Banner raya PMI hilang, angkara pihak ‘tertentu’

Posted: Oktober 13, 2008 in Berita Kampus
Tag:, ,

PUSAT ISLAM USM | PMIUSM memaklumkan bahawa banner rasmi pertubuhannya sempena ‘Aidilfitri tahun ini yang digantung di sini telah hilang angkara pihak tertentu.

Menurut PMIUSM, kejadian tersebut disedari oleh seorang freshes, Muhammad, 20 lalu memaklumkan kepada salah seorang exco PMIUSM yang kebetulan melalui selokoh PI di sini.

Menurut informer tersebut lagi, kehilangan banner tersebut mulai disedarinya pada sekitar jam 8 pagi sehingga 9 pagi kelmarin lagi.

YDP PMIUSM, Sdr. Muhammad Ashraf Mohd Saleh ketika dihubungi turut melahirkan rasa kesal atas tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh pihak tertentu tersebut.

Sebarang maklumat berhubung pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut, bolehlah diemailkan terus ke Meja Editor [reform.aspirasi@gmail.com]. Terima kasih atas partisipasi pihak berwajib -END

Advertisements
Komen-komen
  1. sabar berkata:

    salam..
    ala, besala..mana ada org yg senang hati dgn islam nii..
    dan utk pengetahuan semua, mmg ramai pak2 turut, lembu2 yg kena tarik hidung dalam usm nii..pastu lembu ni dptla upah makan rumput (minyak moto ka 2-3 ringgit)..macam tak besa ja banner pmi hilang.
    kan dulu waktu sambut adik 1st year, 7 banner pmi hilang serentak! tu dah ada cop tu..

    apa nak diheran..konco2 che mat la tu..x pun che mat sendiri..haha..
    che mat, bagus politik kotor anda..
    bila masuk kerajaan nnt, org mcm anda la yg nak rosakkan malaysia nii..syabas2!

    utk pmi, bersabarlah atas dugaannya..dunia hnya sementara..kat akhirat nnt, pasti Allah tunjukkan makhluk2 Allah yg bersalah tu..mesti mereka tertunduk malu..

    k, slmt la semua ya.

    wslm.

  2. Anak Muda Reform berkata:

    baguslah tuh, ini menunjukkan kita berada dalam medan berjuang..perjuangan tanpa halangan, mesti ada something wrong dalam perjuangan..tengok balik perbincangan usroh tajuk mehnah dan tribulasi..ok..banner je baru, belum kena tampo, tumbuk..

  3. sokong ProM berkata:

    tak habis2 banner hilang, dari dulu, kini dan selamanya..ish2 depa ni simpan nak buat pekasam kot banner2 PMI tu, banner MPP proM pun dicabutnya dan disimpan, katanya takdanya cop,dan bukti diskriminasi…ala..ada cop pun dirembat jugak, jadi takda maknanya…sesiapa yang merembat banner tu ingsaf2 la ya…kepada, yg terlibat dengan penghasilan banner tu,sabar je la…memang betul kata anak muda reform, kalu tak da dugaan mcm ni tak namanya perjuangan.

  4. che mat@ketua ASPIRASI berkata:

    salam Aspirasi.

    kepada en/cik sabar. t.kasih banyak2. memang saya yang curi banner tu sebab masa banner tu hilang, saya tiada dikampus. lagi ada apa2 nak tuduh dan cakap pasal saya tak? budak2 ASPIRASI memang jahat2, budak idealis n pro m memang baik2 belaka. jadi tak hairanlah kalau banner awak semua yang turunkan sendiri tapi tuduh budak Aspirasi yang buat. t.kasih tau. selamat hari raya. maaf dunia akhirat.

  5. promusm berkata:

    Selamat petang.

    Untuk makluman semua, fungsi komentar dlm blog ini adalah bebas, tidak disekat oleh kami (admin SM).

    Justeru, saya pulangkan kepada pembaca dan cybertrooper yang berpendidikan dan rasional sekalian untuk memanfaatkannya secara bebas dan jujur.

    Terima kasi kepada che mat@Ketua ASPIRASI. Terima kasih kepada Sokong ProM. Dan terima kasih kepada Anak Muda Reform atas komentar kalian.

    Semoga SM lebih meriah dengan informasi Universiti dan mahasiswa selepas ini dengan partisipasi kalian semua.

    MEJA EDITOR

  6. […] YDP PMIUSM, Sdr. Muhammad Ashraf Mohd Saleh ketika dihubungi turut melahirkan rasa kesal atas tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh pihak tertentu tersebut. -ProMahasiswaUSM […]

  7. reform anak muda berkata:

    salam..banner hilang lagi??? la… patutla x nampak dah.. hmmm.. x pa..kita tuntut baliek banner kite kat akhirat kelak..

