ProM dijadual hadiri Rumah Terbuka Anwar, YB Hamdan

Posted: Oktober 11, 2008 in Berita Kampus
Tag:, , , , , , ,

PERS.MINDEN | Deligasi ProM USM yang diketuai oleh Pengerusinya, Sdr. Adi Syahid Mohd Ali dijadualkan akan menghadiri Rumah Terbuka Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di kediaman keluarga DSAI, Cheroh  To’kun untuk bertemu DSAI pada jam 10.30 pagi di sini; demi menyampaikan hasrat  P.E.R.U.B.A.H.A.N bersama kepemimpinan MPP oleh ProM di kampus tidak lama lagi.

Pada sebelah petang pula, deligasi tersebut dijadualkan menghadiri Rumah Terbuka ADUN Permatang Pasir, YB Mohd Hamdan Abdul Rahman.

Sebelum ini, delegasi ProM turut menghantar wakil ke Rumah Terbuka Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi di Parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang.

Program tentatif ProM ini dimaklumkan oleh Setiausaha Politik bagi Sdr. Adi Syahid, Sdri. Nurul Aliaa Abdul Halim kepada Meja Editor SM awal pagi ini.

Ketika ditanya pertimbangan Pengerusi ProM dalam menghadiri majlis-majlis Rumah Terbuka pemimpin-pemimpin politik kepartian oleh ProM, ini penjelasan Nurul Aliaa:-

Menurut Ustaz Adi Syahid, kedatangan kita (ProM) sekadar memenuhi jemputan ‘orang’. Siapa jemput (ProM), kita (ProM) akan datang jika berkelapangan. Satu lagi, kita (ProM) mahu menyampaikan masej perubahan kepemimpinan MPP Universiti (USM) kepada semua pihak agar mereka tahu bahawa mood perubahan sekarang ini bukan sahaja perlu dalam Kerajaan Persekutuan, malah dalam kerajaan MAHASISWA sendiri,” respon Nurul Aliaa melalui panggilan telefon.

Wartawan SM turut dikejar ke sana untuk membuat liputan langsung ProM USM.

Kedua-dua majlis Rumah Terbuka tersebut dimaklumkan turut menerima kunjungan hormat Menteri Besar Kelantan, YB Dato’ Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat pada sebelah petangnya. -END

Advertisements
Komen-komen
  1. siti rogayah berkata:

    wah..bestnya..=.=

  2. Anak Muda Reform berkata:

    takkan pembangkang (kerajaan di Penang) je kut, rumah pembangkang tak pergi?? ketua bahagian Bukit Bendera, Ahmad Ismail tak lawat ke..
    memang sah pembangkang

  3. penunggu dtsp berkata:

    terbuka kepada semua ker?
    nak ikut leh?
    bab makan nie mmg saya suke skit..
    hehehehehe

  4. pandang hadapan berkata:

    nampak sangat bahawa prom mmg telah dipengaruhi politik luar. kenapa nak jumpa anwar demi menyampaikan hasrat P.E.R.U.B.A.H.A.N bersama kepemimpinan MPP oleh ProM di kampus tidak lama lagi. tidakkah ini menunjukkan bahawa prom telah dipengaruhi poltik luar…,sapa itu anwar.. dia cuma ahli parlimen biasa yang berada dipihak pembangkang yang cuba merampas kuasa memerintah dengan mengunakan cara yang tidak betul…… ini kah pemimpin yang perlu dikuti pikir2 kan lah

  5. Jangan Pandang Belakang berkata:

    Laaaa…biasalah. Kalau jumpa seseorang pemimpin, mesti lah cakap sesuatu. Ko ini jumud ke, lembab ke atau terlalu totok UMNO @ Che Mat? Aku rasa baik sokong DSAI drp sokong pembunuh altantuya, perasu eurocopter, kapal selam yang tak lama lagi jdi PM. Satu lagi, klu jumpa Ketua Pembangkang @ MP, kira pembangkang lah. Ko nie kalau makan pisang, biar aku panggil monyet sebab monyet pun makan pisang. Dangkaaaallll! kah kah kah

  6. pandang hadapan berkata:

    sory la brader
    rasanya you pun makan pisang jangan nak sama kan orang dengan monyet kalau you samakan orang yang makan pisang dengan monyet maknanya kalau you makan pisang you juga monyet
    lu emosi sangat la
    habis kalau aspirasi jumpa pemimpin negara korang diorang penyokong umno so kat sini sapa yang jumud kamu juga yang mula kan
    gua baru beri sedikit je pandangan you dh emosi

    ———————
    P/S Editor SM: Emosi itu subjektif dan Sdr. mungkin prejudgment. Sekian.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s