Seksyen 52(4) PU, ProM persoal status MPP

Posted: Oktober 11, 2008 in Berita Kampus
Tag:, , , , , , ,

Dikemaskini 12.06 t/hari | Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Sdri. Siti Rogayah Bahari mempersoalkan kemunasabahan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) sendiri yang masih belum membubarkan MPP sesi akademik 2007/08 walaupun usia perjawatan MPP sudah melewati satu tenure (lebih dari setahun).

Memang saya persoalkan (hal ini). Sepatutnya BHEP sudah membubarkan MPP sebagaimana dalam Seksyen 52(4) Perlembagaan USM kerana tempoh perjawatan kami (semua ahli MPP) sudah melewati satu tahun atau 2 semester akademik,” tegas Sdri. Siti Rogayah.

Seksyen 52(4) Perlembagaan Universiti (PU) menyatakan “…ahli-ahli MPP dan pemegang-pemegang jawatannya hendaklah dipilih untuk satu tahun…”

Beliau yang juga Ahli MPP ProM USM mempersoalkan maksud ‘HENDAKLAH’ dalam seksyen tersebut sama ada bersifat optional (tidak wajik, pilihan) atau mandatory (perintah wajib).

Salah seorang founder Unit Undang-Undang PMIUM sesi akademik 2005/06, Sdr. Zainulfaqar Yaacob ketika dihubungi menjelaskan bahawa terma ‘HENDAKLAH’ dalam Seksyen tersebut sepatutnya dibaca secara berperundangan; bukan merujuk pada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau kamus-kamus bahasa am yang lain.

Maka, terma ‘HENDAKLAH’ dalam Seksyen 52(4) Perlembagaan USM membawa maksud mandatory atau perintah wajib kerana Undang-Undang dan Perlembagaan menuntut prinsip fiat justitia ruat caelum (undang-Undang perlu dilaksanakan biarpun langit runtuh),” tambah Sdr. Zainulfaqar lagi.

Sdr. Zainulfaqar juga menyifatkan keputusan KPT/Universiti menangguhkan pemilihan MPP pada Januari tahun depan kononnya atas pertimbangan ‘ketidakstabilan politik parti nasional’ sebagai suatu pertimbangan  yang dangkal dan tidak rasional.

Pengerusi ProM USM, Sdr. Adi Syahid Mohd Ali ketika dihubungi secara sinis mengatakan sedemikian:-

BHEP (segelintir staff sahaja) hanya akan menguatkuasakan undang-undang Universiti dalam perkara yang mereka ‘suka’ sahaja; (atau) demi memelihara kepentingan politik sesetengah pihak dan Aspirasi sahaja” .

Ketika ditanya, adakah pihak-pihak tertentu yang dimaksudkan tersebut adalah En. Nazrul (staff BHEP), En. Erwan (staff BHEP), En. Zul (staff BHEP) serta Sdr. Muhammad Sukri Ibrahim a.k.a Che Mat (Ketua Aspirasi), Sdr. Adi Syahid memberi respon sedemikian:-

Kita semua ma’ruf (ketahui) siapa sebenarnya yang saya maksudkan. Kata orang tua-tua, ‘siapa makan cili, dialah terasa pedasnya’… (dan) kita (mahasiswa USM) juga sebenarnya umpama ‘sekilas ikan di air, sudah tahu jantan bertinanya..,” sambil tersenyum.

Perjawatan MPP sesi akademik 2007/08 secara rasmi bermula pada 2 Oktober 2007. Ini bermakna tempoh perjawatan mereka sepatutnya tamat tempoh pada 2 oktober tahun ini. Apa kata mahasiswa USM? -END

Advertisements
Komen-komen
  1. Akhie FirDaus berkata:

    KPT juga telah mengarahkan istilah pilihan raya kampus ditukar kepada Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar. Istilah pilihan raya bagi KPT adalah setanding dengan Pilihan Raya Umum dan bakal membangkitkan semangat juang mahasiswa. Cukuplah dengan kalimat ‘pemilihan’ seperti memilih ketua kelas semasa sekolah rendah atau tadika sahaja…
    Sepatah kata Idris (Timb Menteri Pengajian Tinggi):
    “Kalau boleh buatlah PRK secara senyap-senyap, jangan sampai diketahui sesiapa terutama media!”
    Inikah ‘standard’ pemikiran seorang timbalan menteri kita?

