

Senior Aspirasi tersebut serbah salah. Akhirnya, mengangguk isyarat setuju.

Junior SM tersebut dengan penuh sopan mempersoalkan bahawa mengapa senior Aspirasi tersebut bercinta, sedangkan tujuan dan matlamat datang ke Universiti adalah untuk mendalami ilmu pengetahuan dan mendapat segulung ijazah semata-mata. Senior Aspirasi tersebut terus kelu dan bertambah malu di depan girlfriend-nya.

Saya sendiri bertanya, mengapa ada dalam kalangan kita yang sepatutnya fokus pada belajar; tetapi terjebak dalam percinta? Lebih parah, cinta buta yang tidak kenal Tuhan dan hanyut di ranjang perzinaan.

Walaupun sedemikian, tidak ada Universiti; AUKU (Akta Untuk Kuatkan Umno); segelintir staff BHEP atau Ketua Aspirasi sendiri bangkit menentang mahasiswa yang bercinta di kampus demi memastikan mereka hanya menumpukan perhatian dalam pembelajaran di kuliah dan makmal tutorial semata-mata.

Mengapa mereka tidak menghalang? Jawapannya sudah pasti cinta itu adalah fitrah dan keperluan manusia.

Maka, tidak bolehlah dianggap seseorang itu tidak belajar di kampus walaupun seseorang itu bercinta. Mereka tetap belajar kerana belajar adalah profesion dan aktiviti rasmi mereka, sedangkan cinta datang dan subur sebagai keperluan dalam hidup mereka sehari-sehari.

Sebenarnya kepentingan-kepentingan mahasiswa bukan sahaja bercinta, tetapi mengabdikan diri kepada Tuhan; mewakafkan diri pada perjuangan Islam sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan Sahabat r.a.hum; mentaati perintah ibu bapa; menghormati NC/TNC/Dekan/Pensyarah dll; membantu insan-insan susah-daif dan sebagainya.

Mahasiswa tetap melaksanakan kepentingan-kepentingan di atas walaupun dalam masa yang sama mereka masih dalam tenure pengajian di kampus; kerana itu keperluan dan fitrah.

Sebab itu saya berasa pelik dalam beberapa hal. Pelik!!!???

Universiti, AUKU, segelintir staff BHEP hatta Ketua Aspirasi sendiri tidak bangkit mengatakan bahawa jika mahasiswa bercinta, sebaliknya apabila ada mahasiswa lantang melakukan perubahan sebagaimana yang dicita-citakan oleh Universiti, maka mereka acap kali ditohmah atau difitnah sebagai golongan yang tidak berlajar di Universiti.

Kata orang Kepala Batas, ‘Bercinta boleh, berpolitik tidak…’

Saya bukannya ‘Dr. Cinta’ sepertimana bloggers saifulislam.com. Saya juga bukannya mahu berbicara sangat tentang cinta. Ada maudu’ lain yang saya mahu kita (mahasiswa) sama-sama fikirkan.

Sebenarnya, inilah persepsi. Persepsi kita ada kalanya holistik serta tepat; dan ada kalanya hanya melihat sesuatu secara kaku dan tidak naturialistik.

Sebagai contoh, bagi mahasiswa yang lantang, bercita-cita melakukan perubahan dalam MPP universiti kita dan mahu Pilihanraya Kampus (PRK) berlangsung secara demokratik, bebas dan adil; mereka ini akan dianggap berpolitik. Mereka ini akan ditohmah tidak menumpukan perhatian dalam pelajar.

Sedangkan, mahasiswa yang bercinta, yang berpeleseran, bercouple, meremp-it tidak pernah ditohmah sebagai ‘tidak menumpukan perhatian dalam pengajian Universiti’.

Mengapa? Adakah semua perkara ini keperluan dan tidak boleh dilambangkan sebagai mahasiswa tidak menumpukan perhatian dalam pengajian tinggi?

Atau sebenarnya kita dibelenggu oleh persepsi yang sempit serta tidak rasional dalam melihat aktivitisme mahasiswa lantang, rasional, advance serta jauh lebih ‘menyengat’ berbanding pihak-pihak ‘tertentu’?