  8. ukhti serikandi berkata:

    la hilang lagi ke….iss iss sapa la buat jahat kat PMI…apa la dosa PMI pada diaorang ye….cuba muhasabah diri….mungkin ada yang buat silap ni…. entah la….nasib

  9. azhar nydp mpp berkata:

    khas utk sabar y post comment berikut:

    sabar, on October 13th, 2008 at 9:10 am Said:
    salam..
    ala, besala..mana ada org yg senang hati dgn islam nii..
    dan utk pengetahuan semua, mmg ramai pak2 turut, lembu2 yg kena tarik hidung dalam usm nii..pastu lembu ni dptla upah makan rumput (minyak moto ka 2-3 ringgit)..macam tak besa ja banner pmi hilang.
    kan dulu waktu sambut adik 1st year, 7 banner pmi hilang serentak! tu dah ada cop tu..

    apa nak diheran..konco2 che mat la tu..x pun che mat sendiri..haha..
    che mat, bagus politik kotor anda..
    bila masuk kerajaan nnt, org mcm anda la yg nak rosakkan malaysia nii..syabas2!

    kepada sabar…

    igtlah pesanan Asyraf…

    Dalam ucapannya di sini, beliau juga mengajak ahli-ahli PMIUSM dan mahasiswa amnya untuk sama-sama menghayati perintah Allah dalam ayat 6, Surah al-Hujuraat.

    Maksud ayat tersebut adalah, “Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya (yang sebenar) yang menyebabkan mau menyesal atas perbuatanmu itu”.

    bagus Asyraf..teruskan menasihati anak2 buah anda..
    anda mmg seorang pemimpin yang baik..dan kalau boleh tolong doakan sekali lagi kemenangan kami seperti yang anda lakukan semasa rapat umum pada tahun lepas..terima kasih..

  10. Kawan 'Azhar' n Rogayah berkata:

    Alaaa azhar oi, kau nie serkap jarang lah. Kalu kau nak pu di Asyraf nie kau xyah lah claim budak2 dia buat ke ape ke? Sbb takut org ingat kau nie pemarah atau cepat meloncat atau bodoh plak. Jangan kau ingat aku kata kau mcm tu. Aku just nasihat je. Kau Aspirasi kan, sbb tu kau tulis mcm di atas. Aku pun nak tergelak juga. Hehehhehehe

  11. penyibuk berkata:

    assalamualaikum.salam aspirasi..benner hilang lagi ker????blh percaya ker ni??? ker saja nak buat propaganda..org sendi di buat turun kata org lain..kalu silap tuduh silap2 blh jadi fitnah palk..xtakut ker @ tak tau aper hukumnya kalu fitnah ni…harap muslimat muslimin sekalin tau lah kan aper hukum dia..kalu nak tuduh seseorg 2 nak lah selidik dulu ada bukti baru blh tuduh ker nak aper ni bukti x dan nak tuduh org pulak..ish2 kesihan..ini kah ajaran islam yang dia ajar.. tah lah wahai sahabat lu pikir lah sendiri..

  12. promusm berkata:

    Pihak kami hanya menulis berita yang sahih. Jika sesiapa ada maklumat, bolehlah emailkan kepada kami, reform.aspirasi@gmail.com. Jika tidak ada, tak perlu lah membuat spekulasi di komentar ini. Universiti kita kan Apex. Sekadar pandangan.

    ::MEJA EDITOR::

  13. penunggu dtsp berkata:

    er… nape ehk korg leh terus tuduh che mat yang maw semua hal ini… korg ada bukti ker? fitnah tu beb… pape pun saya mmg simpati dgn pim yang tidak putus2 terima musibah… sabar la ehk… sebab doa orang yang teraniaya mmg ALLAH makbulkan… saya mmg x perasan pun banner tu leh hilang… insyallah jika saya nampak sesuatu yang berkaitan saya akan maklumkan kepada yang berkaitan…

  14. penunggu dtsp berkata:

    er… maaf… salah eja… bukan pim tp pmi.. seribu kemaafan… bkn maw tp wat… seribu kemaafan…

  15. penyibuk berkata:

    sy bukan aper sekadar nak tau jer..ada kah benar geng aspirasi yang buat..tomohan2 mcm 2 boleh menjatuhkan aib org tau..dosa besar kalu xsilap sy lah.,,sy x buat spekulasi dalam blog ni sekira nya tuan puan sekalian x buat cerita yang bukan2..berani kerana benar..kalu betul lah aper yang dikatakan cek mat yang buat..mana buktinya..tunjuk buktinya..jatuh marua dia,,.kalu dia x buat kat akhirat nanti di tuntut aper yang korang tabur fitnah kat dia..ingat lah sahabat setiap perbuatan kita Allah akan balas balik…buat baik akan dibalas baik..