  2. Kwn Rogayah berkata:

    quote :
    Memang saya persoalkan (hal ini). Sepatutnya BHEP sudah membubarkan MPP sebagaimana dalam Seksyen 52(4) Perlembagaan USM kerana tempoh perjawatan kami (semua ahli MPP) sudah melewati satu tahun atau 2 semester akademik,” tegas Sdri. Siti Rigayah.

    Ye ke rogayah yang buat ulasan tu? kalau betul.. patut la tak bagus pun jd mpp.. tak sumbang ape pun.. tp kalau salah.. jelas dan nyata ProMahasiswa ni bukan dari USM.. tengok ayat pun dah tau.. bukan budak USM je yang guna perkataan sekolah di USM ni..

    Ape punya ulasan la nak salahkan BHEPP.. tatau la baca ke tak PU tuh.. tersedia ada tertakluk kepada Naib Canselor.. g pejabat nc la.. bhepp ada tnc.. bukan ada kuasa pun..

    nampak sangat bukan dak usm promahasiswa pnya blog ni.. tipu ni.. tak baik tauuuuu

  3. Kawan 'Kwn Rogayah' berkata:

    Betullah perlembagaan tu. Sebenarnya ‘Kwn Rogayah’ nih Nazru…pegi desa tanya macam mana budak BHEP ini. Pedas…Pedas…Pedassssss

  4. Anak Muda Reform berkata:

    yang penting korang bodoh…tarikh PRK nih, jika dalam demokrasi yang sebeno, selepas je pegang kuasa, kita dah tahu PRK akan datang, barukan pihak pemerintah ke, pembangkang ke, punya masa yang sama untuk berkempen..so, kalu singkat sekali pun tempoh kempen, tak kan dipersoalnkan..

    dinegara2 maju, britain dan amerika, tengok kerjasama wakil2 rakyat yang dipilih, bekerjasama dengan baik, tahu sebab ape..sebab ruang demokrasi diberi sebaik mungkin…rakyat nak demo, bagi, pembangkang nak demo, bagi..bile time pilihanraya, rakyat yang menentukan ok ke tak kerajaan sedia ada..bagi pembangkang, mereka pasrah dengan keputusan rakyat, sebab mendapat ruang demokrasi yang luas..mereka didik rakyat, rakyat yang puyer kuasa menentukan kepimpinan negara..k

    Kampus Milik Mahasiswa….Tiada Mahasiswa, Tiada Universiti…CHANGE, We Need!!!

  5. Kawan 'Kwn Rogayah' berkata:

    Waaahhhh….ayat last Kau nie mengingatkan aku pada Obama. Jgn2 kau nie sepupu sepapat Obama ape? Aku setuju dengan pandangan Kau. 😉

  6. sabar berkata:

    yeke ‘kwn rogayah’ tu nazru?
    waa…mantopla promahasiswa ni..sampai menggentarkan pakcik Aru…syabasy beta ji! haha..

    tertunggu-tunggu respon si kencana dewi dan zul comel..

  7. ukhti serikandi berkata:

    la ya ke tak bubar lagi ni …is nampaknya semua budak proM dah kemaruk nak naik jadi MPP,,, semangat 5 negeri kot….hep pun satu kenapa la lambat sangat nak bubar…..bubar je la bukan susah sangat pun kan…cakap kita bubar dah la…tak pun anta satu surat yang mpp terbubar…gayah pun dah letih tu dok kat kerusi mpp …banyak sangat dh kerja yang ditanggung beliau …..cian tul…yang cek mat pun dh la dok atas….kita mahu ADI ….ADI…ADI…yang bijak sana dan cemelang…idup ProM ….jangan bg budak PMI lak kan banyak keja lak yg kena buat….bagi SPF pun tak leh gak sebab tak pandai cakap melayu…..ASPIRASI lagi hampeh…….kita mahu ADI gak…Nak ADI…..ADI…..ADI…..