Atau sebenarnya kita sendiri tidak tahu makna hakiki ‘politik’?

Politik ini luas maksudnya. Bukan sekadar menumpu pada aspek Pilihanraya dalam sesebuah negara hatta kampus sendiri (Pilihanraya Kampus -PRK).

Dalam keluarga ada politik, dalam sekolah ada politik, dalam kuliah/tutorial ada politik, dalam Parlimen ada politik, dalam jabatan kerajaan ada politik.

Ini kerana makna politik adalah “…is the process by which groups of people make decisions… [maksud: adalah proses dan cara membuat keputusan untuk satu-satu kumpulan@masyarakat).

Yang membuat keputusan ini bukan sahaja merujuk kepada YAB Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad badawi walaupun beliau adalah negarawan dalam Malaysia ini.

Yang membuat keputusan ini bukan sahaja Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) walaupun belakangan ini beliau agak popular dalam jurnal Pilihanraya Umum ke-12 dan Pilihanraya Kecil di Parlimen Permatang Pauh.

Satu-satu keputusan ini lebih awal dibuat oleh setiap peribadi, setiap keluarga, setiap persatuan, setiap badan bukan kerajaan (NGOs), setiap masyarakat, setiap negeri, dalam parti politik dan setiap negarawan.

Hal demikian kerana manusia wajib membuat satu-satu keputusan dalam hidup mereka masing-masing atas kapasiti yang variasi seperti di atas. Kemudiannya, keputusan ini mulai dirumuskan sebagai tindakan politik.

Jika benar rumus ini, maka politik sudah tidak lagi menjadi milik eksklusif ahli-ahli politik kepartian di luar sana.

Kita (mahasiswa) semuanya ada cabaran dan masalah yang sudah tentu menuntut pada keputusan atau polittik. Belajar, membaca akhbar, buku, blog dan menyatakan pandangan peribadi atau atas kapasiti peribadi/petubuhan juga adalah suatu keputusan yang dimaksudkan sebagai ‘politik’.

Jadi, apa ‘masalah’ @ salahnya kita (M.A.H.A.S.I.S.W.A) membuat keputusan Bersama Universiti Menjunjung Perubahan dalam PRK kali ini; dalam MPP USM kali ini dan persatuan sekolah/kelab/anak negeri kali ini?

Sebab itu saya menulis tajuk Bercinta boleh, berpolitik tidak; kerana Ketua Aspirasi USM, Che Mat cuba menafikan hak kita semua (mahasiswa) dalam membuat beberapa ‘keputusan’ @ politik belakangan ini sebagaimana yang tertera di dalam blognya.

Pertama, Ketua Aspirasi cuba mendesak musyarawah 12-13 dengan PMIUSM dan sanggup menafikan proses PRK yang bebas, adil dan demokratik.

Kedua, Ketua Aspirasi seolah-olah mentohmah pihak-pihak lain kononnya jika berlaku pertandingan dalam PRK akan datang, mahasiswa dan Universiti akan mengalami pepecahan.

Dan ketiga, Ketua Aspirasi cuba memanipulasi penganugerahan Apex dengan mengwar-warkan bahawa MPP pada sidang akademik akan datang ini wajar terus didominasi@diperkuda oleh Aspirasi; supaya (kononnya) Apex ini akan terus dinikmatikan oleh Universiti dan mahasiswa amnya (jika mengikut telunjuk politiknya). Semuanya tahyul dan karut-marut belaka!

Adakah tindakan Ketua Aspirasi sebagaimana yang boleh didapati dalam blognya [Keris Warisan] @ 3 contoh di atas ini boleh dianggap ‘tidak berpolitik’ dan ‘lebih menumpukan perhatian dalam pengajian tinggi  Universiti’ semata-mata?