  16. Awang Selamat. berkata:

    Assalamualaikum… Berikutan kes banner yg hilang ni, sy berpendapat bahawa, adalah baiknya jika pihak2 tertentu menyiasat sebaik2nya siapakah yg menjadi punca angkara ini.. siasat dulu, tuduh kemudian… sekiranya benar ada pihak yang mengambilnya, pulangkan ia kembali ke tempat asalnya, jangan ambil yg bukn hak kita hanya kerna perbezaan politik yg biasa… ingat ” kita ialah saudara se-Islam”.. ” semua manusia sama saja, yg membezakkan mereka ialah amal & taqwa kpd Allah.. soal kalah atau menang dalam PRK tidak menjadi isu, tetapi kpd mereka yg menang…bawalah ISLAM setinggi-tingginya dan hapuskanlah sebarang bentuk maksiat & perkara Lagha yg mungkin berlaku di bumi minden ini… Adakah kita merupakan insan berminda kelas pertama?? jika berpecah belah hanya kerana perbezaan fahaman politik… sebagai mahasiswa di bumi APEX ini, kita sepatutnya bersatu menggembeling tenaga dalam memacu dan membangunkan universiti setanding dengan universiti2 ternama di persada antarabangsa… bukan nya asyik menunding jari @ bergaduh tentang perkara remeh… Ini akan merosakkan mahasiswa itu sendiri… ” Lupakanlah segala persengkataan, hubungkn kembali tali persaudaraan, kerana org beriman itu bersaudara, saling bertolong bantu berkasih mesra, agar generasi kita di masa hadapan bangga dengan apa yang kita wariskan..” ISLAM ITU INDAH…

  17. Awang Selamat. berkata:

    Assalamualaikum… Berikutan kes banner yg hilang ni, sy berpendapat bahawa, adalah baiknya jika pihak2 tertentu menyiasat sebaik2nya siapakah yg menjadi punca angkara ini.. siasat dulu, tuduh kemudian… sekiranya benar ada pihak yang mengambilnya, pulangkan ia kembali ke tempat asalnya, jangan ambil yg bukn hak kita hanya kerna perbezaan politik yg biasa… ingat ” kita ialah saudara se-Islam”.. ” semua manusia sama saja, yg membezakkan mereka ialah amal & taqwa kpd Allah.. ” soal kalah atau menang dalam PRK tidak menjadi isu, tetapi kpd mereka yg menang…bawalah ISLAM setinggi-tingginya dan hapuskanlah sebarang bentuk maksiat & perkara Lagha yg mungkin berlaku di bumi minden ini… Adakah kita merupakan insan berminda kelas pertama?? jika berpecah belah hanya kerana perbezaan fahaman politik… sebagai mahasiswa di bumi APEX ini, kita sepatutnya bersatu menggembeling tenaga dalam memacu dan membangunkan universiti setanding dengan universiti2 ternama di persada antarabangsa… bukan nya asyik menunding jari @ bergaduh tentang perkara remeh… Ini akan merosakkan mahasiswa itu sendiri… ” Lupakanlah segala persengkataan, hubungkn kembali tali persaudaraan, kerana org beriman itu bersaudara, saling bertolong bantu berkasih mesra, agar generasi kita di masa hadapan bangga dengan apa yang kita wariskan..” ISLAM ITU INDAH…

  18. Awang Selamat. berkata:

    perangi maksiat di bumi Minden ini…. “SAY NO TO MAKSIAT” ” to the candidates of PRK who win this coming by election, dont forget to lead this university very well based on ISLAMIC style… even, there are many students that have diffrent religious or believe… dont worry Islamic style is very suitable for all of us no metter where do you come from.. dont be too much concern about political issues until forget to represent Islam & dakwah to the other peoples… Life is a long journey… the true life is AKHIRAT… Dunia is just the temporary… Remember ALLAH swt alwayz…

  19. penyibuk berkata:

    tau pun awng selamat…siasat dulu saper yang buat..itu yang sepatutnya dilakukan..bukan menunding jari kepada cikmat and the geng sahaja..yang tuduh pun org islam kita yang dituduh pun org islam kita jugak..kalu sesama kita bergaduh kerana fahaman @ idealogi yang berbeza baik xpayah lah..buat rugi je..sy harap sesiapa yang tabur fitnah tuduh org 2 tuduh org ni harap g mintak maaf lah..nak ker kita hidup penuh dgn dosa..jangan kita mernggunakan agama ..lu pikir lah sendiri kalu lu kata lu org islam

  20. pang lima belas berkata:

    yang menuduh ni pun sebenarnya tak cerdik jugak.. terlalu banyak buruk sangka pada orang.. inikah pejuang islam? masalah sikap… kalau betul cikmat tak buat?

    “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. ” al-Hujurat:6

  21. WAKIL BEBAS... berkata:

    salam semuanya…

    jangan tuduh menuduh..yg sokong aspirasi tuduh prom.yang sokong prom tuduh aspirasi..lama dh saya ikut kamu ni… pandangan sylah kan..klu banner hilang tu sekali xpa lah nk kata propaganda pun..ni dah bertahun2 hilang.. tkknlan orng yang hasilkan tu nk buang sendiri…cetak mahal2 pastu nk sabotaj diri sendiri.. tu pemikiran yang bodoh. budak tadika pun xkn fkr mcm tu.. tepuk dada tanyalah akal.. sape yang xsuka PMI kat U ni? setahu saya ASPIRASI lah, sape lagi? bukan begitu CHE MAT 2.4 CGPA?????

    khas buat CHE MAT TERSAYANG… 2.4 CGPA..