  8. azhar nydp mpp berkata:

    wah…kagumnya gayah baca perlembangaan universiti…maklumlah..kak gayah kte ni kan bz orgnye…time awal pembentukkan MPP, bkn main lg nak wat mcm2 projek..tp bile YDP MPP suruh anta paperwork..satu pun x siap..tp xpelah..kte faham dgn kesibukan kak gayah..tp klw bleh lain kali baca la PU tu sampai abis ek..tp kitorg x salahkan kak gayah..maklum la..bz la katakan..maybe baru sempat baca sampai situ ja..xpe2..nanti klw ade mase free lg…kak gayah baca sampai abis ek..

    p/s: simpati melihat kak gayah yg sgt sibuk dgn urusannya sampai x sempat pun nak dtg meeting MPP..harap kak gayah dapat rehat secukupnya dan jgn sibuk buat kerja sampai x mkn plak..nanti jatuh sakit..pro-m sgt2 memerlukan kak gayah…

  9. Kawan 'Azhar' n Rogayah berkata:

    Alaaahhh Azhar, kau balik dan pegi minta blueprint perancangan Che Mat dalam MPP dulu. Nanti aku minta ahli2 MPP ProM paparkan minit. Kita tengok ape YDP kita buat dlm meeting ye. Aku nak tergelak lah dengan kau nie. Hahah

  10. siti rogayah berkata:

    salam azhar..
    makasih atas keprihatinan..
    cuma nak explain la sikit atas kekeliruan tu..

    pasal hanya 1 paperwork yg che mat mintak hantar tu, itu kan projek yg sy sendiri ilhamkan..(tak masuk dlm perancangan che mat)
    then, masa meeting dgn en Nazru, kan kita ada perubahan perlu dilakukan..mula-mula planningnya nak buat utk siswi sahaja, tp en Nazru tak bagi, beliau suruh buat utk kedua2 siswa dan siswi..(ke dah lupa?) so, i need my time to change everything..bukan senang nak menghasilkan paperwork yg mantap..payah nak lepas kat HEP..(kalau dah lupa, nak ingatkan)

    then, sekali lagi anda dah lupa azhar..kita dah putuskan utk batalkan paperwork tu dalam meeting lepas tu sbb clash dgn program silat..jadi, apalah gunanya paperwork itu dihantar lagi? maka, telah burn la segalanya..(jelas kan, azhar?) tak payahla hal tu jadi modal aspirasi lagi..sbb mmg sy tak bersalah dalam proses penghantaran paperwork tu..

    erm, ada lgi, dah lupa ke paperwork sy yg digunakan utk prgm Pembangunan Lestari? yang ditukar pengarahnya daripada saya sendiri kepada didi? bukankah itu hasil usaha sy? paperwork yg beberapa kali di edit dan dah diluluskan telah diambil-alih org lain..tp takpe, saya redha..alhmdulillah, at least, idea sy dan shbt2 proM dpt membantu mhsswa mengenal apa itu pembangunan lestari..

    terima kasih sbb pernah JERKAH sy dalam meeting..tp takpa ja.. sy tahu azhar ni suka berlakon..=.=

    papapun azhar, doa saya utk awak, semoga selamat semuanya..teruskan perjuangan yg masing2 kita yakini..sy tak paksa pun azhar masuk proM..sbb mmg medan perjuangan kita berbeza..kalau paksa pun, azhar mesti xmau punya kan? dalam mimpi pun xmasuk. hehe..so, walau apa jua post kita, semoga kita tak lari daripada syariat..mudah-mudahan..

    p/s: kalau buat rumah terbuka, jgn lupa jemput sy..dekat ja rumah kita..=.=

  11. dogol berkata:

    aku bukan apa…tgk budak aspirasi ni..emosi sangat..x intelektual lansung..tgk la cara mereka menulis, bercakap dan lain-lain…al maklumlah kerbau di cucuk hidung…aku cadangkan aspirasi ni ikot ariff….baru syok..huhu

  12. kerbau berkata:

    alah kecut perut dah si azhar 2..bukan reti pun nak baca perlembagaan..

  13. azhar nydp mpp berkata:

    ooo..klw mcm tu, mmg hebat la kak gayah kte ni..
    sampai paperwork yg ‘dia buat sendiri’ pun org bleh curi…maknanya mmg mantap dan bernas la idea kak gayah kte ni…

    a’ah…mmg azhar ni dah kecut perut…x reti nak baca perlembagaan..jd disebabkan kejahilan saya ttg perlembagaan ni..nak mintak la kak gayah komen sket pasal bahagian y last skali dlm perlembagaan universiti..tp klw xmau komen pun xpe..sy tau kak gayah bz..

    p/s: sy doakan semoga kak gayah dpt menduduki peperiksaan dgn tenang…

  14. bidadari berkata:

    udah ler tu azhar..xgentleman lah hang ni… dgn pompuan pn nk gaduh2, jerkah2… malukan aspirasi ja.. cik gayah xpyh layan la bdk aspirasi ni…buang mase je..dah la komen x membina lgsng… kite ni smua same je fitrahnye..masing2 nk kbaikan.. tp jgn la guna cara kotor, maki hamun org..xbaik…