Tepuk dada dan ketuklah akal kita ini. Manalah tahu, kot-kot terkeluar sesuatu ilmu yang sahih dan dogma yang rasional lalu bangkit menyahut seruan juang ProM ini – iaitu BERSAMA UNIVERSITI MENJUNJUNG PERUBAHAN -END

Advertisements
Komen-komen
  1. mohd naquiddin bin mohd amin berkata:

    assalamualaikum…
    salam aspirasi untuk mahasiswa bersatu…
    sila lawat blog saya….
    http://www.penyibarmaklumatsebenar.blogspot.com..
    semoga ALLAH sentiasa melindungi ISLAM dan BANGSA MELAYU…

  2. promusm berkata:

    Waalaikummusalam. Salam perkenalan. Semoga Allah melindungi kita dan Islam.

    ::Meja Editor::

  3. cinta berkata:

    buat sedara mohd naquiddin bin mohd amin:

    kenapa doakan utk bangsa melayu saja? bangsa2 lain? dalam bangsa lain takde org islam ke? even utk org bukan islam pun kiter kena doa supaya dibukakan hati mereka utk terima islam.

    jgn kita lupa berdkwah pada yg belum islam kerana asyik masyik bercinta.

    herm…padanla..aspirasi ni mmg perjuangan perkauman..

    kwn2 dari bangsa lain selain melayu, sahutlah seruan proM yang anti perkauman…kita semua pasti dilayan sama rata..btul x promusm?

    TIME to CHANGE my friends..

  4. gadis berkata:

    salam..
    “Bersama Universiti Menjunjung Perubahan”

    cukup setuju dengan cinta..org2 aspirasi ni amalkan perkauman..jgn la ditinggalkan kaum2 lain..huhu..

  5. penunggu dtsp berkata:

    er… assalamualaikum…
    sy sebenarnya x berapa faham isu yang telah diperhangatkan dalam topik ini… kawan saya telah menyuruh saya untuk melihat laman ini dan memberikan sebarang komen… ini merupakan topik pertama yg saya baca… mulanya saya agak tertarik dengan hasil tulisan ini kerna terdapat unsur dakwah di dalamnya tetapi apabila saya ternampak sedikit unsur tuduhan ataupun membuka aib seseorang (maafkan saya sekiranya saya salah), pendirian saya mula goyah… saya rasa klu marah kepada seseorang pun tidak perlu kita membuaka aib seseorang kerna semua ini melibatkan maruah… jika betul apa yang telah diperkatakan, kita cuba untuk bermusyuarah dalam mengatasinya… rasanya tidak perlu kot untuk membuka pekung orang kepada orang yang tidak tahu keadaan sebenar contohnya seperti saya… bagaimana klu salah? itu fitnah namanya… klu x silap saya fitnah tu seperti memakan daging sandara kita sendiri… betulkan saya jika salah… jadi… saya harap ada sesiapa yang boleh memberitahu keadaan sebenar agar tidak timbul isu fitnah dalam hal ini… wasalam…

  6. Anak Muda Reform berkata:

    nak bincang bab2 islam, bincang dalam web PMIUSM…kate Pro-M..semua mahasiswa bukan islam pun tengok…tak sesuai..jika nak cakap bab islam, cakap dalam konteks pengkongsian nilai…

    memang u ni tempat bercinta lah…bercinta dengan buku dan ilmu…ilmu banyak, bukan dalam bilik kuliah je…luar pun ilmu gak, ilmu pengalaman hidup..

  7. promusm berkata:

    Waalaikummussalam Cik Penunggu dstp. Saya cadangkan u baca artikel ini dan u baca bersama dalam blog Che Mat. dalam bahagian akhir post ini, saya mengulas apa yang telah ditulis dlm blog Che Mat. Lainlah klu blog itu bukan Che Mat yang punya. Kata Hamzah Fansuri: ‘kejahilan patut diajar, tetapi keegoan patut dicabar…’ Sama2 kita belajar dan tegur juga saya jika saya bersalah. Sekian.

    ::MEJA EDITOR::

  8. mohd naquiddin bin mohd amin berkata:

    assalamualaikum dam salam aspirasi buat semua…

    kepada cinta,cuba berfikiran luas…saya kata ISLAM dan MELAYU…ini bermakna mana2 bangsa yang beragama ISLAM juga termasuk dalam perkataan `ISLAM` yang saya nyatakan di atas…berfikir sebelum mengkritik..patutlah kalian semua suka membangkang..rupanya suka bertindak sebelum berfikir….