  22. penyibuk berkata:

    ko ni pun satu..kalu nak tuduk seseorg tu jangan lah tuduh melulu2..cek dulu betul ker x cek mat 2 dapat 2.4 CGPA dia..jangan dok dgr org kata sahaja..kalu cik mat dapat lebih daripada 2.4 kalu x silap fitah 2..selain itu juga menjatuhkan maruah cekmat je..cek lah dulu jangan dok pandai nak megaibkan org jer pandai..kamu lebin tau pasal hukum hakam dia..nanti jawab sendiri lah dalam lubang kubo..

    satu lagi nak kata aspirasi jatuhkan banner prom pun buat per..alah kenapa xblh kalu prom naj jatuhkan benner sendiri..bena 2 bukan nya reput pun kalu dia simpan untuk digunakan 2 @3 tahun lagi..ni lah kata kan provokasi yang ingin menjatuhkan aspirasi..ingat aspirasi ni jahat sangat ker..kalu aspirasi ni jahat dah laman prom xleh melakukan aper yang dia nak..selama ni pun ada jer prom buat aktiviti xda halangan pun..pikirlah jangan dok tuduh jer pandai..

  23. jiwa PROM berkata:

    sapa makan cili terasa pedas kalu tak jatuhkan diam jer la ni bising2 plak orang kata yang buat salah jer melenting hahahahahahahahaha

    em betulker pointer che mat 2.4 hehehhehehehehe em ader dgr gk che mat tidur dalam klas hahahhaahahah tu dgr la tak pasti hehehehehheh

  24. penyibuk berkata:

    ada jugak makan lada x terasa poedas sbb lada yang dimakan x pedas..hahahahaah..

    ni lah kelemahan org melayu kita..kalu x menjatuhkan seseorg 2 xboleh..ada jer buat ceritanya..cekmat tdo dlm kelas lah pointer dia rendah lah..aper2 lah..kenapa cekmat jer yang harus diperkatakan..sedangkan org lain yang rendah pointernya n lagi ramai yang tdo dlm kelas tdak diperkatakan..ini mungkin salah satu sebab untuk korang menjatuhkan cek mat..perangai mcm ni elok ker dalam islam..kita tau setiap orang itu x trlepas dari melakukan kesilapan..

    pikir2 lah wahai jiwa prom…jangan dok nak tgok kelemahan orang sahaja..kita tgok kelemahan kita dulu..sedangkan diri kita sendiri x berapa betul nak kata kat org baik x payah lah..

    sy sendiri pun bukan lah insan yang sempurna..
    p/s elakkan lah dari menabur fitnah kepada org lain.berdosa besar..
    kalu kata2 sy ni salah tolong perbetulakn

  25. Muslim berkata:

    Salam…
    Hairan tgk org muda Islam zaman lor ni. Sesama sndiri dok bergadoh dn saling memfitnah. Org muda Islam zaman skrg ni dok berjuang guna semangat je lbh.. Lnsng xde guna ilmu. Masing2 dok fanatik ngan group masing2. Same je ler org yg dok mengaku kononnya brjuang utk Islam ni dn jg group yg sbaliknya. Masing2 dok mengaku kononnya brada di atas jalan kbenaran. Tp mrka sendiri bkn berada di atas kebenaran. Masing2 perangai lebih kurang sama je.. Org2 yg kononnya berjuang utk Islam ni, lebih alim dan pandai drpd ulama. Sedap2 je mrka memnetapkan hukum dan fatwa sndiri. Pandai2 mrka menggunakan ayat2 al-Quran utk kepentingan group sendiri bknnya utk kebenaran. Ambil mana yg mereka suka dalam al-Quran yg kena ngan prinsip group mrka. Yg lain2 ditinggalkan dn disembunyikan. Guna nama Islam utk meraih pengaruh dn kekuatan. Dan pengikut2 yg jahil dn kurang berilmu ni plak senang2 trpengaruh dn trtipu tanpa menilai kebenaran dan kesahihannya. Trpengaruh dn terpedaya dgn kata2 indah semangat yg dilontarkn oleh tekong2 (ketua2) mrka. Itu dikatakn fanatisme. Brjuang atas dasar semangat bukannya ilmu. Group2 fanatik ni klau diberikan hujah kbenaran pn, mreka xkan menerimanya sbb terlalu FANATIK dn TAKSUB sgt ngan group masing.. Kepada group2 ni kembali ler kdp Islam yg sebenarnya. Masukklah ISlam scara total. Bnykan lah belajar ilmu agama. Jgn nak dok tunjuk pandai dlm beragama dn perjuangan. Contohilah perjuangan Rasulullah. Jangan mempergunakan nama Islam untk kpentingan group sndiri. Itu membuat fitnah atas agama sndiri. Bergembiralh orng2 kafir melihat perpecahan org Islam ni. Pasai hal banner pn bleh nak cari modal utk brtelagah. X tahu ler klau hal besar lps ni, hancur negara jdnya. Sdngkan sillaturahim dn ukhwah sesama saudara Islam itu lbh pnting klau nak dibandingkn ngan banner atau hal dunia yg lain.. Dr sini kita bleh melihat niat mrk utk Islam… Bkn utk mengukuhkan, tp menghancurkan. KEJAHILAN YG DISALUT ATAS NAMA ISLAM dn PENIPUAN YG DISALUT ATAS NAMA KEBENARAN… Renung2kanlh…

