Rumah terbuka PMI, YDP ucap terima kasih dan beri nasihat

Posted: Oktober 13, 2008 in Berita Kampus
Tag:, , , ,

MINDEN HEIGHT | Yang DiPertua PMIUSM, Sdr. Muhammad Asyraf Mohd Saleh merakamkan ucapan terima kasih atas kunjungan mesra ahli-ahli PMIUSM serta pemimpin-pemimpin persatuan Universiti di kediaman rasmi mereka di sini kelmarin.

Alhamdulillah. Semuanya berjalan seperti dirancang. (suasana) Sangat meriah. Terima kasih kepada semua teman-teman yang sudi hadir ke rumah kami (PMIUSM),” respon Sdr. Muhammad Syaraf Mohd Saleh.

Ketika ditanya adakah PMIUSM telah mengetahui siapakah pihak ‘tertentu’ yang sanggup mengambil banner rasmi PMIUSM kelmarin, YDP PMIUSM tersebut menggeleng kepala, isyarat masih ‘tidak tahu’.

Beliau juga menasihatkan semua pihak agar tidak membuat apa-apa spekulasi atau provokasi dalam isu kehilangan banner rasmi persatuannya tersebut.

Perkara ini (kehilangan banner) kecil sahaja, tidak perlulah diperbesar-besarkan. Yang penting kita (PMIUSM) jangan membuat apa-apa spekulasi atau provokasi dalam isu ini. Islam mengajar kita bercakap jujur selepas mempunyai bukti-bukti kukuh dalam satu-satu perkara,” jelas Sdr. Muhammad Asyraf lagi.

Dalam ucapannya di sini, beliau juga mengajak ahli-ahli PMIUSM dan mahasiswa amnya untuk sama-sama menghayati perintah Allah dalam ayat 6, Surah al-Hujuraat.

Maksud ayat tersebut adalah, “Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya (yang sebenar) yang menyebabkan mau menyesal atas perbuatanmu itu”.

Menurut PMIUSM, majlis yang bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir pada jam 7 malam tersebut telah menerima kunjungan tidak putus-putus lebih 120 mahasiswa dan alumni.

Majlis Rumah Terbuka PMIUSM tersebut turut menerima kunjungan mesra wakil-wakil ProM USM pada sebelah petangnya.

Pihak kami dimaklumkan bahawa Rumah Terbuka ‘Mahasiswi’ PMIUSM turut berlangsung serentak di kediaman rasmi mereka, Taman Saadon-END

Advertisements
Komen-komen
  1. azhar nydp mpp berkata:

    err…rasenye perkatan hight x wujud dalam bahasa inggeris..

    p/s: lepas ni ade la plak org nak post komen..ala..pasal bende kecik pun nak kecoh..kita tunggu dan lihat sajelah sape y nak bg respon..hehe..

  2. promusm berkata:

    Terima kasih atas makluman ini. Bagi saya, kesalahan ejaan wajar ditegur agar weblog kami (SM) ini lebih pro pada masa akan datang. Terima kasih Sdr. Azhar NYDP MPP. Semoga banyak lagi teguran boleh dibuat selepas ini demi manfaat bersama.

    ::MEJA EDITOR::

  3. gadis berkata:

    salam ASPIRASI dan selamat berjuang untuk PROM

    kesalahan KECIL perlu ditegur agar sesuatu perkara itu menjadi lebih baik.. lebih-lebih lagi kesalahan yang melibatkan agama ISLAM.. ejaan perkataan pun dititik beratkan kesalahannya, apatah lagi agama yg kita sanjung ini… jadi, to MPP wajarlah kalian buat pembaharuan dalam sesuatu perkara semata-mata untuk ISLAM. tidak salah untuk berubah kerana perubahan itu adakalanya cukup perlu lebih-lebih lagi disaat ummah sekarang terutamanya muda mudi hanyut dibuai arus dunia.. jgn terlalu difikirkan sgt habuan dunia, cuba beratkan skit habuan agama.. tak rugi kita di dunia dan akhirat…

    slmt berjuang PROM!!! gadis di sini akn tetap menyokong PROM.. kerana gadis cukup tahu apa yg PROM lakukan.. bukan semata-mata kerana dunia, namun habuan akhirat juga dikejar sama…

    Perjuangan PROM adalah untuk semua..
    SEperti juga islam..adanya islam untuk semua… xkiralah muslim ke non muslim ke…kerana islam itu syumul..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s