  9. Orang USM berkata:

    Salam u, kiter dah jawab dalam ati. so, xyah kita jawab dlm post ini. Kite membangkang, apa salahnya? Membangkang kan umpama memberi nasihat secara bersemuka. Habis tu, U nak suruh pembaca dalam ini semacam u, asyik ikut Che Mat yang pooooolitik 2.4 itu ke? Otak selapit, x brani ckp kebenaran, cakap Islam ikut akal kepala sendiri, sbb itu letak melayu lah ape2 lah. U balik, baca buku Islam dan Secularism yg ditulis oleh Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas. Org jahil kalau bercakap lebih ketara kejahilannya. Ayat last nie just nasihat, aku x tuju pada sape2. Hahahah

  10. penunggu dtsp berkata:

    leh saya tahu add blog che mat?

  11. promusm berkata:

    Kepada Cik Penunggu DTSP…Cik cuba cermat-cermat baca post di atas itu. Ada saya letakkan hyperlink blog Ketua Aspirasi tersebut. Baca ye. Sekian.

    ::MEJA EDITOR::

  12. mata berkata:

    lah…aku baru tgk budak2 yg bercintan sakan di usm ni..usha punya usha..sah dah..diorang la selama ni yg mencomotkan usm nii.mestih naik moto punyer..

    kwn2 yg lain yg bukan aspirasi ni, bukan takde yg coupling2 ni. tp set2 dier ni yg melambak. aku bukan main ckp ni. korang buke mata tu luas2, tgkla saper yg ramai.. dalam mpp yg ader skrg pun aku selalu jumpa dating. mpp seblum2 ni pun korng boleh cek. bukti ader je..

    mmgla fitrah..aku pun nak kwen aper..walaupun aku ni bukan baik pun, tp aku bencila tgk budaya couple di usm ni. dan paling aku geram, mesti aku jumper set2 dier ni..aspirasi oh aspirasi..

    kalau korg kater korg ikut btsn, aper btsn yg korang pakai? bgtau aku sikit.

  13. Yoges berkata:

    Hahaha… U re so funny laaa Editor? i laught as roar n roar with my classmates. Plz write on yeah. Hahaha. So critical n unique perspective. Chow…

  14. Penyokong berkata:

    aku rasa korang terlepas something ah….kesian…

  15. rempit usm berkata:

    ape la korang ni…kutuk yg tu..kutuk yg ni..org bangsa laen tergelak2 sambil tergolek2 tngok perangai korng…bangsa laen brlumba2 tuntut ilmu, yg aspirasi ngn proM gaduh2 ckp yg ni btul yg ni xbtul..klu jantan gadoh cara jantan la..panggil aku klu nk tau cmne gadoh cara jantan..

  16. promusm berkata:

    Universiti kita ini tempat perwacanaan, perdebatan nilai dan perkongsian ilmu serta pemikiran. Jika Sdr. lebih gemar bergaduh, mungkin ‘Kampus Sejahtera’ ini tidak sesuai untuk Sdr. menunjukkan ‘kejantanan’.

    ::MEJA EDITOR::

  17. praying mantis berkata:

    kenapa perlu berpolitik??

    ————-
    P/S Editor SM: Cuba baca betul2 2 artikel Meja Editor dalam post sebelum ini.

  18. taicho berkata:

    pendapat aku,post tersebut bukan tujuan nak bergaduh antara bangsa melayu sendiri.tetapi Islam mengajar kita menahikan kemungkaran.terus melayu atau tidak seseorang,andai kemungkaran yg dipilih,tiada kompromi untuk golongan tersebut.nasihat yg berhikmah adalah cara terbaik,tapi kalau kemungkaran tak dapat dibendung dengan kaedah lemah lembutapa salahnya bertegas?

  19. taicho berkata:

    sdr mohd naquiddin bin mohd amin::
    blog saudara dah x valid ke?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s