ProM cadang ‘caretaker government’, ulangi tekad perubahan

Posted: Oktober 12, 2008 in Berita Kampus
Tag:, , , , , ,

CHEROH TO’KUN | Pengerusi ProM USM, Sdr. Adi Syahid Mohd Ali mencadangkan kuasa eksekutif MPP  USM diletakkan di bawah ‘caretaker government‘ kepada Naib Canselor USM, Y.Bhg. Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Razak berdasarkan Seksyen 16, Perlembagaan Universiti (PU) di sini kelmarin.

Ini (caretaker government) sekadar cadangan kepada ayahanda Naib Canselor kita kerana supreme power yang diperuntukan oleh Seksyen 16 (PU) memang boleh membubarkan MPP secara rasmi dan berperundangan,” cadang Sdr. Adi Syahid.

Beliau juga memaklumkan bahawa sepatutnya MPP USM ini boleh terbubar sendirinya sebagaimana dalam Seksyen 52(4) PU kerana tatacara Perlembagaan juga seharusnya ‘hidup’ selain disokong secara demokratik oleh pihak supreme power dalam Universiti sendiri.

Seksyen 16 Perlembagaan Universiti (PU) menyatakan, “…jika mana-mana petubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti menjalankan urusannya dengan cara yang, pada pendapat Naib Canselor boleh merosakkan…kepada kepentingan…melanggar mana-mana peruntukan mana-mana Undang-Undang Bertulis (Perlembagaan Universiti), maka bolehlah Naib Canselor…membubarkan pertubuhan…

Menurut Pengerusi ProM tersebut, caretaker government adalah nature practice dalam sistem demokrasi sama ada dalam peringkat negara atau kampus sendiri.

Ia (caretaker government) adalah nature practise. Caretaker government adalah kerajaan sementara yang diwujudkan dalam tempoh tertentu (kurang dari 90 hari) untuk menguruskan pentadbiran eksekutif sehinggalah Kerajaan baru dibentuk semula melalui proses pilihanraya yang demokrasi,” tambah Sdr. Adi lagi.

Ketika ditanya adakah ahli-ahli MPP ProM akan memberi isyarat meletakkan jawatan berdasarkan tatacara PU tersebut, Sdr. Adi Syahid memaklumkan bahawa ProM akan menyatakan pendirian rasminya dalam masa terdekat ini; selepas selesai konsultansi khusus bersama dua (2) orang peguam Hak Asasi Manusia (HAM) dan Unit Undang-Undang ProM USM sendiri.

Sdr. Adi Syahid juga mengulangi tekad merobah MPP USM dalam Pilihanraya Kampus akan datang agar diisi oleh pemimpin-pemimpin yang jujur; benar-benar mewakili suara maha- siswa (bukan proksi politik pihak-pihak tertentu) serta bersama-sama Universiti merealisasikan Apex.

Kenyataan ini dibuat di Majlis Rumah Terbuka DSAI dan keluarganya di sini kelmarin selepas bertemu dan menyampaikan ucapan ‘Aidilfitri serta salam PERUBAHAN kepada DSAI sendiri.

Deligasi ProM USM ini turut dihadiri oleh 4 Jurucakap ProM peringkat Pusat Pengajian (PP) universiti -END

Advertisements
Komen-komen
  1. ukhti serikandi berkata:

    wah…selamat hari raya ADI…hang memang hebat…duduk sebelah tokoh kepimpinan islam dan melayu lagi itu….kita memang pendokong islam syumul dan menegakkan keadilan dalam kampus….hidup ADI..takbir! takbir! takbir!. kita hapus korupsi dalam kampus…ingat student power !!!! SPF bersama kita….PROM adalah jambatan terbaik utk kita…saya sokong bakal YDP MPP 09/10 saudara ADI SYAHID MOHD ALI…he…he…he.. jangan marah….tengah semangat ni……..kuda perang sedang menunggu……

  2. pmium berkata:

    ye ke? alaaa.. nak bersumpah pun tak berani.. terjoget2 atas pentas masa di ijok pun ukthi leh iktiraf dia tokoh kepimpinan islam dan melayu ek.. masya allah.. ana rasa ukthi dah termakan fahaman islam liberal pembawakan zainulfaqar n pro M usm nih… kembali semula kepada perjuangan pmiusm yg asal.. jangan la sampai terlupa diri menaikkan seseorg semata2 mahu mengangkat adi sebagai calon pilihanraya kampus nanti…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s