  15. kawan dogol berkata:

    ariff aspirasi tu kaki bangkang nazru.aspirasi sekarang kaki bodek nazru.aku baca blog ariff tu pun sekarang panas.selamber badak jer kutuk aspirasi dengan hep.tapi aku dengar dia dengan ketua aspirasi yang budget bagus tu sama geng.bdk johor.sandiwara je dua orang aspirasi tu.macam lagu kumpulan iklim.aku cadangkang aspirasi ikut wan zul.orang kuat aspirasi yang hanyut budak pengajian jarak jauh ala phd.

  16. penunggu dtsp berkata:

    “aku bukan apa…tgk budak aspirasi ni..emosi sangat..x intelektual lansung..tgk la cara mereka menulis, bercakap dan lain-lain…al maklumlah kerbau di cucuk hidung…aku cadangkan aspirasi ni ikot ariff….baru syok..huhu”

    leh saya tahu sapa arif yang dimaksudkan?
    hehehehe.. maaf klu nmpk sgt yang saya nie x tau pape

  17. siti rogayah berkata:

    salam azhar..makasih doakan sy tenang dlm exam..smg Allah makbulkan..
    utk azhar pun, moga Allah permudahkan..ameen..

    ni azhar, nak sy komen psl seksyen mana ya dalam PU? make it clear plis..
    makasih ya azhar ^__^

  18. Penyokong berkata:

    la…yang korang dok emo- emo dalam blog ni ape hal..buat penat tangan je menaip..tapi takde jumpa penyelesaian…cubalah berhikmah skit…mana kualiti pelajar Universiti Apex, beb?buktikan ah yang korang ni bukan jenis yang ‘cakap tak serupa bikin’…hahhaha….kesian aku tengok korang ni….masing2 dok bodohkan diri marah sana marah sini…come on lah…takkan korang semua ni dicucuk hidung? hai…pelik ah…lain sungguh sekarang ni….nak kata bengong…cerdik2 je semua…

  19. kawan dogol berkata:

    Penunggu dtsp
    ‘leh saya tahu sapa arif yang dimaksudkan?
    hehehehe.. maaf klu nmpk sgt yang saya nie x tau pape’

    aku rasa dia ada komen kat bahagian about us.ariffss blogspot dot com. aku baca artikel dia pasal tun.ada komen yang kata dia pun bekas ketua aspirasi macam che amat.

  20. ain berkata:

    panas2…. xbaca AUKU abes ka Gayah oi…. seksyen 16 kata kuasa NC bubar MPP bkn BHEPP… apa jadi MPP xtau nie… hang nie… buat mahu ja… nie lagi satu… bukak AUKU baca Seksyen 16 : Kuasa Naib Canselor untuk menggantung atau membubarkan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar.
    Kuasa Naib Canselor untuk menggantung atau membubarkan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar 16. Jika mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti menjalankan urusannya dengan cara yang, pada pendapat Naib Canselor, boleh merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada kepentingan atau kesentosaan Universiti, atau kepada kepentingan atau kesentosaan mana-mana daripada pelajar atau kakitangan Universiti, atau kepada ketenteraman atau keselamatan awam, atau jika mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan itu melanggar mana-mana undang-undang bertulis, Naib Canselor boleh menggantung atau membubarkan pertubuhan, badan atau kumpulan itu.
    AUKU seksyen 16 jelas kata kalau MPP mentadangkan kemudaratkan buat kampus… dalam tempoh satu tahun(seksyen 52(4)), NC boleh bubarkan…adakah MPP memudaratkan kampus skrg?? kalau ada… hanng la kot… oppsss… maaf ya… salam ASPIRASI…