    p/s: Kpd org2 yg dok mengaku mmperjuangkan Islam dn kebenaran ni, jgn mendatangkan fitnah kpd Islam. Klau betul2 kamu ikhlas ingin menegak Islam, ikut petunjuk al-Quran dn as-Sunnah. Jangan ikut semangat dan nafsu kamu sndiri dlm berjuang. Jgn kamu skali2 mngotorkn agama Islam ini.. Islam itu adalah agama ketaatan.. iaitu ketaatan kpd perintah Allah dan perintah Rasulullah. Bknnya dok ikut kpala otak kamu dlm beragama. Klau betul2 nak berjuang dlm Islam, ikut apa yg Islam ajarkn..

  26. promusm berkata:

    Kepada Muslim,
    Sdr balik, bukak Sirah perjuangan Nabi Muhammad s.a.w dahulu. Jangan merapek ye… Sila bukak bab Ghibah… Sekian.

    ::Editor SM::

  27. Muslim berkata:

    Kpd editor SM,

    Maaf, sy xdk merepek. Sy brkata yg benar. Dn sy x fahm knapa editor SM tiba2 mengaitkan apa yg sy tulis sblm ini dgn bab ghibah (mengumpat)? Adkh editor Sm nk mmprtahankn org2 yg mengumpat, menghina, mengutuk. memfitnah dn brkata keji kpd saudara semuslim yg lain dgn mmberi hujah ghibah itu dibolehkn? Apkah niat pengumpat yg ‘suci sgt itu’, bleh mengubah hukum ngumpat yg dilarang itu kpd dibolehkn? Bleh editor Sm terangkn?

    Tp wlau apapn, sy mau tanya kpd editor Sm, apa hukum mengumpat (ghibah)? Dn keadaan apa mengumpat itu dibenarkn?
    Dn buku sirah mana yg editor SM rujuk? Sila bg maklumat brkenaan smber trsebut? Sy teringin sgt nak check buku trsbt.
    Bleh editor Sm bg dalil al-Quran dn hadis yg menyokong hujah / kenyataan editor Sm?
    Apkh keadaan diatas itu bleh dijadikan alasan utk ghibah itu dibolehkn wlaupn ada pengecualian dlm ghibah ini?

    Di sini biar sy srtakn sepotong artikel yg dp membantu editor SM dn yg lain memahami ghibah dn hukumnya dlm Islam…

    ————
    SM Editor: Sdr. dah jelaskan ye. Cuma sayang tekan kenal siapa penzalim, sebab itu tidak kenal siapa pula yang boleh dighibahkan. Sekian.

  28. Muslim berkata:

    Persoalan Gihibah Secara Umum
    “Tahukah kamu apa itu ghibah? Mereka menjawab Allah dan Rasul-Nya lebih tahu. Bagaimana pendapat kamu jika apa yang aku katakan ada pada orang itu? Baginda menjawab: Engkau telah menghibah dia tetapi bila tidak ada padanya maka engkau telah berdusta kepadanya”. (Hadis Riwayat Muslim)

    Erti ghibah atau umpat (mengumpat) ialah: Kata-kata yang bermaksud untuk menodai nama orang (merugikan orang). Kata-kata mengeji (mengejek). (Lihat: KAMUS DEWAN, Edisi Ketiga, Dewan Bahasa dan Pustaka) Atau memperkatakan tentang keburukan orang lain di belakangnya yang tidak disukai oleh orang tersebut. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah menjelaskan erti ghibah dengan sabdanya:
    “Ghibah adalah engkau menyebut-nyebut seseorang tentang apa yang ada padanya dari belakangnya (tanpa diketahuinya)”. (Lihat: Sahihul Jami’ No. 4062. Al-Albani)
    “Ghibah ialah engkau menyebut-nyebut saudaramu dengan sesuatu yang dia tidak disukainya”. (Lihat: Sahihul Jami’ No. 4062. Al-Albani)

    Setiap mukmin wajib mengetahui hakikat ghibah agar tidak diperangkap oleh iblis (talbisu-iblis-تلبيس ابليس) melalui ghibah yang diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Ghibah yang haram atau yang batil wajib ditinggalkan. Namun para ulama Salaf as-Soleh tidak mengharamkan secara mutlak semua jenis ghibah, sama ada ghibah yang melalui perkataan, kritikan, tulisan, ucapan, perbuatan dan sebagainya.