  21. Pengamal Undang2 UM berkata:

    PU sepatutnya bergerak dan hidup sendirinya secara rujukan dan keputusan manakala supreme power (iaitu NC) sebagaimana dalam Perkara 16 PU tersebut merupakan salah satu simbol dan ‘peruntukan’ actualise kuasa utama bagi membuat satu-satu keputusan. TNC HEP pula merupaka pihak yang diberi ‘delegation of power’ oleh Univ. @ NC untuk menguruskan Pelajar. Salah suatu legasi TNC adalah menguruskan pemilihan @ PRK MPP. MPP boleh dibubarkan dalam waktu2 yg dirasakan perlu oleh Universiti (NC atau lazimnya TNC HEP sendiri). Namun, jika lewat satu tahun, maka ianya terbubar sendirinya kerana PU adalah hidup dan sebagai pelengkap dan pembantu pada supreme power yang memang hidup secara sebenar. Lastly. tahniah sebab u all sangat peka tentang PU walaupun adalah satu dua perkara yang u all tidak memahami bagaimana PU itu berfungsi, konsep supreme power dan delegation of power. Tanya-tanyalah kepada pengamal Undang-Undang kerana itu lebih betul. Tahniah kepada MPP yang membuat mempersoalkan hal ini. Jika tidak, tentu kita tidak saling bertukar fikiran. Salam perpaduan dan salam intelek.

  22. mata berkata:

    oo…camtu ke ain? tp ko ni celupar la..rugila..lawa dah lawa tapi celupar la pulak..alahai..

    ko ni pengamal undang2 ke ain? ko boleh je bg semua tu, tp ko bukan faham pun.

    tgk cik gayah tu, dia rujuk pengamal undang-undang dulu sblm mempersoal. kan bagus camtu..

    ala ain, ko ni pun kalut baca PU lepas keluar persoalan ni je..mcmla aku taktau..

    aku nasihatkan ko, jaga sikit mulut tu..org yg lawa mcm mane pun, kalau mulut laser, tak laku seposen pun. hahah!

  23. Zainulfaqar berkata:

    Assalamualaikum dan salam perubahan.

    Kepada Editor,

    Nama saya dieja salah di post atas ini. Ejaan nama saya yang sebenar, Zainulfaqar Yaacob. Sila berperbetulkan jika ada kelapangan.

    Good luck for USM’s student. We Unite for Student Agenda!

  24. promusm berkata:

    Waalaikummussalam. Terima kasih atas maklumat tersebut.

    ::MEJA EDITOR::

  25. ain berkata:

    Assalamualaikum… salam ASPIRASI untuk mahasiswa bersatu…. mata… mulut hang pun apa kurangnya??? kalah gak aku… ahaks… tq yerk mata… ahaks… silap la hang erk??? pasal AUKU… aku pernah g Program Intensif meningkatkan Pengupayaan Insan(PIMPIN), dalam kursus 2 kami diberi pendedahan yang meluas berkenaan AUKU secara mendalam… hang ingat pakai pengamal undang2 tu, dia sorang jerk yg tau pasal undang2… hang 2 sepatutnya jadi mahasiswa yang tau pasal AUKU juga… jgn duk ckp saja… sat g kuluar pulak statement yg xbetul pasal AUKU… minta maaf na mata jika terasa… maklumla… mulut aku nie celupar(hang yg kata)… aku xkata pa pun….
    Assalamualaikum… salam ASPIRASI mekar di bumi Minden…

  26. jiwa PROM berkata:

    leh tak cik ain mintak hep taupun sesapa la yang bagi penerangan yang sedalamnya kepada mahasiswa di usm mengenai auku ni nak tau apa kebaikan dan keburukan kalu nak buat tu paggil semua mahasiswa wajibkan…………. tau

    nanti takderlah orng kata auku ni menyeksa ataupun menidakkan suara mahasiswa………………………… pelik kenapa usm jemput muhyidin yassin untuk ceramah tentang politik melayu dan islam knapa tak jemput anwar ker hahahaahhahahahahahha ataupun jemput2 bg penerangan barulah demokrasi hahahahah

  27. sayaanakmalaysia berkata:

    assalamualaikum…hangat juga perbincangan mengenai isu ini. terima kasih pada Pengamal Undang2 UM atas maklumat tersebut, namun kemusykilan saya andai undang2 itu seperti yang dinyatakan “Namun, jika lewat satu tahun, maka ianya terbubar sendirinya kerana PU adalah hidup dan sebagai pelengkap dan pembantu pada supreme power yang memang hidup secara sebenar.” apa tindakan MPP proMahasiswa USM?? andai benar TNC HEPP tidak algi membuburkan MPP thn nie, sudah mengadap NC yang menurut undang2 mempunyai kuasa mutlak??

    mengapa tidak MPP pro Mahasiswa 2007/2008 mengambil langkah letak jawatan sahaja…..bukan kah sudah tamat tempoh, barangkali jika ada yang berani bertindak demikian, mungki NC atau TNC HEP tergerak hati untuk mempercepatkan tarikh pembubaran….

    wasalam……..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s