    Secara umumnya, ghibah adalah dilarang sebagaimana dalil berikut,

    “Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan pra-sangka (kecurigaan), kerana sebahagian dari pra-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seseorang di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” (al-Hujurat 49: 12)

    “Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela…” (al-Humazah 104: 1)

    Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa Utsman dan Ibnu Umar berkata: “Masih segar terdengar di telinga kami bahwa ayat ini (104: 1, 2) turun berkenaan dengan Ubay bin Khalaf, seorang tokoh Quraisy yang kaya raya, yang selalu mengejek dan menghina Rasul dengan kekayaannya.” (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi hatim yang bersumber dari Utsman dan Ibnu Umar)

    Dalam riwayat lain dikemukakan bahwa ayat ini (104: 1, 2, 3) turun berkenaan dengan al-Akhnas bin Syariq yang selalu mengejek dan mengumpat orang. Ayat ini turun berkenaan sebagai teguran terhadap perbuatan seperti itu. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi hatim yang bersumber dari as-Suddi)

    Dalam riwayat lain dikemukakan bahwa ayat ini (104:1-3) turun berkenaan dengan Jamil bin Amir al-Jumbi seorang tokoh musyrik yang selalu mengejek dan menghina orang. (Diriwayatkan oleh Ibnu jarir yang bersumber dari seorang suku Riqqah)

    Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa Ummayah bin Khalaf selalu mencela dan menghina Rasulullah apabila berjumpa dengannya. Maka Allah menurunkan ayat ini (104: sampai akhir surat) sebagai ancaman siksa yang sangat dahsyat terhadap orang-orang yang mempunyai anggapan dan berbuat seperti itu. (Diriwayatkan oleh Ibnul Mundzir yang bersumber dari Ibnu Ishaq)

    Ghibah (Mengumpat) Yang Dibenarkan

    Para ulama Salaf as-Soleh telah menghalalkan ghibah dalam beberapa hal:

    Pertama: Dibolehkan menghibah, mengkritik keburukan, kesesatan, kekufuran, penyimpangan dan kenifakan para penyesat. Iaitu dengan niat untuk memberikan peringatan dan nasihat kepada umat Islam agar berwaspada terhadap mereka. Malah menurut kesepakatan ulama, dibolehkan menghibah dan menyebut bid’ah dan keburukan mereka supaya menjadi peringatan kepada orang-orang yang beriman agar menjauhi mereka dan bid’ah-bid’ahnya. Amalan inilah yang dipilih oleh Imam Ahmad rahimahullah sebagaimana yang dapat difahami dari jawapan beliau ketika ditanya:

    “Telah bertanya Muhammad bin Bandar al-Jurjani kepada Imam Ahmad: Sesungguhnya amat berat bagiku untuk mengatakan: Si Fulan itu begini dan Si Fulan itu begini. Maka berkata Imam Ahmad: Jika engkau mendiamkan diri dan aku mendiamkan diri, maka bilakah Si Jahil akan mengetahui yang benar dan yang keji (yang berpenyakit di hatinya)?” (Lihat: مجموع الفتاوى 28/231. Ibnu Taimiyah. Lihat: شرح علل الترمزي , 1/350)

    Imam Ahmad dengan ketegasannya menghibah (menceritakan keburukan) seseorang ahli bid’ah jika sudah jelas bid’ahnya. Beliau ditanya berkenaan Husin al-Karabisi (ahli bid’ah), beliau menjawab:

    “Dia Ahli Bid’ah”. (Lihat: تاريخ بغداد 8/65-66)

    Menurut Imam Ahmad rahimahullah: Apabila seseorang itu telah ternyata sebagai ahli bid’ah, maka beliau berpendirian wajib mendedahkan (menghibah) ahli bid’ah tersebut dan bid’ah yang dilakukannya. Ketika beliau ditanya:

    “Ditanyakan kepada Imam Ahmad: Manakah yang paling engkau cintai, seorang yang solat, puasa dan i’tikaf ataukah orang yang memperkatakan (menghibah) ahli bid’ah? Maka beliau berkata: Apabila seseorang itu bersolat, puasa dan i’tikaf, itu hanya untuk dirinya sendiri. Apabila membincangkan (menghibah) keburukan ahli bid’ah, maka itu untuk kaum Muslimin. Inilah yang lebih utama”. (Lihat: مجموع الفتاوى 28/231. Ibn Taimiyah)

    Abu Zur’ah rahimahullah juga menjelaskan tentang al-Harith al-Mahasibi dan kitab-kitabnya, beliau berkata:

    “Hendaklah kamu berhati-hati terhadap buku-buku ini. Ini buku-buku (kitab-kitab) bid’ah dan sesat. Maka wajib bagi kamu berpegang kepada atsar (pegangan para sahabat)”. (Lihat: الاجوبة المفيدة عن اسئلة المناهج الجديدة hlm. 13. Soleh bin Fauzan)

    Walaupun mereka yang dighibah mempunyai beberapa kebaikan, namun pendirian dan sikap para ulama Salaf as-Soleh dengan niat untuk membanteras kemungkaran, kejahatan dan kesesatan, maka melalui kaedah Jarh wa-Ta’dil dibolehkan menghibah mereka demi untuk menghalang dari tersebarnya kemungkaran. Sebagai contoh, para ulama Salaf as-Soleh telah menghibah golongan Jahmiyah, Mu’tazilah, Khawarij dan semua firqah yang sesat dan penyesat.

    Begitu juga dibolehkan menghibah keburukan para perawi hadis demi untuk menyelamatkan kesahihan hadis, maka mereka tidak dilarang menghibah para perawi dengan menyebut kesalahan-kesalahannya, seperti dikatakan Si Fulan mungkar, tidak dipercayai, lemah, pelupa, kazzab (pembohong) dan sebagainya. Imam asy-Syaukani berkata:

    “Dan yang menjadi hujah atas hal ini adalah dalil-dalil yang jelas seperti hadis mengenai nasihat kepada Allah, kitab-Nya, Rasulnya dan para pemimpin Islam khususnya dan umat Islam umumnya kerana menjelaskan pembohongan para pendusta adalah merupakan nasihat yang paling besar kepada Allah dan Rasul-Nya”. (Lihat: Raf’u ar-Raibah. Hlm. 27. Tahqiq Muhammad Ibrahim asy-Syaibani. Maktabah Ibnu Taimiyah)

    Ibnu Taimiyah juga banyak membantah, mengkritik dan menghibah Ahli Kalam, Jahmiyah, Mu’tazilah, Sufiyah dan Asy’ariyah. Ibnu Taimiyah menghibah al-Akhnai’i الأخنائي)), al-Bakari dan selain mereka.

    Kedua: Dibolehkan menghibah semasa membuat aduan atau meminta bantuan kepada pihak yang berkuasa seperti menceritakan sifat seseorang semasa membuat aduan atau laporan kepada mereka. Memberi keterangan kepada hakim, mahkamah sivil, mahkamah syariah dan sebagainya, iaitu berdasarkan hadis:

    “Dari Aisyah radiallahu ‘anha berkata: Hindun, isteri Abu Sufyan pernah mengadu kepada Rasulullah: Sesungguhnya Abu Sufyan orang yang lokek, tidak memberi nafkah yang cukup buat anak-anakku, sehingga aku mengambil dari hartanya tanpa pengetahuan darinya”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

    Ketiga: Dibolehkan ghibah dan menceritakan sifat orang yang dighibah untuk meminta fatwa. Seperti seseorang berkata: Si Fulan telah menzalimiku dengan membuat itu dan ini.

    Keempat: Kerana kemaslahatan umum. Seperti peranan akhbar (mas media) menceritakan sifat seseorang yang hilang agar mudah dikesankan. Begitu juga dalam usaha membenteras keganasan, maksiat, mengesan orang-orang yang membahayakan orang-orang awam dan sebagainya.

    Kelima: Menyebut (Menghibah) keaiban (menjarh) saksi palsu (yang membuat pengakuan atau persaksian palsu) dalam persoalan yang berkaitan dengan nyawa (darah) kehormatan atau harta. Iaitu berdasarkan sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

    “Seseorang yang mampu membayar hutang, tetapi tidak membayarnya, maka halal kehormatannya dan hartanya”. (Hadis ini disahihkan oleh syeikh al-Albani rahimahullah. Lihat: Al-Misykah, No. 2919)

    Menurut al-Munawi rahimahullah ketika mensyarahkan hadis di atas ini bahawa: لَيُّ الْوَاجِدِ bermaksud: “Orang kaya”. (Lihat: Kitab Faidhul Qadir (dalam mensyarahkan hadis ini). Oleh al-Munawi) Di dalam kalimah عُقُوْبَتُهُ ia membawa maksud: “Seorang hakim membantu melaksanakan hukuman terhadap yang tidak mahu membayar hutangnya dengan cara disebat atau dipenjarakan”. (Lihat: Kitab Faidhul Qadir (dalam mensyarahkan hadis ini). Oleh al-Munawi) Penjelasan ini menandakan bahawa orang kaya yang tidak mahu membayar hutangnya boleh dighibah sebagai peringatan kepadanya.

    Walau bagaimanapun tidak dihalalkan menghibah orang yang telah bertaubat dari kesalahannya, sebagaimana larangan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam terhadap mereka yang menghibah al-Aslami radiallahu ‘anhu yang telah bertaubat, yang mana setelah bertaubat beliau mendatangi Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam untuk membersihkan dirinya dari dosa berzina sehingga dilaksanakan hukuman rejam ke atasnya. (Lihat: Al-Ghibah wa-Atsaruha fi al-Muhtama, Bab 2, Syeikh Husin al-Awayisyah)

    Kesimpulan:

    Kritikan secara terang-terangan atau mengumpat/ghibah ke atas sesuatu individu atau kumpulan tertentu adalah dibolehkan dengan beberapa syarat yang ketat yang iaitu mana jika mereka (yang di-ghibah) yang mana sikapnya/pemikirannya membahayakan kelangsungan aktiviti umat dalam persoalan agama (bagi tujuan menjaga/menjamin ketulenan agama), dalam persoalan aqidah, dan keselamatan nyawa, atau dengan sebab menerangkan persoalan jenayah di dalam mahkhamah.

    Adapun mengumpat bagi tujuan memburuk-burukkan individu tertentu tanpa sebarang sebab yang boleh membahayakan kepada umat/masyarakat, maka itu adalah tidak dibolehkan dan ditegah sama sekali. Dan perlulah difahami bahawa dalam persoalan dibenarkan mengumpat ini bukanlah tujuan utamanya untuk memburukkan pihak yang diumpat, tetapi lebih kepada bertujuan menyelamatkan ummat.

    Adapun mengumpat pemerintah/penguasa, ia memiliki kaedah yang berbeza dan sebenarnya dilarang kerana ia memiliki prinsip dan adab yang khusus sebagaimana yang dijelaskan melalui pelbagai hadis-hadis Rasulullah s.a.w.

    ———————
    SM Editor: Terima kasih atas info di atas. Harap2 ini penulisan Sdr, bukan copy n paste. Kami (SM) setuju dengan semua perkara, KECUALI dalam bab Ghibah @ mengumpat kezaliman atau penyaksian tentang pihak-pihak ‘tertentu’. Selain itu fungsi kami (SM) adalah melaporan berita yang sahih diterima.

    Di sini, kami ada beberapa info tambahan. Asal hukum mengumpat adalah HARAM (49:6 & 49:12 dll), namun dalam Islam ada beberapa perkara keadaan dibenarkan demi mendapat keadilan hak serta membongkar kezaliman pihak-pihak tertentu. .

    Bab Ghibah juga boleh dirujuk dalam Ihya’ Ulumiddin. Menurut Imam al-Ghazali, terdapat 6 jenis ghibah @ mengumpat yang dibenarkan. ….(1)mangsa aniaya yang cuba menuntut haknya; (2)gol.daif yang cuba meminta pertolongan agar kezaliman dapat diubah; (3)seseorang ketika meminta fatwa @ hukum; (4)untuk menimbulkan rasa takut @ gentar dalam ummat agar jauh dari kezaliman; (5)merujuk pada satu-satu individu @ pihak tertentu yang hanya lebih dikenali dengan gelarannya; dan (6)boleh mengumpat Si Zalim @ fasik yang memang bangga dengan maksiat kefasikan @ kezaliman yang dilakukan…Kami yakin, pembaca sekalian boleh mencongak, kami sedang melaksanakan jenis2 ghibah yang berkaitan @ dibenarkan. Sekian.

  29. promusm berkata:

    P/S Editor SM : me de O’mata dan Muslim adalah cybertroopers yang sama kerana iD masing-masing adalah 219.93.152.34. Moga-moga semua pihak boleh melihat cybertroopers tersebut dan kami (SM)

  30. Muslim berkata:

    Kpd Editor SM, demi Allah. Sy hanya menguna username ini shj di wordpress Pro-M. Sy tdk ada kena mengena dgn ‘me’ atau ‘de O’. Sy rasa pihak SM ada masalah dlm sistem anda. Ataupn ada niat lain yg trselindung utk burukkn username ‘Muslim’ spy org lain yg mmbaca akn brasa sangsi trhadap username ini. Sila check email sy dn IP adress skali lg. Pastikn tiada kesilapan yg dibuat olh pihak SM. Sy tdk suka diri difitnah spt bgini. Sy bleh jg mengatakn pihak Sm tidak adil dn zalim dlm buat tuduhan..

    ———————-
    Editor SM: Kami judge berdasarkan persamaan iP dengan menggunakan aplikasi dalam wordpress. Sdr. jgn melalut dan prejudgement pihak kami pula kerana kami memaklumkan hal yang perlu dan sahih sahaja. PC kira, tanggungjawab kita sebenarnya. Sekian.

  31. Muslim berkata:

    Tambahan jg utk editor SM, sy tdk pernah mengatakan atau komen yg berita yg dikeluarkn oleh pihak SM itu adalh ghibah atau pn fitnah. Dn sy tdk mengatakn berita2 trsebut bkn ghibah ataupn bkn fitnah. Sila check balik penulisan sy. Dn sy tdk tulis pn siapa nama individu trtentu atau nama kumplan trtentu yg sy tujukn penulisan sy. Sy hanya tujukn itu kpd umum / general dn terutamanya jg kpd sume peng’komen’ berita diatas ini sbg peringatan.. Jd sy tdk berani menuduh mana2 nama individu atau nama kumpulan trtentu sbb sy tahu apa dosanya menuduh org tanpa bukti atau saksi yg boleh jatuhkn maruah org trsebut. Mgkn di sini editor SM trsalah fham apa yg sy tuliskn. Sila baca dn fahami balik smula apa yg sy tulis agar tiada salah faham lg. Dn ttg berita2 yg dkluarkn oleh SM ini, sy serahkn kpd Allah utk menilai dn menghukum berita2 SM ini dn niat penulis berita SM ini. Sbb sy bknnya ulama ataupn mufti utk menghukum benda2 yg besar ini. Sy hanya menyampaikn pesanan, nasihat dn peringatan shj. Dn sy jg cuma hamba yg lemah yg inginkn keredhaan Allah. Cuma siapa yg trmakan cili dia yg akn terasa pedas… Dn itu sy tdk boleh buat apa2. Mohon maaf..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s